Bidang
pertanian, terutama yang mengeluarkan hasil makanan ruji seperti beras perlu
dilihat dari aspek keselamatan negara. Kisah Nabi Yusof seperti mana
diceritakan di dalam al-Quran dapat dijadikan pengajaran kepada kita semua.
Allah
berfirman dalam surah Yusof, ayat 47 hingga 48 bermaksud: “Berkata Yusof: “Kamu
bercucuk tanam tujuh tahun sebagaimana biasa. Seberapa yang kamu
tuai hendaklah kamu simpan bersama tangkainya kecuali sedikit untuk kamu makan.
Kemudian datang selepas tujuh tahun kemarau (kelaparan) sehingga menelan apa
yang kamu simpan itu kecuali sedikit yang kamu simpan (untuk menjadi benih).
Pengajaran
kisah Nabi Yusof memberi peringatan tentang kepentingan negara menyimpan dan
mempunyai keperluan makanan untuk seluruh rakyat. Pada masa kecemasan dan bencana memerlukan makanan yang
mencukupi.
Keadaan
politik dan kestabilan dunia yang tidak menentu boleh mengancam bekalan makanan
negara. Sejarah kekurangan bekalan makanan semasa
penjajahan Jepun di negara kita patut dijadikan pengajaran.
Keperitan
dan kesengsaraan rakyat pada zaman penjajahan Jepun bukan saja tertumpu kepada
layanan buruk tentera Jepun, tetapi turut menjadi isu utama ialah kekurangan
bekalan bahan makanan.
Justeru,
bidang pertanian pada bila-bila masa perlu diberi keutamaan. Pengeluaran hasil
makanan yang mencukupi untuk keperluan rakyat perlu dijadikan agenda utama
negara.
No comments:
Post a Comment