Monday, 18 February 2019

KAFIR TAKUT UMAT ISLAM BERSATU CUBA SERANG PEMIKIRAN AGAR BERPECAH


Jika umat Islam bersatu, kekuatan bertambah begitu ketara seperti batang lidi yang diikat dapat melaksanakan pelbagai tugas dan sukar dipatahkan. 

Umat Islam sebenarnya mempunyai potensi kekuatan yang ampuh untuk menghadapi ancaman musuh sekiranya bersatu. 

Sebab itu, musuh Islam amat takutkan kemungkinan umat Islam akan berkuasa sepertiman yang pernah dicapai dahulu. Cara untuk menghalang kebangkitan itu adalah dengan mewujudkan perpecahan sesama umat Islam. 

Rasulullah berpesan agar umat Islam selepas kewafatannya menjadi dua perkara, iaitu al-Quran dan sunnah sebagai ikutan untuk mengelak daripada sebarang kesesatan dan perpecahan. Apa yang berlaku sekarang adalah sebaliknya. 

Umat Islam semakin menjauhkan diri dari al-Quran dan sunah, tetapi lebih percaya kepada teori politik musuh Islam. Jika negara Islam yang dahulunya kuat dan kaya boleh musnah disebabkan perpecahan, apa lagi yang hendak diharapkan dengan negara Islam yang mundur dan miskin. 

Kejatuhan kerajaan Islam perlu dijadikan pengajaran agar perkara yang sama tidak berlaku di negara kita. Penganut Islam di Malaysia perlu bersatu untuk terus berkuasa dan memerintah negara. Sudah banyak peristiwa yang memperlihatkan kekuatan penganut Islam di Malaysia nampak rapuh dalam perpaduan. 

Sekiranya masa dan tenaga lebih ditumpukan kepada usaha menyelesaikan perbalahan sesama sendiri, sudah tentu ruang untuk memperkasakan umat Islam agak terhad. Seluruh umat Islam perlu berhijrah memasuki dimensi lebih telus untuk membentuk masyarakat yang lebih berjaya dan kuat. 

Firman Allah dalam surah al-Anbiya, ayat 92 bermaksud: “Sesungguhnya (agama Islam) ini adalah agama kamu semua, agama yang satu dan Aku adalah Tuhanmu, maka sembahlah Aku.”

No comments:

Post a Comment