Istana
Balai Besar bangunan bersejarah di Kota Bharu yang menjadi permulaan bandar
Kota Bharu. Istana Balai Besar dipercayai mula dibina pada tahun 1844 oleh Sultan
Muhammad II.
Pembinaan
Istana Balai Besar ini telah dibina oleh tukang mahir di Kelantan dan diketuai
oleh tukang mahir yang berasal dari Terengganu iaitu Muhammad Salleh yang juga
menetap di Pasir Mas. Pada masa itu, Muhammad Salleh merupakan satu-satunya
orang yang berpengalaman dalam membuat ukiran.
Nama Kota Bharu yang menjadi ibu negeri Kelantan dipercayai merujuk kepada Istana Balai Besar yang dikenali sebagai kota baharu. Istana Balai Besar dibina bagi menggantikan Kota Saba yang terletak berhampiran Sungai Kelantan yang musnah akibat hakisan setiap kali musim banjir.

Selain,
istana tempat bersemayam sultan, di dalam kota juga dibina tempat tinggal
pembesar negeri. Walau bagaimanapun, selepas pemerintahan Sultan Muhammad IV,
Istana Balai Besar tidak lagi dijadikan sebagai kediaman oleh Sultan-sultan
Kelantan.
Sebaliknya, Istana Balai Besar masih lagi berfungsi sebagai tempat untuk melaksanakan
upacara rasmi dan adat istiadat diraja seperti majlis pertabalan dan
penganugerahan darjah kebesaran pada hari ulang tahun keputeraan sultan.
Kedudukan
Istana Balai Besar di tengah-tengah bandar Kota Bharu masih gah dan seni bina
asal masih dikekalkan. Istana Balai Besar menjadi lambang warisan kebudayaan
bangsa yang sangat bernilai.
No comments:
Post a Comment