Mengusahakan
bidang pertanian memberi pulangan berganda. Rasulullah SAW bersabda bermaksud:
"Tiada seorang Muslim pun yang bertani, lalu hasil pertaniannya dimakan
oleh burung atau manusia atau binatang, melainkan dia akan menerima pahala di
atas hal itu." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Dalam hadis lain, Baginda bersabda maksudnya: "Tiada seorang lelaki menanam sesuatu tanaman, melainkan Allah menetapkan baginya ganjaran sebanyak jumlah buah yang dihasilkan oleh tanaman berkenaan." (Hadis riwayat Ahmad)
Sabda Nabi SAW bererti: "Carilah rezeki dari khazanah bumi." (Hadis riwayat at-Tabrani)
Mengusahakan hasil bumi dengan bertani dan tanah terbiar adalah antara cara mendapatkan punca pendapatan halal. Tidak lama setelah tiba di Madinah, Nabi Muhammad menggalakkan usaha dalam bidang pertanian dipertingkatkan.
Bumi Madinah yang sememangnya subur perlu diusahakan dengan lebih giat. Kaum Muhajirin yang berhijrah bersama Baginda diaturkan supaya dapat bekerjasama dengan kaum Ansar iaitu penduduk asal Madinah dalam mengusahakan kegiatan pertanian.
Dalam sebuah hadis, Rasulullah diriwayatkan sebagai berkata maksudnya: "Sesiapa yang memiliki tanah, hendaklah dia mengusahakannya, namun jika dia tidak berupaya melakukannya, maka hendaklah diberikan kepada saudaranya (supaya diusahakan) dan janganlah dia menyewakannya." (Hadis riwayat Abu Daud)

No comments:
Post a Comment