Menjual dan membeli secara online atau
atas talian semakin menjadi pilihan. Banyak kelebihan berurusan secara online.
Kebiasannya, penjual akan memasarkan produk mereka melalui laman sosial, blog
dan laman web.
Kini, pemasaran lebih mudah dilakukan
apabila ada syarikat yang menyediakan 'market place' untuk penjual dan pembeli
'bertemu' secara maya.
Antara market place yang terkenal
sekarang ialah Shopee. Shopee sebenarnya sebuah
syarikat mobile market place yang berasal dari Singapura. Dia
merupakan spinoff company by Garena iaitu sebuah internet
platform provider di Singapura.
Pembeli dan penjual
perlu terlebih dahulu mempunyai akaun di Shopee sebelum berurusan. Bukan susah
hendak bukan akaun Shopee. Semuanya percuma dan mudah. Untuk menjual dan
membeli menggunakan akaun yang sama.
Urusan jual beli di Shopee
amat mudah. Tiada bezanya dengan platform market place lain, melainkan beberapa
ciri tertentu. Banyak pilihan produk yang ditawarkan daripada beribu-ribu
penjual. Pembeli dapat membuat pembandingan harga dengan mudah.
Membeli di Shopee
mengurangkan kemungkinan anda ditipu. Ini kerana bayaran yang dibuat tidak
terus kepada penjual. Sebaliknya ia akan 'disimpan' di Shopee. Setelah barang
diterima oleh pembeli dan disahkan oleh pembeli, baru wang itu dipindahkan
kepada penjual.
Bagaimanapun, jika pembeli
tidak sahkan penerimaan barang dalam jangkamasa tertentu, bayaran tetap akan dipindahkan
kepada penjual.
Pembeli juga boleh membuat
pembatalan pembelian dengan syarat yang ditetapkan.
Untuk mengetahui lanjut
mengenai kelebihan berurusniaga di Shopee, elak daftar akaun dahulu. Alami pengalaman
menjual dan membeli yang mengujakan.
No comments:
Post a Comment