Tuesday, 29 January 2019

PELEKAT GAJAH DUDUK, KAIN SARUNG LELAKI PILIHAN

Kain pelikat sinonom dengan kaum Melayu. Kain pelekat menjadi pakaian kain lelaki ketika berada di rumah dan pergi ke masjid atau tempat ibadat. 
 
Terdapat banyak jenama kain pelekat terdapat di pasaran yang majoritinya buatan Indonesia.
 
Kain pelikat Gajah Duduk salah satu jenama pelekat lelaki terkenal dari Indonesia. Benang yang digunakan berkualiti tinggi. Ia tidak panas bila dipakai. 
 
Sesuai dengan kualiti tingginya, kain pelikat Gajah Duduk tahan lama dan tidak cepat lusuh. Kualitinya kemas mengikut standard yang tinggi. 

Kainnya lembut dan selesa dipakai. Kain telah siap dijahit. Tidak perlu cari tukang jahit untuk memakainya. 
 
Terdapat banyak pilihan corak dan warna untuk mencipta kelainan dengan orang lain yang turut memakainya. 
 
Didatangkan dalam kotak yang kemas. Sesuai untuk dijadikan hadiah atau cenderahati. 
 
Sebenarnya terdapat banyak versi atau nama kain pelikat Gajah Duduk. Semuanya berkualiti dan terbaik. Setiap versi mempunyai keistimewaan tersendiri yang menjadi pilihan pengguna. 

No comments:

Post a Comment