Pada masa dahulu, salah satu tujuan memelihara anjing ialah untuk
memburu.
Antara binatang yang mempu ditangkap oleh anjing secara 'serang
hendap' ialah burung. Biarpun burung mampu terbang dan bergerak pantas, anjing yang
tangkas dapat menangkap burung.
Jadi, anjing dan burung boleh dianggap bermusuh. Namun, semua
itu boleh diubah. Jika dahulu manusia melatih anjing untuk memburu burung, maka
manusia juga boleh melatih anjing untuk berkawan dengan burung.
Kalau haiwan boleh dilatih untuk melakukan sesuatu, mengapa manusia
yang dikurniakan akal tidak ingin berubah kepada kebaikan.
Mengapa manusia lebih suka memilih untuk berpecah dan berlawan
sesama sendiri. Saling merosakkan dan merugikan antara satu sama lain.
Sepatutnya manusia mengambil pangajaran dari sikap haiwan yang
boleh berbaik dan berkawan antara satu sama lain.
No comments:
Post a Comment