Tuesday, 11 June 2019

BINATANG PUN BOLEH MENJADI IBU YANG BAIK


Anjing dengan kucing tidak boleh duduk bersama. Sebab itu ada pepatah, seperti anjing dengan kucing yang bermaksud dua pihak yang selalu berbalah.

Namun, sikap keibuan mengatasi segala-galanya. Kasih sayang ibu kepada yang dianggap sebagai anak tidak ada sempadan.

Inilah gambaran yang ditunjukkan oleh ibu anjing di dalam gambar ini apabila melayan dan melindungi kucing seperti anaknya.

Perasaan bermusuhan anjing dan kucing dilontar jauh-jauh dari nalurinya apabila timbul perasaan keibuan.

Kalau binatang boleh menjadi sebaik-baik ibu, mengapa manusia bertindak melakukan sebaliknya.

Paparan kisah atau cerita tentang anak mendera ibu membuktikan sikap manusia yang lebih jijik dan teruk berbanding haiwan. Sikap ibu yang membuang anak sendiri atau menderanya layak dipanggi sebagai binatang.

Jagalah anugerah akal yang kurniakan Allah kepada manusia agar kita tidak dipanggil sebagai binatang.

No comments:

Post a Comment