Masyarakat atau kerajaan dahulu membina kota untuk mengelak dari serangan
musuh. Kota dikelilingi dengan binaan kukuh dan tinggi yang mampu menyekat
kemaraan musuh untuk mengalahkan kerajaan.
Di dalam kota ada kediaman pemimpin dan pembesar negara. Di dalam kota juga
terdapat terdapat pelbagai kemudahan yang selayaknya ada pada masa itu untuk
pentadbiran dan kelangsungan hidup penduduk yang tinggal di dalam kota.
Pintu gerbang ialah pintu besar yang menjadi laluan keluar masuk kota.
Selain pintu gerbang terdapat pintu-pintu kecil dikhususkan untuk golongan atau
lokasi tertentu.
Sekarang ini, pintu gerbang tidak lagi berfungsi sebagai pintu utama kota.
Sebaliknya, pintu gerbang kini lebih berfungsi sebagai 'lambang' kepada sesuatu
kawasan. Pintu gerbang juga menjadi tanda sempadan negeri dan daerah.
Contoh pintu gerbang yang menjadi tanda sempadan ialah Kota Dar al-Ehsan
yang menandakan sempadan antara negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan.
Sekarang ini boleh dikatakan sempadan negeri terdapat pintu gerbang sebagai
tanda pengguna telah memasuki negeri lain. Ia sebagai mengalu-alukan kedatangan
pengunjung ke negeri berkenaan atau mengucapkan selamat jalan kepada yang keluar
dari negeri berkenaan.
Selain itu, banyak tempat kini membina pintu gerbang sebagai tanda 'kota' dan
kawasan tertentu. Contohnya, di Kota Bharu terdapat pintu gerbang yang dikenali
Kota Ismail Petra sebagai lokasi beberapa binaan warisan sejarah.
Selain itu, terdapat beberapa lagi binaan pintu gerbang di Kota Bharu seperti
berhampiran dengan bangunan MARA, laluan memasuki Lembah Sireh, berhampiran Lapangan
Terbang Sultan Ismail Petra, Pintu Gerbang Ching Ho dan di Jalan Parit Dalam.
No comments:
Post a Comment