Kita tidak dapat
memastikan apakah berupaya menunaikan janji. Ketentuan tentang apa yang akan
berlaku pada masa akan datang hanya Allah mengetahuinya. Manusia hanya
merancang, sedangkan Allah menentukannya.
Justeru, kita
digalakkan menggunakan perkataan ‘insya-Allah’ apabila membuat janji. Maksud
perkataan insya-Allah ialah ‘ dengan izin Allah’, yakni segala apa yang akan
berlaku hanya berjaya jika diizinkan oleh Allah.
Malangnya ramai
menggunakan perkataan insya-Allah dengan niat tidak ikhlas atau
menyalahgunakannya. Perkataan tersebut digunakan bagi mengambil hati dan
menyakinkan orang lain bahawa akan ditunaikan jika diizinkan Allah. Sedangkan
di dalam hati sudah berkata tidak mahu menunaikannya.
Perkataan
insya-Allah juga sering digunakan untuk menunjukkan bahawa
dirinya seorang Islam sejati yang patut dipercayai janjinya.
Sebabnya seorang Islam pasti berusaha menunaikan janji.
Perkataan
insya-Allah tidak boleh dipermain-mainkan. Mereka yang sengaja menggunakan
kalimah suci semata-mata untuk memerangkap orang lain telah melakukan satu dosa
besar. Maka bertambah satu lagi dosa selain tidak menunaikan janji itu.
Mereka yang tidak
menunaikan janji disebabkan terlupa atau tidak mampu menunaikannya tidak
dianggap berdosa.
Hukum Islam tidak
meletakkan kesalahan kepada mereka yang terlupa atau tidak mampu
melaksanakannya. Terlupa atau tidak mampu menunaikan janji yang mulanya
dirasakan dapat ditunaikan, baru menepati maksud insya-Allah sebenarnya.
Kegagalan
menunaikan janji memberi kesan tidak menyenangkan hati atau keburukan kepada
orang lain. Oleh itu adalah wajar orang yang tidak dapat menunaikan janji
berjumpa atau menghubungi orang yang dijanjikan untuk memohon maaf dan
menjelaskan keadaan sebenarnya secepat mungkin.
Memohon maaf
sebagai tanda menyatakan kekesalan atas kegagalan menunaikan janji itu akan
menyebabkan orang yang itu merasa dirinya tidak dipermain-mainkan.
Dengan cara itu
juga hubungan baik akan terus terjalin dan tidak timbul perasaan dendam, hilang
kepercayaan, curiga dan implikasi buruk lain akibat tidak menunaikan janji itu.
No comments:
Post a Comment