Topik upacara talkin sesudah pengkebumian adalah suatu isu
yang telah mendapat perhatian umat Islam yang prihatin tentang agamanya sejak
zaman berzaman. Persoalan yang ditimbulkan ialah: Adakah ia perlu dilakukan? Apakah hukumnya? Kenapa ada seruan supaya
meninggalkan amalan ini? Apa akan terjadi kalau ia ditinggalkan?
Telah banyak penulisan berhubung hal ini, sebahagiannya dalam bentuk ilmiah dan banyak juga yang tidak lebih dari lontaran emosi dan permainan sentimen yang sudah tentu membawa kepada terkeluar dari manhaj yang mustaqim. Demikian juga telah disusun buku tentang perjalanan atau kaifiatnya di dalam Bahasa Melayu agar orang ramai, khasnya diMalaysia mudah beramal dengannya.
Berhubung isu ini, terdapat dua qaul yang masyhur di kalangan ulama Islam:
i - Mengamalkannya adalah sebahagian daripada sunah, ia adalah ibadah dan mendapat pahala.
ii - Melakukannya adalah bidah (mengada-adakan di dalam urusan agama), ia tertolak bahkan amalan itu termasuk di dalam perkara yang dicela oleh syarak.
Membahaskan isu ini secara terbuka pasti mendapat tentangan daripada pelbagai pihak; lantaran ia sudah menjadi amalan yang sebati dalam sebahagian mayarakat Islam di Malaysia. Ia didakwa sebagai amalan yang dipegang oleh al-imam al-Syafie dan kononnya beliau telah membahaskan panjang lebar demi mempertahankan amalan ini. Justeru itu, sesiapa yang mempersoalkannya secara terbuka akan ditohmah keluar daripada mazhab al-Syafie, bahkan terkeluar dari fahaman ahli Sunnah. Selain itu dia juga akan ditohmah menjadi punca perbalahan dan perpecahan di dalam masyarakat.
Tanpa sebarang penjelasan yang konkrit, isu ini akan terus menjadi perbahasan dan bahan perselisihan (selain banyak lagi isu lain seperti: politik kepartian).Ada di
kalangan masyarakat yang bermasam muka kerana sebahagian mengamalkannya. Ada pula
yang membuat laporan polis apabila segelintir yang lain enggan melakukan talqin
di kubur. Ada juga yang
dilaporkan kepada jabatan tempat dia bertugas semata-mata pendiriannya yang
enggan menyetujui upacara talkin ini.
Tergamakkah kita membiarkan isu ini berterusan menjadi perbalahan sedangkan Allah SWT telah mengarahkan kita untuk merujuk kepada petunjuk-Nya dan Rasulullah SAW apabila berlaku perselisihan di kalangan umat.
Telah banyak penulisan berhubung hal ini, sebahagiannya dalam bentuk ilmiah dan banyak juga yang tidak lebih dari lontaran emosi dan permainan sentimen yang sudah tentu membawa kepada terkeluar dari manhaj yang mustaqim. Demikian juga telah disusun buku tentang perjalanan atau kaifiatnya di dalam Bahasa Melayu agar orang ramai, khasnya di
Berhubung isu ini, terdapat dua qaul yang masyhur di kalangan ulama Islam:
i - Mengamalkannya adalah sebahagian daripada sunah, ia adalah ibadah dan mendapat pahala.
ii - Melakukannya adalah bidah (mengada-adakan di dalam urusan agama), ia tertolak bahkan amalan itu termasuk di dalam perkara yang dicela oleh syarak.
Membahaskan isu ini secara terbuka pasti mendapat tentangan daripada pelbagai pihak; lantaran ia sudah menjadi amalan yang sebati dalam sebahagian mayarakat Islam di Malaysia. Ia didakwa sebagai amalan yang dipegang oleh al-imam al-Syafie dan kononnya beliau telah membahaskan panjang lebar demi mempertahankan amalan ini. Justeru itu, sesiapa yang mempersoalkannya secara terbuka akan ditohmah keluar daripada mazhab al-Syafie, bahkan terkeluar dari fahaman ahli Sunnah. Selain itu dia juga akan ditohmah menjadi punca perbalahan dan perpecahan di dalam masyarakat.
Tanpa sebarang penjelasan yang konkrit, isu ini akan terus menjadi perbahasan dan bahan perselisihan (selain banyak lagi isu lain seperti: politik kepartian).
Tergamakkah kita membiarkan isu ini berterusan menjadi perbalahan sedangkan Allah SWT telah mengarahkan kita untuk merujuk kepada petunjuk-Nya dan Rasulullah SAW apabila berlaku perselisihan di kalangan umat.
Firman Allah bermaksud: "Maka sekiranya kamu berselisih pendapat
dalam sesuatu urusan maka kembalikanlah ia kepada Allah dan ar-Rasul, jika kamu
beriman kepada Allah dan Hari Akhirat" (Surah an-Nisa, ayat 59)
Setelah merujuk kepada kedua-dua sumber agung itu, apa yang perlu dilakukan ialah menjunjung tinggi titah perintah dan panduan yang terkandung di dalamnya. Tidak wajar selepas merujuk kepada tunjuk ajar Nabi SAW, tetapi masih berpegang kepada hawa nafsu dan akal fikiran semata-mata. Justeru itu, Allah SWT telah mensyaratkan bahawa ketundukan dan kepatuhan kepada keputusan Nabi SAW merupakan syarat keimanan.

Firman Allah: bermaksud: "Dan
tidaklah demi Tuhanmu, mereka tidak beriman hinggalah mereka berhukum denganmu
(Muhammad) di dalam perkara yang mereka perselisihkan, kemudian mereka tidak
mendapati kesempitan dalam diri mereka dari apa yang telah engkau putuskan, dan
mereka menyerah dengan sebenar-benar penyerahan" (Surah an-Nisa, ayat 65)
Jadi, apakah panduan syarak berhubung hal ini? Apakah sebenarnya pendirian para ulama muktabar berhubung isu talqin ini? Benarkah dakwaan yang menyatakan bahawa al-Imam al-Syafi'e telah menerangkannya dengan panjang lebar atau benarkah dakwaan bahawa isu ini hanyalah perkara khilafiah yang tidak perlu diperbesarkan?

Justeru itu, tulisan ini cuba sedapat
mungkin untuk mengupas dan menilai dalil serta hujah yang dikemukakan khususnya
bagi mereka yang mengithbatkan kewujudan amalan ini.
Namun untuk membahaskan dan memahami isu ini
secara terperinci sebenarnya memerlukan kepada asas-asas ilmu yang agak mantap
atau sekurang-kurangnya berkemampuan untuk memahami perbincangan ulama
khususnya terhadap ilmu hadis dan usul. Barangsiapa yang cuba menidakkan
kepentingan ilmu hadis di dalam syarak: aqidah dan ibadah, ketahuilah bahawa
orang itu berada di jalan kesesatan.
KAIFIAT TALKIN DAN PERLAKSANAANNYA:
Sebelum kita mencapai keputusan terhadap upacara ini wajar diteliti kaifiat dan perlaksanaan talqin sesudah pengkebumian. Disana terdapat
banyak kaifiat yang dilaksanakan oleh umat Islam di Malaysia tetapi penulis
akan hanya mengemukakan ringkasan contoh daripada sumber-sumber berikut:
i - Talqin Melayu oleh Hj. Abdul Hadi Kamil. Cetakan tanpa tarikh.
ii - Mastika Hadith (jilid 2) oleh: Syeikh Abdullah Bin Muhammad Ba Samieh. Cetakan Bahagian Agama, Jabatan Perdana Menteri,Kuala
Lumpur , tahun 1984.
iii - Pengalaman-pengalaman peribadi ketika menghadiri beberapa pengkebumian sebilangan ahli keluarga.
Berdasarkan sumber-sumber tadi bolehlah dibahagikan upacara tersebut kepada 4 bahagian, 2 adalah isi talkin dan yang baki pelengkapnya:
i- Bacaan beberapa surah daripada al-Quran. Antara yang sering dibaca ialah surah Yasin, al-Insan, al-Waqi'ah dan al-Mulk.Para hadirin
akan membaca satu atau 2 daripada surah-surah tersebut. Jika tidak,
sekurang-kurangnya dibaca al-Fatihah dan 3 Qul (al-Ikhlas, al-Falaq dan
an-Nas).
ii- Khutbah dan dan tazkirah. Terkandung di dalamnya pujian-pujian kepada Allah dan peringatan daripada ayat-ayat al-Quran bahawa hanya Allah sahaja yang kekal sedangkan setiap jiwa pasti merasai mati. Selain itu yang paling penting terdapat seruan kepada si mati agar tetap teguh berpegang dengan tauhid dan sentiasa tenang ketika menjawab soalan-soalan yang dikemukakan oleh malaikat Munkar dan Nakir. Justeru itu diajarkan kepadanya soalan-soalan seperti: Siapa tuhanmu? Siapa nabimu? Apa agamamu? Apa kiblatmu? Siapa saudaramu? dan lain-lain yang bakal dikemukakan oleh malaikat tersebut beserta dengan jawapannya sekali.
iii- Doa yang panjang. Diucapkan selamat tinggal kepada si mati. Dipohonkan daripada Allah agar diberi rahmat kepadanya, diringankan daripada cubaan alam kubur dan sebagainya.
iv- Sebelum bersurai, biasanya hadirin akan membaca al-Quran (al-Fatihah dan lain-lain) secara berjemaah, bertahlil arwah dan diakhiri dengan doa semoga si mati, muslimin dan muslimat (yang hidup atau yang sudah meninggal) mendapat keselamatan dan kesejahteraan. (Rujuk: Abdullah Bin Muhammad Ba Samieh. Mastika Hadith (2/387), ctk. Bahagian Agama JPM:Kuala
Lumpur , 1984M)
HUJAH DAN ALASAN TERHADAP AMALAN INI:
Tidak keterlaluan kalau dikatakan, ramai di kalangan mereka yang mengamalkan talqin ini tidak mengetahui asal-usul apatah lagi dalil dan hujah yang menyokong dakwaan: talqin adalah sunah dan ibadah yang terpuji, ia amalan mazhab kita Syafi'e. Sebaliknya mereka benar-benar berpandukan kepada apa yang sudah menjadi kebiasaan masyarakat dan orang-orang yang terdahulu. Ia sekadar dakwaan, cakap-cakap orang dan amalan 'orang tua-tua' yang tidak boleh ditegur.
Untuk itu, di sini dikemukakan dalil-dalil yang menjadi sandaran kepada amalan ini supaya mereka yang mengamalkannya tidak lagi meraba-raba di dalam kegelapan:
1- Daripada Abi Umamah al-Bahili, dia berkata (bermaksud): "Apabila aku mati, buatlah kepadaku seperti yang telah diperintahkan oleh Rasulullah SAW kepada kita (umat Islam) supaya kita lakukan kepada orang-orang kita yang mati. Rasulullah SAW mengarahkan kita, sabdanya: ( Apabila salah seorang dari saudara-saudaramu mati, lalu kamu ratakan tanah di atas kuburnya (kebumikan dia), maka hendaklah salah seorang dari kamu berdiri di kepala kuburnya, kemudian serulah: Wahai fulan Bin fulanah (sebut nama ibunya), maka si mati akan mendengar seruan itu tetapi ia tidak menjawab. Kemudian hendaklah diserukan sekali lagi dengan berkata: Wahai fulan Bin Fulanah, maka pada saat itu si mati akan bangun (dari perbaringan untuk) duduk. Kemudian hendaklah diserukan lagi (buat kali ke 3), maka si mati akan menyahut seraya berkata: "berilah daku peringatan semoga Allah merahmatimu". Si mati akan berkata demikian tetapi kamu tidak menyedari. Kemudian hendaklah orang yang menyeru itu berkata: "Ingatlah saudaraku akan i'tikad tauhid yang menjadi peganganmu di dunia dahulu iaitu dua kalimah syahadah: bahwasanya tiada Tuhan melainkan Allah dan bahwasanya Nabi Muhammad SAW ialah hamba dan pesuruh-Nya, dan bahawa engkau telah reda Allah sebagai tuhanmu, Islam sebagai agamamu, Muhammad sebagai nabimu dan al-Quran sebagai imammu (petunjukmu)". Lantaran itu Munkar dan Nakir saling memegang tangan satu sama lain lantas berkata: "Marilah kita pergi dari orang yang telah diajarkan hujah-hujahnya", maka Allah yang menjadi hujahnya terhadap dua malaikat itu. Seorang lelaki bertanya: "Ya Rasulullah! Jika tidak diketahui nama ibunya (untuk dibinkan)? Jawab baginda SAW: "Nasabkanlah dia kepada Hawa (isteri nabi Adam a.s), wahai Fulan Bin Hawa!" (Hadis riwayat al-Tabrani di dalam al-Mu'jam al-Kabir)
Al-Haithami memberikan komentar dengan katanya: Di dalam isnadnya terdapat sekumpulan orang yang aku tidak kenali) (Lihat: al-Haithami. Majma' al-Zawa'id wa Manba' al-Fawa'id. (3/42), Bab: Talqin mayat selepas pengkebumian. Kaherah: Dar al-Rayyan li al-Turath, tanpa tarikh.)
2- Daripada Dhamrah Bin Habib -seorang daripada tabi'in- katanya (bermaksud): Mereka (para sahabat nabi SAW) r.a menyukai supaya apabila mayat dikebumikan dan orang ramai (hendak) beredar, diserukan di sisi kuburnya: "Wahai fulan! Sebutlah: La ilaha illaLlah (tiga kali), wahai fulan! Sebutlah: tuhanku ialah Allah, agamaku ialah Islam dan nabiku ialah Muhammad". (H.R. Said Bin Mansur secara mauquf). (Rujuk: al-Bassam, Abdullah Abd. Al-Rahman. Tawdih al-Ahkam min Bulugh al-Maram. (3/252-253), Makkah al-Mukarramah: Maktabah al-Asadi, ctk 5, 2003M)
3- Daripada 'Uthman Bin 'Affan, ia berkata (bermaksud): Adapun Rasulullah S.A.W apabila selesai daripada mengkebumikan mayat, baginda akan berdiri di tepi kuburnya lalu bersabda: "mohonlah keampunan untuk saudara kamu sekelian dan mohonlah agar dia tetap teguh; sesungguhnya sekarang ini dia sedang disoal". (H.R Abu Daud dan disahihkan oleh al-Hakim). (Lihat: al-San'ani, Muhammad Bin Ismail. Subul al-Salam (2/178),Beirut :
Dar al-Ma'rifah, ctk.3, 1997M dan al-Albani, Muhammad Nasir al-Din. Ahkam
al-Janaiz (m.s 156), Beirut: Maktab al-Islami, 1992M)
4- Hadis al-Bara' Bin 'Azib yang panjang di mana beliau telah mengikuti nabi SAW menghadiri pengkebumian, lalu baginda mengarahkan hadirin agar memohon perlindungan Allah daripada azab kubur. Seterusnya baginda menerangkan kepada hadirin tentang kedatangan dua malaikat yang akan menanyakan beberapa soalan. Baginda juga menerangkan tentang keadaan orang soleh yang akan dapat menjawabnya sedangkan orang jahat amalannya akan gagal menjawab soalan-soalan tersebut. (Hadis riwayat Ahmad)
Kata al-Haithami: rijalnya adalah rijal al-sahih. Hadis yang hampir serupa menerangkan tentang soalan kubur turut diriwayatkan oleh Ahmad dan al-Bazzar daripada Abi Sa'id al-Khudri. Kata al-Haithami : rijalnya rijal al-sahih. (Lihat: Majma' al-Zawaid (3/49 dan 47))
5- Terdapat satu lagi hadis yang turut disandarkan hujah sedangkan ia tiada kena-mengena dengan topik, iaitu: daripada: Talqinkanlah (Ajarkanlah) orang hampir mati di kalangan kamu: La ilaha illaLlah. Hadith ini langsung tidak menyentuh perbuatan selepas pengkebumian sebaliknya cuma mengarahkan agar diajar orang sedang menghadapi maut mengucapkan kalimah tauhid tersebut. Tujuannya ialah supaya akhir perkataan yang dilafazkan sebelum menghembus nafas ialah kalimah itu sendiri.
6- Ia merupakan amalan ahli Syam. (Al-Nawawi. Fatawa al-Nawawi (m.s 4
, Beirut :
Muassasah al-Kutub al-Thaqafiyyah, ctk 3, 1993M) Al-Athram berkata: "Aku bertanya kepada Ahmad Bin Hanbal
tentang apa yang dilakukan oleh mereka (orang ramai) ketika pengkebumian,
seorang lelaki berdiri lalu berkata: "wahai fulan Bin fulanah…..(menyebut
seperti hadith Abi Umamah)". Jawab Ahmad: "Aku tidak melihat
seorangpun melakukannya melainkan ahli (penduduk) Syam ketika Abu al-Mughirah
mati". (Dinukilkan daripada al-San'ani, Subul al-Salam
(2/180))
7- Firman Allah SWT bermaksud: "Dan bertolong-tolonglah kamu di dalam perkara kebaikan dan ketaqwaan, dan janganlah kamu bertolong-tolongan di dalam perkara dosa dan permusuhan". (Surah al-Maidah, ayat 2)
Ayat itu menjelaskan arahan Allah SWT untuk bertolong-tolongan, namun ia tidak menghadkan hanya kepada orang yang hidup. Oleh demikian, ia juga boleh dilakukan terhadap orang yang sudah mati. Peringatan kepada sesama manusia adalah sebahagian daripada perbuatan tolong menolong yang dituntut. Apatah lagi dalam keadaan genting seumpama itu -menanti masa untuk disoal- bantuan sangat diperlukan oleh si mati. Apakah lagi yang lebih diperlukan oleh orang yang menunggu soalan-soalan Munkar dan Nakir? Sudah tentu tunjuk ajar dan panduan terhadap bagaimana menangani soalan kedua malaikat itu yang paling sesuai dan diharapkan.
TUJUAN TALKIN:
Berdasarkan pengamatan dan hujah-hujah yang dikemukakan dapat disimpul bahawa tujuan si mati itu ditalqinkan adalah seperti berikut:
1- Perbuatan talqin tersebut adalah di antara usaha yang terakhir yang boleh dilakukan oleh mereka yang masih hidup untuk membantu yang telah mati. Ini sudah tentu termasuk di dalam bab: 'bertolong-tolonglah kamu di dalam perkara kebaikan dan ketaqwaan'. Oleh itu soalan-soalan dan jawapan diperdengarkan kepada si mati mudah-mudahan dapat membantunya menjawab pertanyaan malaikat dengan tenang.
2- Selain itu, ia juga merupakan tazkirah kepada mereka yang menghadiri upacara pengkebumian itu. Justeru itu, amat wajar bacaan talqin itu dilangsungkan di dalam Bahasa Melayu atau bahasa yang difahami oleh hadirin. Tujuan ini sering diungkapkan khususnya apabila persoalan: Adakah mayat mendengar? Bagi mengelakkan perbahasan panjang tentang isu ini, lalu mungkin mengakibatkan tujuan pertama dipertikaikan sekaligus menggugat amalan talqin itu sendiri, maka tujuan kedua ini diutarakan.
3- Berdasarkan hadis Uthman, jelas menunjukkan bahawa di antara tujuan utama talqin ialah untuk mendoakan si mati. Justeru di dalam upacara talqin ia sarat dengan doa memohon rahmat dan keampunan Allah bagi si mati. Adapun doa bermanafaat untuk si mati adalah suatu perkara yang diijmakkan oleh para ulama. Ia dituntut oleh syarak. Ayat al-Quran dan hadith-hadith yang sahih banyak menyatakan hal ini. Oleh kerana ia suatu yang disepakati, penulis tidak menurunkan dalil-dalilnya bagi mengelakkan risalah ini menjadi lebih panjang. Sementelah pula ia bukan tujuan risalah ini.
[b] HUKUMNYA:
Berasaskan kepada dalil-dalil dan hujah-hujah yang dikemukakan, maka sebilangan ulama khususnya di kalangan mazhab as-Syafi'e (ulama al-Syafi'iyyah) menyatakan bahawa hukumnya adalah sunat. Sungguhpun begitu ia hanya sunat kepada mayat yang sudah mukallaf atau baligh. Ia tidak disunatkan bagi kanak-kanak kerana ia tidak disoal oleh malaikat Munkar dan Nakir. (Rujuk: al-Khatib al-Syarbini. Al-Iqna' fi Hill Lafz Abi Syuja' (1/183),Bangkok :
Maktabah wa Matba'ah Muhammad al-Nahdi wa Auladihi, tanpa tarikh)
ULASAN DAN JAWAPAN TERHADAP HUJAH DAN TUJUANNYA:
Selepas mengemukakan dalil dan hujah serta tujuan talqin ini dilakukan bahkan dipertahankan bermati-matian. Wajar untuk kita mengetahui sejauhmanakah kukuhnya perkara-perkara tersebut menurut pertimbangan syara' dan secara ilmiah. Perkara asas yang perlu ditegaskan ialah apabila membahaskan soal hadith, tentu sahaja ulasan ulama hadith yang lebih diambil berat. Apabila ia melibatkan sumber istinbat hukum, maka perkataan ulama Usul Fiqh yang akan diutarakan. Tidak ada tempat untuk sentimen atau hujah emosi, mimpi atau seumpamanya.
Ulasan Pertama:
Hadis Abi Umamah itu telah diberi komen oleh para muhaddithin, di antaranya:
i- Kata al-Nawawi: "ia adalah sebuah hadith dha'if, tetapi diterima." (Fatawi al-Imam al-Nawawi, (m.s 4.)
ii- Kata Ibn Qayyim al-Jauziyyah pula: "maka ia adalah sebuah hadis yang tidak sahih marfunya". (Ibn Qayyim al-Jauziyyah. Zad al-Ma'ad fi Hadyi Khayri al-'Ibad (1/523).Beirut :
Muassasah al-Risalah, ctk 28, 1995M)
KAIFIAT TALKIN DAN PERLAKSANAANNYA:
Sebelum kita mencapai keputusan terhadap upacara ini wajar diteliti kaifiat dan perlaksanaan talqin sesudah pengkebumian. Di
i - Talqin Melayu oleh Hj. Abdul Hadi Kamil. Cetakan tanpa tarikh.
ii - Mastika Hadith (jilid 2) oleh: Syeikh Abdullah Bin Muhammad Ba Samieh. Cetakan Bahagian Agama, Jabatan Perdana Menteri,
iii - Pengalaman-pengalaman peribadi ketika menghadiri beberapa pengkebumian sebilangan ahli keluarga.
Berdasarkan sumber-sumber tadi bolehlah dibahagikan upacara tersebut kepada 4 bahagian, 2 adalah isi talkin dan yang baki pelengkapnya:
i- Bacaan beberapa surah daripada al-Quran. Antara yang sering dibaca ialah surah Yasin, al-Insan, al-Waqi'ah dan al-Mulk.
ii- Khutbah dan dan tazkirah. Terkandung di dalamnya pujian-pujian kepada Allah dan peringatan daripada ayat-ayat al-Quran bahawa hanya Allah sahaja yang kekal sedangkan setiap jiwa pasti merasai mati. Selain itu yang paling penting terdapat seruan kepada si mati agar tetap teguh berpegang dengan tauhid dan sentiasa tenang ketika menjawab soalan-soalan yang dikemukakan oleh malaikat Munkar dan Nakir. Justeru itu diajarkan kepadanya soalan-soalan seperti: Siapa tuhanmu? Siapa nabimu? Apa agamamu? Apa kiblatmu? Siapa saudaramu? dan lain-lain yang bakal dikemukakan oleh malaikat tersebut beserta dengan jawapannya sekali.
iii- Doa yang panjang. Diucapkan selamat tinggal kepada si mati. Dipohonkan daripada Allah agar diberi rahmat kepadanya, diringankan daripada cubaan alam kubur dan sebagainya.
iv- Sebelum bersurai, biasanya hadirin akan membaca al-Quran (al-Fatihah dan lain-lain) secara berjemaah, bertahlil arwah dan diakhiri dengan doa semoga si mati, muslimin dan muslimat (yang hidup atau yang sudah meninggal) mendapat keselamatan dan kesejahteraan. (Rujuk: Abdullah Bin Muhammad Ba Samieh. Mastika Hadith (2/387), ctk. Bahagian Agama JPM:
HUJAH DAN ALASAN TERHADAP AMALAN INI:
Tidak keterlaluan kalau dikatakan, ramai di kalangan mereka yang mengamalkan talqin ini tidak mengetahui asal-usul apatah lagi dalil dan hujah yang menyokong dakwaan: talqin adalah sunah dan ibadah yang terpuji, ia amalan mazhab kita Syafi'e. Sebaliknya mereka benar-benar berpandukan kepada apa yang sudah menjadi kebiasaan masyarakat dan orang-orang yang terdahulu. Ia sekadar dakwaan, cakap-cakap orang dan amalan 'orang tua-tua' yang tidak boleh ditegur.
Untuk itu, di sini dikemukakan dalil-dalil yang menjadi sandaran kepada amalan ini supaya mereka yang mengamalkannya tidak lagi meraba-raba di dalam kegelapan:
1- Daripada Abi Umamah al-Bahili, dia berkata (bermaksud): "Apabila aku mati, buatlah kepadaku seperti yang telah diperintahkan oleh Rasulullah SAW kepada kita (umat Islam) supaya kita lakukan kepada orang-orang kita yang mati. Rasulullah SAW mengarahkan kita, sabdanya: ( Apabila salah seorang dari saudara-saudaramu mati, lalu kamu ratakan tanah di atas kuburnya (kebumikan dia), maka hendaklah salah seorang dari kamu berdiri di kepala kuburnya, kemudian serulah: Wahai fulan Bin fulanah (sebut nama ibunya), maka si mati akan mendengar seruan itu tetapi ia tidak menjawab. Kemudian hendaklah diserukan sekali lagi dengan berkata: Wahai fulan Bin Fulanah, maka pada saat itu si mati akan bangun (dari perbaringan untuk) duduk. Kemudian hendaklah diserukan lagi (buat kali ke 3), maka si mati akan menyahut seraya berkata: "berilah daku peringatan semoga Allah merahmatimu". Si mati akan berkata demikian tetapi kamu tidak menyedari. Kemudian hendaklah orang yang menyeru itu berkata: "Ingatlah saudaraku akan i'tikad tauhid yang menjadi peganganmu di dunia dahulu iaitu dua kalimah syahadah: bahwasanya tiada Tuhan melainkan Allah dan bahwasanya Nabi Muhammad SAW ialah hamba dan pesuruh-Nya, dan bahawa engkau telah reda Allah sebagai tuhanmu, Islam sebagai agamamu, Muhammad sebagai nabimu dan al-Quran sebagai imammu (petunjukmu)". Lantaran itu Munkar dan Nakir saling memegang tangan satu sama lain lantas berkata: "Marilah kita pergi dari orang yang telah diajarkan hujah-hujahnya", maka Allah yang menjadi hujahnya terhadap dua malaikat itu. Seorang lelaki bertanya: "Ya Rasulullah! Jika tidak diketahui nama ibunya (untuk dibinkan)? Jawab baginda SAW: "Nasabkanlah dia kepada Hawa (isteri nabi Adam a.s), wahai Fulan Bin Hawa!" (Hadis riwayat al-Tabrani di dalam al-Mu'jam al-Kabir)
Al-Haithami memberikan komentar dengan katanya: Di dalam isnadnya terdapat sekumpulan orang yang aku tidak kenali) (Lihat: al-Haithami. Majma' al-Zawa'id wa Manba' al-Fawa'id. (3/42), Bab: Talqin mayat selepas pengkebumian. Kaherah: Dar al-Rayyan li al-Turath, tanpa tarikh.)
2- Daripada Dhamrah Bin Habib -seorang daripada tabi'in- katanya (bermaksud): Mereka (para sahabat nabi SAW) r.a menyukai supaya apabila mayat dikebumikan dan orang ramai (hendak) beredar, diserukan di sisi kuburnya: "Wahai fulan! Sebutlah: La ilaha illaLlah (tiga kali), wahai fulan! Sebutlah: tuhanku ialah Allah, agamaku ialah Islam dan nabiku ialah Muhammad". (H.R. Said Bin Mansur secara mauquf). (Rujuk: al-Bassam, Abdullah Abd. Al-Rahman. Tawdih al-Ahkam min Bulugh al-Maram. (3/252-253), Makkah al-Mukarramah: Maktabah al-Asadi, ctk 5, 2003M)
3- Daripada 'Uthman Bin 'Affan, ia berkata (bermaksud): Adapun Rasulullah S.A.W apabila selesai daripada mengkebumikan mayat, baginda akan berdiri di tepi kuburnya lalu bersabda: "mohonlah keampunan untuk saudara kamu sekelian dan mohonlah agar dia tetap teguh; sesungguhnya sekarang ini dia sedang disoal". (H.R Abu Daud dan disahihkan oleh al-Hakim). (Lihat: al-San'ani, Muhammad Bin Ismail. Subul al-Salam (2/178),
4- Hadis al-Bara' Bin 'Azib yang panjang di mana beliau telah mengikuti nabi SAW menghadiri pengkebumian, lalu baginda mengarahkan hadirin agar memohon perlindungan Allah daripada azab kubur. Seterusnya baginda menerangkan kepada hadirin tentang kedatangan dua malaikat yang akan menanyakan beberapa soalan. Baginda juga menerangkan tentang keadaan orang soleh yang akan dapat menjawabnya sedangkan orang jahat amalannya akan gagal menjawab soalan-soalan tersebut. (Hadis riwayat Ahmad)
Kata al-Haithami: rijalnya adalah rijal al-sahih. Hadis yang hampir serupa menerangkan tentang soalan kubur turut diriwayatkan oleh Ahmad dan al-Bazzar daripada Abi Sa'id al-Khudri. Kata al-Haithami : rijalnya rijal al-sahih. (Lihat: Majma' al-Zawaid (3/49 dan 47))
5- Terdapat satu lagi hadis yang turut disandarkan hujah sedangkan ia tiada kena-mengena dengan topik, iaitu: daripada: Talqinkanlah (Ajarkanlah) orang hampir mati di kalangan kamu: La ilaha illaLlah. Hadith ini langsung tidak menyentuh perbuatan selepas pengkebumian sebaliknya cuma mengarahkan agar diajar orang sedang menghadapi maut mengucapkan kalimah tauhid tersebut. Tujuannya ialah supaya akhir perkataan yang dilafazkan sebelum menghembus nafas ialah kalimah itu sendiri.
6- Ia merupakan amalan ahli Syam. (Al-Nawawi. Fatawa al-Nawawi (m.s 4
7- Firman Allah SWT bermaksud: "Dan bertolong-tolonglah kamu di dalam perkara kebaikan dan ketaqwaan, dan janganlah kamu bertolong-tolongan di dalam perkara dosa dan permusuhan". (Surah al-Maidah, ayat 2)
Ayat itu menjelaskan arahan Allah SWT untuk bertolong-tolongan, namun ia tidak menghadkan hanya kepada orang yang hidup. Oleh demikian, ia juga boleh dilakukan terhadap orang yang sudah mati. Peringatan kepada sesama manusia adalah sebahagian daripada perbuatan tolong menolong yang dituntut. Apatah lagi dalam keadaan genting seumpama itu -menanti masa untuk disoal- bantuan sangat diperlukan oleh si mati. Apakah lagi yang lebih diperlukan oleh orang yang menunggu soalan-soalan Munkar dan Nakir? Sudah tentu tunjuk ajar dan panduan terhadap bagaimana menangani soalan kedua malaikat itu yang paling sesuai dan diharapkan.
TUJUAN TALKIN:
Berdasarkan pengamatan dan hujah-hujah yang dikemukakan dapat disimpul bahawa tujuan si mati itu ditalqinkan adalah seperti berikut:
1- Perbuatan talqin tersebut adalah di antara usaha yang terakhir yang boleh dilakukan oleh mereka yang masih hidup untuk membantu yang telah mati. Ini sudah tentu termasuk di dalam bab: 'bertolong-tolonglah kamu di dalam perkara kebaikan dan ketaqwaan'. Oleh itu soalan-soalan dan jawapan diperdengarkan kepada si mati mudah-mudahan dapat membantunya menjawab pertanyaan malaikat dengan tenang.
2- Selain itu, ia juga merupakan tazkirah kepada mereka yang menghadiri upacara pengkebumian itu. Justeru itu, amat wajar bacaan talqin itu dilangsungkan di dalam Bahasa Melayu atau bahasa yang difahami oleh hadirin. Tujuan ini sering diungkapkan khususnya apabila persoalan: Adakah mayat mendengar? Bagi mengelakkan perbahasan panjang tentang isu ini, lalu mungkin mengakibatkan tujuan pertama dipertikaikan sekaligus menggugat amalan talqin itu sendiri, maka tujuan kedua ini diutarakan.
3- Berdasarkan hadis Uthman, jelas menunjukkan bahawa di antara tujuan utama talqin ialah untuk mendoakan si mati. Justeru di dalam upacara talqin ia sarat dengan doa memohon rahmat dan keampunan Allah bagi si mati. Adapun doa bermanafaat untuk si mati adalah suatu perkara yang diijmakkan oleh para ulama. Ia dituntut oleh syarak. Ayat al-Quran dan hadith-hadith yang sahih banyak menyatakan hal ini. Oleh kerana ia suatu yang disepakati, penulis tidak menurunkan dalil-dalilnya bagi mengelakkan risalah ini menjadi lebih panjang. Sementelah pula ia bukan tujuan risalah ini.
[b] HUKUMNYA:
Berasaskan kepada dalil-dalil dan hujah-hujah yang dikemukakan, maka sebilangan ulama khususnya di kalangan mazhab as-Syafi'e (ulama al-Syafi'iyyah) menyatakan bahawa hukumnya adalah sunat. Sungguhpun begitu ia hanya sunat kepada mayat yang sudah mukallaf atau baligh. Ia tidak disunatkan bagi kanak-kanak kerana ia tidak disoal oleh malaikat Munkar dan Nakir. (Rujuk: al-Khatib al-Syarbini. Al-Iqna' fi Hill Lafz Abi Syuja' (1/183),
ULASAN DAN JAWAPAN TERHADAP HUJAH DAN TUJUANNYA:
Selepas mengemukakan dalil dan hujah serta tujuan talqin ini dilakukan bahkan dipertahankan bermati-matian. Wajar untuk kita mengetahui sejauhmanakah kukuhnya perkara-perkara tersebut menurut pertimbangan syara' dan secara ilmiah. Perkara asas yang perlu ditegaskan ialah apabila membahaskan soal hadith, tentu sahaja ulasan ulama hadith yang lebih diambil berat. Apabila ia melibatkan sumber istinbat hukum, maka perkataan ulama Usul Fiqh yang akan diutarakan. Tidak ada tempat untuk sentimen atau hujah emosi, mimpi atau seumpamanya.
Ulasan Pertama:
Hadis Abi Umamah itu telah diberi komen oleh para muhaddithin, di antaranya:
i- Kata al-Nawawi: "ia adalah sebuah hadith dha'if, tetapi diterima." (Fatawi al-Imam al-Nawawi, (m.s 4
ii- Kata Ibn Qayyim al-Jauziyyah pula: "maka ia adalah sebuah hadis yang tidak sahih marfunya". (Ibn Qayyim al-Jauziyyah. Zad al-Ma'ad fi Hadyi Khayri al-'Ibad (1/523).
Al-San'ani turut menukilkan perkataan Ibn al-Qayyim dalam memberikan komentar terhadap hadis ini dengan katanya: "Sesungguhnya hadith talqin ini, tidak syak bagi seorang yang mengetahui (ilmu) hadith, tentang kepalsuannya." (Subul al-Salam (2/180).)
iii- Ibn Hajar al-'Asqalani berkata: إسناده صالح "isnadnya (sandarannya) soleh (baik) dan ia dikuatkan oleh al-Dhiya' dalam (kitab) Ahkamnya". (Al-'Asqalani, Ibn Hajar. Talkhis al-Habir.Madinah Munawwarah ctk. 1964M.)
Namun beliau sekali lagi mengulas hadis ini dengan katanya: "…sebuah hadis yang gharib, manakala sanad hadis dari kedua-dua tariq (jalan periwayatan) sangat lemah." (Ibn Hajar al-'Asqalani. Amali al-Azkar. Dinukilkan daripada nota kaki Zad al-Ma'adoleh pentahqiqnya- Syu'aib al-Arnaut- (1/523).)
iv- Al-Syaukani mengatakan bahawa: "di dalam isnadnya terdapat 'Asim Bin Abdullah, dia daif". (Al-Syaukani. Naili al-Autar. (4/139),
v- Al-Albani memberikan komen, katanya: "ia (hadis) munkar di sisiku, kalaupun tidak palsu." (Al-Albani. Silsilah al-Ahadith al-Dha'ifah wa al-Maudhu'ah. (2/64).
Persoalan yang timbul ialah:
i- Hadis ini disebut oleh Ibn Hajar sebagai إسناده صالح "sandarannya elok". Ini menimbulkan sangkaan bahawa hadith ini sahih dan boleh dibuat hujah.
ii- Hadis ini terangkat menjadi حسن لغيره hasan lighairihi lantaran ada hadis-hadis lain yang menguatkannya.
iii- Sekalipun hadis ini pada kedudukan daif, namun ia boleh digunakan dalam urusan فضائل الأعمال Fadhail al-A'mal (kelebihan amalan).
iv- Di antara usul mazhab Ahmad Bin Hanbal ialah mengambil riwayat mursal dan daif serta mengutamakannya daripada qias manusia.
Di sini dihuraikan satu persatu persoalan-persoalan tersebut.
Pertama:
Menghukum sesuatu hadis itu sebagai sahih bukan sekadar bergantung kepada sanadnya sahaja. Matan hadis turut dinilai bagi menentukan kesahihannya.
Dalam hal ini, apabila muhaddithin (termasuk Ibn Hajar) menyatakan sesuatu hadis itu sebagai صحيح الإسناد "sahih sandarannya atau sanadnya" atau حسن الإسناد "sanadnya hasan", tanpa menyatakan hadith itu sahih atau hasan, menunjukkan bahawa kemungkinan terdapat 'illah (kecacatan) atau syaz (keganjilan) pada matannya atau mungkin juga pada sanad itu sendiri. Ini kerana seorang muhaddith itu tidak akan mengenepikan istilah : sahih atau hasan kepada istilah : sanadnya sahih atau seumpamanya melainkan dia melihat terdapat sesuatu padanya." (Ibn Hajar al-'Asqalani, dinukilkan daripada Tohir al-Jaza'iri. Taujih al-Nazar ila Usul al-Athar. (1/376),
Berhubung sanad hadis Abi Umamah ini telah dinyatakan ulasan al-Haithami bahawa di dalamnya terdapat sebilangan yang tidak beliau kenali. Ibn Hajar juga turut menegaskan bahawa kedua-dua jalan hadith ini lemah. Justeru itu, ia memberikan lebih penjelasan terhadap pendirian sebenar beliau.
Di sudut matannya jelas terdapat frasa yang sangat meragukan bahawa ia datang dari Nabi SAW. Bagaimana mungkin Munkar dan Nakir mengambil tindakan tidak menyoal orang yang mati semata-mata kerana ia telah diajarkan soalan dan jawapan bocor! Kalau ini berlaku, nescaya tiada siapa yang akan disoal oleh mereka di
Hadis 'Uthman Bin 'Affan jelas menunjukkan keadaan sebaliknya. Mayat itu disoal sedangkan Nabi masih di perkuburan. Kalau mayat tidak disoal dek kerana talkin tentu lebih baik Nabi SAW ajarkan sahaja soalan dan jawapan bocor itu. Tetapi yang didapati dari hadis 'Uthman itu ialah Nabi SAW hanya mengarahkan para sahabat berdoa untuk si mati. Melengahkan pengajaran di waktu keperluan adalah suatu yang mustahil bagi sifat risalah Rasulullah.
Selain itu, dalam hadith ini menjelaskan bahawa Nabi SAW mengarahkan agar si mati itu dinasabkan kepada ibunya. Jika tidak diketahui namanya, hendaklah dinisbahkan kepada Hawa (isteri nabi Adam a.s). Ini jelas bertentangan dengan hadith yang lebih kuat iaitu daripada Ibn 'Umar r.a dari nabi S.A.W sabdanya yang bermaksud: "Pembelot akan diangkat baginya panji-panji pada hari Kiamat, dikatakan kepadanya: ini adalah pembelotan Fulan Bin Fulan (bapanya)". (Hadis riwayat Bukhari)
Al-Bukhari meletakkan hadith ini di bawah bab: Manusia diseru dengan dinasab kepada bapanya. Justeru itu Ibn al-Qayyim menolak pendapat yang menyatakan bahawa manusia akan dibinkan kepada ibunya. Beliau menyatakan bahawa hadith Abi Umamah itu disepakati akan kedha'ifannya, jadi tidak boleh didirikan hujah dengannya. Sementelah pula ia menyanggahi hadith yang lebih sahih (hadith Ibn 'Umar tadi). (Ibn Qayyim al-Jauziyyah. Hasyiah Ibn al-Qayyim (13/199),
Justeru itu, hadith ini mengandungi 2 percanggahan yang ketara dengan nas yang lebih kukuh iaitu: tentang malaikat yang tidak menyoal si mati dan mayat dipanggil dengan nama ibunya selepas mati. Disebabkan percanggahan di antara kata-kata itu dengan fakta yang thabit dari nas al-Quran dan hadith yang sahih ditambah pula sanadnya yang lemah; para muhaddithin menghukum hadith Abi Umamah ini sebagai munkar, gharib, sangat lemah bahkan palsu.
Kedua:
Hadith ini tidak mungkin boleh naik ke martabat hasan lighairihi. Ini kerana beberapa sebab:
i- Syarat untuk hadith dha'if dinaikkan menjadi hasan lighairihi mestilah tidak terlalu dha'if dan tiada kecacatan ataupun keganjilan (tidak meyalahi nas yang lebih kukuh).Sedangkan hadith ini ada keganjilan pada matannya, bahkan ia lebih sesuai dihukum palsu. Hadith palsu tidak mungkin terangkat menjadi hasan.
ii- Hadith-hadith lain yang kononnya mengukuhkan hadith ini tidak lebih daripada riwayat-riwayat maqtu'at (terputus) dan mauqufat (terhenti setakat sahabat). Sedangkan hadith yang sahih seperti hadith 'Uthman tidak menggambarkan apa yang terkandung di dalamnya. Hadith 'Uthman tentang doa. Begitu juga hadith al-Bara' Bin 'Azib hanya menggambarkan tentang beberapa soalan (termasuk soalan-soalan itu) dan kemampuan mayat menjawabnya adalah berdasarkan keadaannya di dunia. Sedangkan hadith Abi Umamah adalah tentang soalan dan jawapan ramalan. Ia berbeza dari hadith 'Uthman dan al-Bara' . Justeru itu Ahmad Bin Hanbal menyatakan: "Aku tidak melihat sesiapapun melakukannya melainkan ahli Syam ketika kematian Abu al-Mughirah.(Subul al-Salam (2/180).)
Ketiga:
Pandangan pertama:
Ia tidak diamalkan secara mutlak. Tidak dalam hukum hakam dan tidak juga dalam Fadha'il (kelebihan). Ini adalah pegangan Yahya Bin Ma'in, al-Bukhari, Muslim dan Ibn Hazm.
Pandangan kedua:
Ia boleh diamalkan secara mutlak. Kata al-Suyuti: Ini pendapat Abu Daud dan Ahmad; kerana mereka melihat bahawa ia lebih kuat daripada pendapat manusia. Menisbahkan pegangan ini kepada al-Imam Ahmad Bin Hanbal adalah tidak tepat, ia akan dibincangkan pada tempatnya.
Pandangan ketiga:
Ia boleh diamalkan dalam bab fadha'il dengan syarat ia tidak membabitkan soal mengithbat hukum seperti halal atau haram, wajib, sunat, makruh atau seumpamanya. Jika ia berkaitan dengan galakan dan ancaman, dosa dan pahala, maka dilonggarkan syarat periwayatannya.
Sebilangan muhaddithin memperincikan lagi syarat-syarat mengambil hadith dha'if iaitu: (Rujuk: Tohir al-Jazairi. Taujih al-Nazar. (1/653) dan Dr. Abdullah Nasih 'Ulwan. Thaqafah al-Da'iyah. (m.s 43),Kaherah: Dar al-Salam, ctk 4, 1993M.)
i- ia tidak terlalu daif atau hampir kepada palsu.
ii- Ia berjalan di atas sesuatu yang syar'ie yang diamalkan berdasarkan nas al-Quran atau al-sunnah yang sahih.
iii- Hendaklah tidak beri'tiqad ketika bersandar kepadanya (hadith dha'if) bahawa thabit dari Nabi S.A.W.
Dalam hal hadith Abi Umamah ini, ia langsung tidak mengenai mana-mana satu daripada syarat yang dinyatakan. Justeru itu kita dapati al-Muti'ie ketika memberi komentar terhadap perkataan al-Nawawi berkata (bermaksud): " dan hadith dha'if tidak boleh menjadi hujah bagi mengithbatkan hukum hakam apatah lagi suatu perkara yang menjadi umum al-balwa (sepatutnya menjadi pengetahuan umum)…seperti hadith-hadith ini (bab talqin mayat) yang mana kelemahannya mencapai tahap palsu. Adapun doa (supaya) tetap teguh -dalam hadith 'Uthman- bukan talqin, ia adalah doa agar si mati tetap dan yakin". (Lihat: Al-Muti'ie, komentar kepada Al-Majmu' Syarh al-Muhazzab. (5/274-275))
Keempat:
Sangkaan bahawa al-Imam Ahmad mengutamakan hadith dha'if daripada pendapat manusia, adalah tidak tepat. Beliau sama sekali tidak memaksudkannya dengan hadith al-dhaif al-matruk (lemah lagi ditinggalkan). Ini kerana hadith dha'if di sisinya terdapat beberapa peringkat. Justeru yang beliau maksudkan ialah hadith hasan seperti hadith 'Amru Bin Syu'aib dari bapanya dari datuknya dan seumpamanya.
Ini jelas lantaran di zaman Ahmad Bin Hanbal istilah hadith hasan yang mertabatnya kurang sedikit daripada hadith sahih (namun kedua-dua kategori ini dijadikan hujah syara') belum diperkenalkan. Ia hanya muncul selepas kemunculan al-Tirmizi. Sedangkan dha'if itu pula dibahagikan kepada dha'if yang ditinggalkan (ditolak dan tidak diriwayatkan) dan dha'if yang tidak ditolak. (Lihat: Ibn Taimiyyah, Ahmad Bin Abd. Al-Halim. Minhaj al-Sunnah al-Nabawiyyah, (4/341), Muassasah Qurtubah, ctk 1, 1406H dan Al-Asyqar, Dr. Umar Sulaiman. Al-Madkhal ila Dirasah al-Madaris wa al-Mazahib al-Fiqhiyyah, (m.s 155), Jordan: Dar al-Nafa'is, ctk 1, 1996M.)
Malangnya orang yang tidak mengetahui perkara ini menyangka bahawa Ahmad Bin Hanbal menggunakan hadith yang didha'ifkan oleh muhaddithin seperti al-Tirmizi dan lainnya sebagai hujah syarak.
Ulasan kedua:
Hadis atau athar Dhamrah Bin Habib itu adalah maqtu' (terputus sanad) dan terhenti setakat beliau sahaja. Kata al-Iraqi dan al-Nawawi: Isnadnya dha'if. Kata Ibn al-Qayyim: tidak sahih. Kata al-Bassam: Athar ini dha'if, tidak boleh didirikan hujah dengannya, ia kembar kepada hadith Abi Umamah pada maknanya dan pada kedha'ifannya. (Rujuk: al-Bassam. Tawdih al-Ahkam min Bulugh al-Maram. (3/252-253))
Sekali lagi ditekankan bahawa hadits daif tidak dijadikan hujah untuk syariat juga tidak untuk mengithbatkan sesuatu amalan. Bahkan beramal dengannya boleh dikategorikan sebagai bid'ah yang tercela.
Ulasan ketiga:
Hadis Uthman Bin Affan itu sahih. Oleh demikian, berdoa kepada si mati selepas dikebumikan adalah lanjutan daripada doa untuknya di dalam solat janazah. Doa untuk mayat thabit melalui kitab, sunnah dan ijma'. Bahkan ia juga amalan dibezakan di antara kubur seorang muslim dengan seorang munafiq. Firman Allah S.W.T tentang golongan munafiqin:
Mafhumnya: "Jangan sekali-kali kamu solat ke atas seorangpun yang mati dari kalangan merekan jangan kamu berdiri di sisi kuburnya…" (al-Taubah:9)
Kata al-Sabuni: :"…jangan berdiri di kuburnya: untuk mengkebumikannya atau untuk menziarahi dan mendoakannya". (Al-Sobuni, Muhammad 'Ali. Sofwat al-Tafasir, (1/515),
Sebenarnya menyamakan perbuatan berdoa untuk si mati dengan upacara talqin yang diamalkan masyarakat kita adalah tidak benar. Nabi hanya mengarahkan berdoa tanpa sebarang upacara tambahan dan ia dilakukan secara fardi (masing-masing). Baginda tidak menyuruh dan tidak mengajar untuk berdoa secara berjamaah di situ seperti yang diamalkan.
Begitu juga tindakan menyandarkan atau menisbahkan amalan ini kepada ulama-ulama tertentu atau kepada mazhab Syafi'e adalah tidak tepat. Tiada perkataan al-Imam al-Syafi'e yang menyeru kepada amalan ini. Begitu juga Syeikh Zakaria al-Ansari umpamanya hanya menyatakan sunat supaya sebilangan manusia berdiri di sisi kubur, lalu mendoakannya (Zakaria al-Ansari. Fath al-Wahhab. (1/100), Dar al-Fikr, tanpa tarikh). Beliau tidak pula menyatakan upacara seperti mana yang diamalkan di
Ulasan keempat:
Hadith al-Bara' Bin 'Azib juga sahih. Tetapi ia juga seperti hadith 'Uthman sama sekali tidak menunjukkan kepada kaifiat talqin yang diamalkan. Nabi menerangkan tentang soalan yang bakal disoal tetapi baginda juga menjelaskan keadaan si mati berdasarkan iman dan taatnya. Tidak diajarkan jawapan kepadanya kerana ia tidak bermanafaat. Selain itu boleh difahami bahawa nabi S.A.W mengingatkan para sahabat yang hadir agar menginsafi suasana pengkebumian. Ia adalah waktu untuk rasa gerun terhadap hidup di alam barzakh dan khusyuk membuat persediaan yang rapi menghadapi soal Munkar dan Nakir. Ia hanya tazkirah untuk orang hidup bukan ajaran untuk si mati.
Di sini ia seolah-olah mengiyakan dakwaan bahawa talqin dilakukan untuk menginsafkan yang hidup. Malangnya, secara jujur bila diteliti kandungan khutbah talqin, kalimah-kalimah yang digunakan jelas ditujukan untuk si mati. Hanya sebahagian sahaja yang diserukan kepada hadirin. Jadi sebenarnya ia untuk siapa? Lisan al-hal menjelaskan bahawa ia memang ditujukan kepada si mati. Peringatan untuk yang hidup hanya tempelan sahaja.
Ulasan kelima:
Tidak terdapat di dalam mana-mana aliran mazhab Fiqh atau Usul Fiqh yang menyatakan bahawa amalan ahli Syam menjadi hujah syara. Apa yang ada dalam perbahasan para Fuqaha' ialah tentang amalan ahli Madinah, bukan ahli Makkah atau Yaman atau Syam atau yang lain-lain. Ini kerana orang Madinah hidup bersama-sama para sahabat r.a yang menerima ajaran langsung dari baginda S.A.W. Baginda sendiri wafat di situ dan kebanyakan hidup baginda sebagai rasul adalah di
Justeru kita dapati al-Imam Malik Bin Anas meletakkan amal ahli Madinah di tangga ke empat di dalam sumber istinbat hukum mazhabnya. Terdapat juga kecenderungan kalangan ulama di luar mazhab Maliki untuk menyokong hal ini. Namun jumhur ulama tidak meletakkannya sebagai hujah bahkan mengengkarinya. Kalau ini berlaku kepada amal ahli Madinah, tentu sahaja amal ahli Syam lebih tidak boleh dijadikan rujukan dan ukuran kebenaran.
Jadi, menyandarkan kesyar'ian sesuatu urusan berdasarkan kepada amalan penduduk tempat-tempat tertentu (dikecualikan Madinah yang khilaf di kalangan ulama) adalah bercanggah dengan manhaj yang mustaqim.
Ulasan keenam:
Hadith ini langsung tidak menyentuh perbuatan talqin selepas pengkebumian. Sebaliknya bagi mereka yang mempunyai secebis pengetahuan tentang hadith ini tentu memahami bahawa ia cuma mengarahkan agar orang yang sedang menghadapi maut diajar mengucapkan kalimah tauhid. Ia suatu tuntutan syarak kepada orang yang menemani atau menziarahi orang yang sedang menanti ajal. Tujuannya ialah supaya akhir perkataan yang dilafazkan sebelum menghembus nafas ialah: La ilaha illaLah. Inilah yang disebut oleh para ulama seperti al-Nawawi, Ibn Hajar, al-San'ani dan lain-lain lagi.
Ulasan ketujuh:
Di atas tanggapan bahawa si mati perlu diberi bantuan maka talqin dibacakan untuknya. Dalam situasi itu, pertolongan yang paling sesuai tentulah menerangkan terlebih dahulu soalan-soalan yang dijangka akan ditanya oleh Munkar dan Nakir. Tidak cukup dengan itu, jawapan-jawapan juga siap diberikan semoga tidak perlu tercari-cari lagi. Bahkan si mati dinasihati agar tetap tenang dan tidak gementar menghadapi temuduga malaikat itu, bimbang terlupa jawapan barangkali.
Menggunakan ayat 2 surah al-Maidah itu sebagai dalil di sini adalah tidak tepat. Ini kerana persoalan tentang mayat boleh mendengar perkataan orang hidup adalah suatu yang diperselisihkan oleh ulama. Namun jika diandaikan mayat memang boleh mendengar sekalipun, tiada dalil syar'ie yang membuktikan mereka beroleh manafaat daripada soalan-soalan dan jawapan-jawapan bocor itu. Tiada dalil yang boleh mempastikan bahwa si mati mampu menjawab soalan-soalan itu tanpa gagal selepas diajar. Hadith yang menerangkannya pun sangat lemah sebagaimana yang diterangkan terdahulu. Begitu juga bagaimana dapat dipastikan bahawa malaikat-malaikat itu hanya akan sampai dan bertanya si mati selepas dia diajar? Atau mungkinkah sewaktu pengajaran berlangsung si mati sudahpun bersenang lenang di alam barzakh atau sebaliknya?
Oleh itu, sangkaan memberi pertolongan itu tidak betul dan perbuatan itu (memberi soalan dan jawapan bocor) adalah tidak bermanafaat kepada si mati. Bukankah kalau ia berfaedah, para sahabat dan al-salaf al-soleh akan berlumba-lumba membacakan talqin kepada sanak saudara mereka yang meninggal dunia. Kenapa tiada suatu riwayat yang kuatpun tentangnya. Ia sepatutnya termasuk di dalam perkara: 'umum al-balwa (sesuatu yang dimaklumi ramai). Sebaliknya, riwayat yang kuat hanya menyebut tentang tazkirah dan doa untuk si mati, tiada yang lain.
Ulasan kelapan:
Menggunakan hadith Abi Umamah sebagai dalil atau sokongan kepada pendapat yang mengatakan mayat dapat mendengar dan mengetahui perihal orang hidup juga tidak betul. (Topik ini perlu dibahaskan lebih panjang lebar di ruangan lain). Ini kerana hadith itu sendiri terlalu rapuh untuk dipegang, ia sangat lemah kalaupun tidak sampai tahap palsu. Jadi tidak benar dakwaan: "…hadith yang berhubung dengan talqin (Abi Umamah dan Dhamrah) menjadi dalil syar'ie bahawa si mati mendengar seruan orang yang hidup…" (Mastika Hadith, lihat: (2/384))
Ulasan kesembilan:
HASIL DARIPADA AMALAN TALKIN DAN KEPERCAYAANNYA:
Berdasarkan apa yang dikemukakan, dapat diringkaskan beberapa isu yang timbul hasil amalan talqin ini dan sandarannya. Isu-isu tersebut ialah:
1- Beramal dengan hadis dha'if, bahkan dalam kes ini ia boleh dihukum maudhu' (palsu). Di antara yang keras berhubung periwayatan hadith dhaif dan maudhu' ialah al-Imam Abu Syamah. Beliau menegaskan terkandung di dalam makna: 'berdusta ke atas nabi S.A.W' yang telah dijanjikan oleh baginda dengan tempat duduk di dalam neraka. (Abu Syamah. al-Ba'ith 'ala Inkar al-Bida' wa al-Hawadith. Dinukilkan daripada al-Jazairi. Taujih al-Nazar (1/657-658).) Jika meriwayatkannyapun dicela beramal dengannya tentu lebih besar kesalahannya. Oleh kerana nabi S.A.W tidak melakukannya dan ia telah dilakukan oleh orang ramai sebagai suatu bentuk ibadat, maka ia termasuk di dalam ciri bid'ah idhofiyyah (tambahan). (Lihat: Al-Ghamidi, Sa'id Bin Nasir. Haqiqat al-Bid'ah wa Ahkamuha (m.s 2-12),
2- Mengithbatkan bahawa mayat mendengar percakapan orang hidup.
Dalam hal ini, para ulama dari pelbagai mazhab dan aliran telah berselisih pandangan antara satu sama lain. Sebahagian mereka mengithbatkannya seperti: Ibn al-Qayyim, Ibn Abi al-Dunya, al-Subki al-Ibn, al-Suyuti dan lain-lain lagi. Sebahagian yang lain pula menafikannya. Mereka ialah: Ibn al-Jauzi, al-Qadhi Abu Ya'la, Nu'man al-Alusi, al-Albani dan lain-lain khususnya di kalangan mazhab Hanafi. (Al-'Ammusy, Bassam 'Ali Salamah. Muqaddimah Tahqiq Kitab al-Ruh Ibn Qayyim al-Jauziyyah, (m.s 111 dan 112), Zarqa': Maktabah al-Manar, ctk 1, 1990M)
Al-Albani sendiri sangat menentang fikrah ini dengan alasan: ia adalah sebab utama yang menjerumuskan ramai umat Islam hari ini ke dalam syirik; iaitu berdoa kepada wali-wali dan orang-orang soleh. (Al-Albani, Muhammad Nasir al-Din. Muqaddimah al-Ayat al-Bayyinat fi 'Adami Sima' al-Amwat 'inda al-Hanafiyyat al-Sadat, oleh Nu'man al-Alusi (m.s 10),
Dalil-dalil yang dikemukakan oleh kedua-dua belah pihak terdiri daripada ayat-ayat al-Quran dan hadith-hadith yang panjang. Oleh kerana isu ini mengundang polemik yang berpanjangan, ia tidak dibincangkan terperinci di sini. Cuma apa yang rajih ialah: Mayat tidak mendengar perbualan orang hidup. Namun tidak mustahil untuk dia mendengarnya jika Allah SWT mengkehendaki begitu. Inilah yang terjadi kepada qalib Badr (pembesar-pembesar Quraisy yang terbunuh dalam perang Badr), mereka diperdengarkan oleh Allah tempelakan Rasulullah SAW terhadap mereka. Peristiwa ini thabit melalui hadith sahih. Sungguhpun begitu untuk mendakwa bahawa setiap mayat boleh mendengar seperti itu, ia memerlukan dalil yang kukuh. Malangnya tiada dalil yang sahih untuk menyokongnya.
3- Mayat mendapat manafaat daripada amalan orang yang hidup. Berhubung perkara ini telah dijelaskan bahawa ulama tidak khilaf tentang mayat mendapat manafaat daripada doa orang yang hidup. Menolak amalan talqin seperti yang diamalkan sekarang, tidak sekali-kali bererti menolak amalan doa untuk orang mati. Di sudut ini terdapat di kalangan pendokong-pendokong talqin yang terkeliru (atau sengaja mengelirukan?).
4- Bacaan al-Quran di perkuburan. Tiada satu dalilpun yang sahih yang menunjukkan Nabi SAW mengarahkan atau mengajarkan bacaan-bacaan tertentu di kawasan perkuburan. Beberapa hadith yang dikemukakan antaranya:
Nabi S.A.W (kononnya) telah bersabda yang bermaksud: "Barangsiapa yang masuk ke kawasan perkuburan lalu membaca al-Fatihah, Qul Huwallah (al-Ikhlas) dan Alhakumut Takathur (al-Takathur), kemudian berkata: Ya Allah! Aku jadikan pahala apa yang kubaca dari perkataan-Mu untuk ahli kubur dari kalangan mukminin dan mukminat, nescaya mereka akan menjadi pemberi syafaat kepadanya kepada Allah".
Konon sabda baginda lagi yang bermaksud: "Barangsiapa yang melalui perkuburan lalu membaca al-Ikhlas 10 kali, kemudian memberikan pahalanya kepada orang-orang yang mati itu, nescaya diberi ganjaran sebanyak bilangan orang-orang mati itu".
Selain daripada hadith-hadith itu palsu, hadith-hadith yang sahih pula bercanggah dengannya. Di antaranya:
i- Sabda Rasulullah SAW: "Jangan kamu jadikan rumah-rumah kamu seperti perkuburan. Sesungguhnya rumah yang dibaca padanya al-Baqarah tidak akan dimasuki oleh syaitan". (Hadis riwayat Tirmizi, dan kata beliau: hasan sahih)
Hadith ini selalu difahami sebagai galakan bacaan al-Quran di rumah dan tidak membiarkannya sunyi sepi tanpa ibadah seperti di perkuburan. Namun selain itu, ia juga bermaksud bahawa perkuburan bukan tempat untuk membaca al-Quran. Syarak menggalakkan bacaan di rumah dan melarang dari menjadikannya seperti kubur; kerana kubur bukan tempat bacaan al-Quran.
ii- Apabila baginda S.A.W mengetahui berita kematian al-Najasyi (pemerintah Yaman yang memeluk Islam), baginda bersabda kepada para sahabat: "mohonlah keampunan bagi saudaramu". (Hadis riwayat Muslim)
Dalam hadith ini jelas nabi S.A.W hanya mengarahkan sahabat memohon keampunan Allah bagi al-Najasyi. Baginda tidak mengarahkan agar disedekahkan al-Fatihah atau dibacakan ayat-ayat tertentu untuknya. Kalau ia amal yang soleh mana mungkin nabi tidak arahkan para sahabat melakukannya!
iii- Sewaktu ingin menziarahi perkuburan, A'isyah r.a telah bertanya kepada Rasulullah SAW: "Bagaimana aku perlu katakan kepada mereka wahai rasulullah? Jawab baginda: "Sebutlah: salam sejahtera ke atas ahli al-Diyar (perkuburan ini) dari kalangan mukminin dan muslimin, dan semoga Allah merahmati yang terdahulu dan terkemudian, dan sesungguhnya kami –dengan kehendak Allah akan mengikuti kalian". (Hadis riwayat Muslim)
Dalam hadith ini, Aisyah meminta panduan Nabi SAW supaya dia boleh melakukan yang terbaik ketika menziarahi perkuburan. Adakah mungkin nabi menyembunyikan suatu amalan yang baik darinya? Iaitu baginda tidak mengajarkan bacaan ayat-ayat al-Quran di perkuburan, surah Yasin umpamanya yang menjadi amalan masyarakat. Mengapa baginda hanya mengajarkan kepada beliau doa? Ini tidak lain menunjukkan bahawa doa sahaja yang disyariatkan.
Oleh kerana dalil-dalil yang menunjukkan bacaan al-Quran di perkuburan tidak disyariatkan, Abu al-'Izzi al-Hanafi di dalam Syarah 'Aqidah al-Tahawiyyah menjelaskan bahawa ramai ulama yang berpendapat bahawa ia adalah makruh, sebahagian pula mengharamkannya –melainkan satu qaul dari Ahmad tentang bacaan al-Quran ketika memasukkan mayat ke dalam liang-. Namun, riwayat qaul Ahmad itu dipertikaikan ke sahihannya oleh sebahagian ulama. ( Lihat: Al-Albani. Ahkam al-Janaiz (m.s 192).)
5- Duduk di atas kubur. Amalan talqin memerlukan hadirin duduk di kawasan perkuburan sedangkan kebanyakannya sudah tidak teratur. Ini menyebabkan para hadirin terpaksa duduk di atas kubur-kubur yang sedia ada. Ini jelas bersalahan dengan larangan Nabi SAW, sabdanya: "Jika seorang daripada kamu duduk di atas bara api lalu terbakar bajunya dan sampai kepada kulitnya lebih baik baginya daripada dia duduk di atas kubur". (Hadis riwayat Muslim)
Upacara talqin yang diamalkan sekarang banyak yang bercanggah dengan petunjuk hadith; lantaran susunan kubur-kubur yang tidak teratur. Hanya tanah perkuburan yang bersistematik sahaja yang mungkin terlepas daripada kesalahan ini. Oleh itu, ia sebenarnya mengundang perbuatan yang diharam syarak.
Jika duduk di atas kubur dilarang, bagaimana untuk berdoa seperti yang disebut dalam hadith Uthman Bin 'Affan? Jawapannya jelas di sebutkan dalam hadith tersebut, iaitu nabi berdiri. Mungkin ada yang mendakwa ia menyerupai perbuatan Nasara. Ini tidak menjadi masalah kerana selagi mana ia adalah dari petunjuk nabi, persamaan dengan umat lain tidak menjadi kesalahan.
APA SEBENARNYA YANG DITUNJUKKAN OLEH SUNNAH?
1- Tazkirah kepada hadirin.
Hadith Al-Bara' Bin 'Azib menunjukkan boleh diadakan tazkirah untuk mereka yang menghadiri pengkebumian itu. Justeru, khutbah talqin yang ditujukan kepada orang hidup masih boleh dikekalkan jika mahu. Namun ia tidak terikat dengan khutbah itu sahaja, malahan setiap tok imam boleh memberi tazkirah mengikut kemampuan dan keperluan masing-masing.
2- Doa kepada si mati tetapi secara fardi (sendiri-sendiri).
Hadis 'Uthman Bin 'Affan, hadis 'Aisyah dan lain-lain menunjukkan dituntut berdoa secara fardi untuk si mati. Nabi tidak mengepalai bacaan doa dan sahabat tidak mengaminkan doa satu sama lain. Jadi, sebaik-baik petunjuk ialah: petunjuk nabi S.A.W.
PENUTUP
Sebenarnya selepas apa yang dikemukakan ini, cukuplah bagi orang yang beriman berpegang dengan apa yang ditunjukkan oleh Nabi SAW tanpa sebarang tokok tambah. Allah SWT mengancam orang yang enggan mengikut ajaran Nabi-Nya.
Mengengkari amalan talqin bukan bertujuan mengkucar-kacirkan masyarakat, jauh sekali menghina para ulama. Ia juga bukan tanda ajaran puak Wahhabiyyah sebagaimana yang didakwa oleh orang-orang jahil.
Isunya ialah: amalan itu tidak thabit datang dari Nabi SAW, ia juga tidak diamalkan oleh para sahabat dan generasi al-salaf al-soleh. Siapalah kita jika dibandingkan dengan mereka dalam merebut kebaikan dan berlumba untuk beribadah. Oleh demikian, fikirkanlah: kalau ia amalan yang baik, nescaya mereka itu telah lama mendahului kita. Di mana Abu Bakar, di mana Umar dan lain-lain dalam hal ini? Apakah yang lebih buruk daripada menyanggahi petunjuk nabi S.A.W lalu mendakwa ia adalah suatu ibadat yang dituntut? Menyandarkan amalan ini kepada al-imam al-Syafi'e sama sekali tidak membuktikan ia boleh diamalkan selepas dibentangkan hujah yang menolaknya. Bahkan ia adalah suatu pendustaan dan menzalimi imam yang agung itu.
Mudah-mudahan dengan penjelasan ini kita dapat memilih yang terbaik untuk akhirat kita.
RUJUKAN
Abdullah Bin Muhammad Ba Samieh. Mastika Hadith. Cetakan Bahagian Agama, Jabatan Perdana Menteri,
Abu Syamah. al-Ba'ith 'ala Inkar al-Bida' wa al-Hawadith. Dinukilkan daripada al-Jazairi. Taujih al-Nazar.
Al-Albani, Muhammad Nasir al-Din. Muqaddimah al-Ayat al-Bayyinat fi 'Adami Sima' al-Amwat 'inda al-Hanafiyyat al-Sadat, oleh Nu'man al-Alusi.
Al-Albani. Muhammad Nasir al-Din. Ahkam al-Janaiz,
Al-Albani. Silsilah al-Ahadith al-Dha'ifah wa al-Maudhu'ah.
Al-'Ammusy, Bassam 'Ali Salamah. Muqaddimah Tahqiq Kitab al-Ruh Ibn Qayyim al-Jauziyyah. Zarqa': Maktabah al-Manar, ctk 1, (1990M).
Al-Ansari, Zakaria. Fath al-Wahhab. Dar al-Fikr, tanpa tarikh.
Al-'Asqalani, Ibn Hajar. Amali al-Azkar. Dinukilkan daripada nota kaki Zad al-Ma'ad oleh pentahqiqnya- Syu'aib al-Arnaut-.
Al-'Asqalani, Ibn Hajar. Talkhis al-Habir.Madinah Munawwarah ctk (1964M).
Al-Asyqar, Dr. Umar Sulaiman. Al-Madkhal ila Dirasah al-Madaris wa al-Mazahib al-Fiqhiyyah.
Al-Bassam, Abdullah Abd. Al-Rahman. Tawdih al-Ahkam min Bulugh al-Maram. Makkah al-Mukarramah: Maktabah al-Asadi, ctk 5, (2003M).
Al-Ghamidi, Sa'id Bin Nasir. Haqiqat al-Bid'ah wa Ahkamuha,
Al-Haithami. Majma' al-Zawa'id wa Manba' al-Fawa'id. Kaherah: Dar al-Rayyan li al-Turath, tanpa tarikh.
Al-Jaza'iri, Tohir. Taujih al-Nazar ila Usul al-Athar.
Al-Khatib al-Syarbini. Al-Iqna' fi Hill Lafz Abi Syuja'.
Al-Nawawi. Fatawi al-Imam al-Nawawi.
Al-Nawawi. Al-Majmu' Syarh al-Muhazzabi. Kaherah: Dar Ihya' al-Turath al-'Arabi, ctk (1995M).
Al-Qasimi, Muhammad Jamal al-Din. Qawa'id al-Tahdith min Funun Mustalah al-Hadith.
Al-San'ani, Muhammad Bin Ismail. Subul al-Salam.
Al-Sobuni, Muhammad 'Ali. Sofwat al-Tafasir.
Al-Syaukani. Naili al-Autar.
Al-Zuhaili, Wahbah. Al-Fiqh al-Islami wa Adillatuh (2/540-551), Damsyiq: Dar al-Fikr, ctk 3, (1989M).
Ibn Kathir. Ikhtisar 'Ulum al-Hadith.
Ibn Qayyim al-Jauziyyah. Hasyiah Ibn al-Qayyim.
Ibn Qayyim al-Jauziyyah. Zad al-Ma'ad fi Hadyi Khayri al-'Ibad.
Ibn Taimiyyah, Ahmad Bin Abd. Al-Halim. Minhaj al-Sunnah al-Nabawiyyah. Muassasah Qurtubah, ctk 1, (1406H)
'Ulwan, Dr. Abdullah Nasih. Thaqafah al-Da'iyah. Kaherah: Dar al-Salam, ctk 4, (1993M).
Oleh: Abd. Rasyid Bin Idris
Dewan Pengajian al-Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah
Dewan Pengajian al-Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah
SUMBER:
kelakar sgt..hujjah diatas bagi menyanggah dalil2 diatas sahaja palsu dan patut ditolak... apa yg paslu dn perlu ditolak..
ReplyDeletepemalsuan hadis oleh albani.. albani tu tukang jam.. bukan ulama hadis pun.. x ada dikalangan ulama ahli hadis ahlus sunnah waljemaah yg mengiktiraf dia sebagai ahli hadis.. bahkan dia sgt tertolak utk dipakai tarjih hadis dia.. suka mengdhoifkan hadis malah memalsukan hadis..
malah ulasan2 diatas juga bnyk menyembunyikan makna hadis dlm erti lain x boleh dipercayai..
menghuraikan hadis sahaja salah.. apatah lah memahami hadis..
jika dinilai secara ilmiah.. penulisan seperti diatas tidak layak disandarkan sebagai ulasan ilmiah..