Manusia sentiasa berusaha melakukan sesuatu pembaharuan dalam
aktiviti seharian untuk menjadi lebih mudah yang menjimatkan masa, tenaga dan
kos.
Sebab itu, banyak inovasi dan perubahan yang membawa kepada
kehidupan menjadi lebih mudah dicipta setiap hari.
Kali ini kita cuba ketengahkan satu perkara untuk
diinovasikan, iaitu bagaimana untuk memudahkan cara mendapatkan tuak atau nira
kelapa.
Secara tradisionalnya, tok nyadat (orang yang melakukan
kerja-kerja mendapatkan tuak) perlu memanjat pokok kelapa dua kali sehari untuk
memunggut tuak yang terkumpul di dalam tukil atau bekas menadah titisan tuak.
Kalau pokok kelapa itu rendah, rasanya tidak banyak tenaga
digunakan untuk memanjatnya. Boleh gunakan sigal atau tangga.
Tetapi, masalahnya pokok kelapa yang ketinggiannya sehingga
berpuluh-puluh meter tingginya. Tentu sekali banyak tenaga perlu digunakan
setiap kali memanjatnya.
Satu cadangan agar tidak perlu memanjat banyak kali ialah
tukil atau tempat menadah tuak itu disambungkan terus dengan saluran getah
kecil agar terus masuk ke bekas yang diletakkan di pangkal pokok kelapa.
Cara itu dikatakan boleh dilakukan kerana kosnya bukan mahal pun.
Ia dianggap berbaloi kerana tidak perlu memanjat pokok kelapa berulang kali untuk
mendapatkan nira.
Namun masalahnya, mayang kelapa yang mengeluarkan nira itu perlu
dipotong atau disadat (disadap) dalam selang tempoh masa tertentu. Jika tidak disadat,
nira itu tidak akan terus keluar.
Jadi, inovasi, kajian atau usaha yang perlu difikirkan sekarang
ini ialah bagaimana ingin menjadikan keadaan di mana nira akan terus keluar dalam
tempoh masa yang lebih lama tanpa perlu disadat agar tidak perlu tok nyadat rukah
pokok kelapa dua kali sehari.
Fikir-fikirkan.
Terimakasih infonya,..
ReplyDeletesemoga bermanfaat.
ReplyDelete