Wednesday, 20 February 2019

HARAM SEBUT MALU APA BOSSKU


Perkataan 'malu apa bossku' kini jadi fenomina. Di mana-mana dan dalam pelbagai situasi ungkapan itu disebut.

Lalu, dalam fenomina 'malu apa bossku', ada yang mengatakan haram sebut ungkapan itu.

Ya, memang tepat hukum haram menyebut 'malu apa bossku' jika ia bertujuan menggalakkan orang melakukan keburukan dan dosa. Kerana ungkapan itu seperti menggalakkan dan mempertahankan perbuatan dosa itu.

Namun situasi semasa ungkapan 'malu apa bossku' merujuk kepada galakkan untuk melakukan kebaikan. Elak perasaan malu dan takut melakukan sesuatu yang difikirkan mendatangkan kebaikan.

Islam menyuruh kita jangan malu untuk melakukan kebaikan biarpun dihina pihak lain. Contohnya dalam pekerjaan. Jangan kita malu melakukan kerja dalam kelas rendah atau kuli kasar.

Dalam masyarakat kita, ramai orang malu tidak bertempat. Sebab itu ada pepatah menyuruh agar kita tidak malu dalam soal kebaikan. Kata pepatah; malu bertanya sesat jalan.

Jadi, marilah kita buang perasaan malu dalam melakukan perkara baik. MALU APA BOSSKU.

No comments:

Post a Comment