Aktiviti pendakian bukit semakin mendapat sambutan. Kata
orang Kelantan rukah bukit atau panjat bukit. Banyak orang mula jatuh cinta
dengan aktiviti mendaki bukit.
Pendakian bukit yang berketinggian antara 100 hingga 500
meter menjadi pilihan kerana tidak memerlukan kekuatan fizikal yang ekstrem.
Semua peringkat umur boleh melakukan aktiviti mendaki bukit
yang kini dianggap aktiviti berkeluarga.
Aktiviti mendaki bukit mampu mencabar stamina
seseorang. Ia dapat membakar kalori dengan banyak kerana membabitkan latihan
kardio.
Mendaki bukit tergolong dalam satu daripada
lima latihan kardio terbaik yang memberikan banyak kelebihan kepada tubuh.
Selain menguatkan otot kaki dan gluteus,
latihan sebegini juga boleh turut memberi kesan baik kepada pinggul dan paha,
jika dilakukan secara serius.
No comments:
Post a Comment