Dengan mengingati kematian akan merasakan diri sentiasa
diperhatikan oleh Allah, sepertilah saat kematian akan datang bila-bila masa.
Lantas, segala persiapan berkaitan menambah bekalan dilakukan secara
bersungguh-sungguh kerana merasakan peluang semakin suntuk.
Biarpun kita disuruh mengingati kematian, tetapi hendaklah
dalam konteks keimanan. Sebaliknya, orang yang mengingati kematian tanpa
menghayati tujuan suruhan itu, akan menyebabkan penderitaan batin. Mereka
ingat mati, tetapi takutkan mati.
Mengingati kematian atau menziarah orang mati adalah cara
melembutkan hati. Diceritakan bahawa Luqman menghadapi masalah untuk
mendidik salah seorang anaknya yang keras hati, biarpun telah dilakukan
pelbagai cara, namun semuanya gagal.
Lantas, Luqman mula melakukan satu pendekatan baru iaitu
mengajak anaknya melawat orang sakit sedang nazak dan orang meninggal dunia.
Amalan itu diteruskan berulang-ulang, sehingga hasilnya ialah
anak yang keras hati ialah mula insaf dan sedar bahawa hidup ini hanya
sementara dan setiap orang akan mengadap Allah di akhirat untuk menerima
pembalasan atas apa yang dilakukan di dunia ini.
Walaupun kematian adalah saat indah bagi orang beriman, tidak
pula golongan ini mendoakan diri agar cepat mati. Bahkan, mereka sentiasa
mendoakan semoga dipanjangkan umur, bukan kerana tidak puas hidup di dunia ini,
tetapi tidak puas lagi beribadat dan ingin mengumpul lebih banyak pahala
kebaikan.
Sesungguhnya Rasulullah melarang umatnya minta cepat mati,
kerana ia sifat orang berputus asa dan mungkin dirinya ditimpa dengan
malapetaka yang tidak mampu ditanggung olehnya. Orang beriman dianjurkan
memohon sesuatu yang terbaik bagi dirinya.
Sebaik-baik manusia menurut pandangan Islam adalah orang yang
panjang umurnya dan baik perbuatannya. Sedangkan sejahat-jahat manusia ialah
orang yang panjang umurnya tiap jahat perilakunya.
No comments:
Post a Comment