Wakaf al-Quran adalah salah satu mekanisme
yang penting di dalam penyebaran dakwah Islam. Di Malaysia, Wakaf al-Quran
telah bermula sejak tahun 2007 dengan matlamat utama untuk menyebarkan al-Quran
kepada masyarakat yang kurang berkemampuan.
Sebagai tanda sokongan yang berterusan, Presiden
UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, telah menghadiri Majlis Pelancaran Program
Wakaf Al-Quran Peringkat Kebangsaan bersempena Festival Seni Al-Quran
Antarabangsa 2025 (ReQaf) anjuran Yayasan Restu, pada 31 Jan 2025.
Zahid memuji sinergi yang diwujudkan antara
Yayasan Restu dan Yayasan PINTA yang bertindak aktif dalam memperkasakan wakaf
al-Quran di dalam negara, malah turut memainkan peranan penting dalam
mempromosikan dan menyebarkan al-Quran di peringkat global.
Tidak dinafikan bahawa usaha yang dilakukan
turut berjaya meletakkan Malaysia antara 5 negara utama yang aktif dalam
program wakaf al-Quran global, dengan anggaran lebih 500,000 naskah telah
diwakafkan oleh pelbagai institusi dan organisasi di Malaysia.
Zahid yakin, melalui kerjasama erat dan
sokongan daripada agensi-agensi kerajaan, syarikat-syarikat GLC dan swasta
terhadap usaha memartabatkan al-Quran, mampu melonjakkan lagi izzah al-Quran ke
seluruh negara, rantau Asia dan seluruh dunia. Insya-Allah.
No comments:
Post a Comment