Syariah adalah sesuatu berkaitan hukum agama. Kepentingan syariah dalam kehidupan manusia tidak dinafikan. Allah Maha Mengetahui keperluan setiap ciptaan-Nya dalam aspek rohani dan jasmani. Maka, apa yang disyariat adalah bertepatan dengan keperluan tabie manusia. Mereka yang menolak syariat sebenar menolak apa yang diperlukan oleh rohani dan jasmani mereka sendiri.
Sifat tabie manusia memerlukan Tuhan. Semua manusia sedar bahawa dirinya dan seluruh alam ini ada penciptanya. Kepercayaan itu secara langsung mengakui bahawa pencipta itu maha berkuasa dan berhak menentukan apa yang diingini berlaku ke atas ciptaan-Nya.
Maka sebab itu, tabie manusia perlu menentukan Tuhan yang diyakininya. Syariat Islam menentapkan hanya Allah yang layak disembah dan diyakini kekuasan-Nya.
Keyakinan bahawa ada kuasa Maha Besar dan Maha Bijaksana mentadbir alam ini turut melibatkan penganut agama lain. Namun, mereka telah memilih jalah salah dalam menentukan siapa perlu disembah. Sedangkan Allah menerima agama lain selain Islam.
Bukti lain menjelaskan manusia memerlukan Tuhan dapat kita perhatikan apabila setiap kali berdepan dengan malapetaka, kesusahan atau kesakitan, ketika itu manusia akan menyebut dan merayu kepada Allah.
Ini jelas membuktikan bahawa manusia sedar bahawa apa yang berlaku terhadap dirinya dan alam ini adalah di bawah kekuasaan Allah. Maka itu mereka memohon agar Allah melindungi dan menjauhkan mereka daripada kesulitan yang dihadapi itu.

Malah, di kalangan penganut agama lain, mereka ada memakai tangkal atau sesuatu yang menjadi lambang kekuatan kepada diri mereka. Di kalangan penganut agama Kristian umpamanya akan memakai lambang salib sebagai cara untuk mendekati diri dengan Tuhannya. Mereka mengharapkan lambang itu dapat mengelak mereka dari gangguan syaitan, hantu dan menjauhkan malapetaka.
Sesungguhnya manusia sedar kelemahan diri dan merasakan betapa perlunya kepada pertolongan Tuhan. Manusia memerlukan panduan hidup dan petunjuk agar tidak tersesat dalam meneruskan hidup.
Umat Islam amat bertuah mendapat anugerah terbesar daripada Allah iaitu kitab al-Quran yang dijadikan panduan hidup sehingga ke hari kiamat. Biarpun al-Quran diturunkan lebih 1400 tahun lalu, namun ia tetap releven dan berguna untuk panduan hidup manusia sepanjang masa kepada seluruh bangsa tanpa mengira bangsa, budaya dan tempat tinggal.
Sabda Rasulullah s.a.w. bermaksud: "Aku tinggalkan kepadamu dua perkara tidak akan sesat selama mana kamu berpegang dengan keduanya: Kitab Allah dan Sunnah Nabi-Nya." - (Hadis riwayat Malik).
Sifat tabie manusia sedia menerima syariat Allah. Telah terbukti sifat tabie manusia bersedia menerima konsep pengabdian diri kepada Allah.
Dalam masyarakat kuno yang tidak sampai kepada mereka ajaran agama, mereka akan mencari-cari sesuatu untuk dijadikan Tuhan. Yang dipilih itu tentulah pada anggapan mereka adalah sesuatu yang berkuasa dan dapat mempengaruhi atau menentukan kehidupan mereka.
Untuk memastikan Tuhan itu menunaikan hajat mereka dan memberi kehidupan baik serta menolak malapetaka, golongan ini sanggup melakukan apa saja yang difikirkan dapat mencapai hajat yang diingini. Amalan seperti menyembah, memuja, memberi makan dan sebagainya adalah tanda pengabdian dalam konteks mereka.

Dengan kata lain, sifat manusia adalah insan yang bersedia menerima perintah dan peraturan. Maka akidah Islam adalah akidah yang selari dengan tabie manusia.
Jiwa manusia akan kosong dan hilang arah jika tidak dibekalkan dengan syariah sehingga akan rosak perjalanan hidup sepertimana alam haiwan. Sesunggguhnya manusia yang tidak mematuhi syariah, maka kehidupannya adalah lebih hina daripada haiwan.
Sesiapa yang menerima Islam sebagai anutan, maka hendaklah dia menerima sepenuhnya syariah Islam.
Firman Allah dalam surah al-Jaatsiyat, ayat 18 bermaksud: "Kami jadikan kamu sekalian beada dalam sesuatu hukum atau peraturan dari urusan agama. Patuhilah peraturan itu, dan janganlah mengikuti hawa nafsu orang-orang yang tidak mengetahui."

Sesungguhnya manusia sejak awal kejadian di alam roh lagi telah menyatakan kesediaan mengesakan Allah.
Firman Allah yang bermaksud: "Dan (ingatlah) ketika Tuhamu mengeluarkan anak-anak Adam dari sulbi mereka dan Allah mengambil kesaksian terhadap jiwa mereka (seraya berfirman): "Bukankah Aku ini Tuhanmu?" Mereka menjawab: "Betul (Engkau Tuhan kami) kami jadi saksi." (Surah al-Araf, ayat 172).

Sesungguhnya ketika dilahirkan manusia berada dalam keadaan fitrah yakni suci bersih dan bersedia menerima apa juga corak kehidupan. Ibu bapa, keluarga, masyarakat dan persekitaran akan mempengaruhi corak kehidupan manusia.
No comments:
Post a Comment