Thursday, 17 May 2018

Nihilisme fahaman bebas melakukan apa sahaja

Fahaman Nihilisme bertunjung kepada prinsip kebebabasan dan melihat apa yang mereka lakukan adalah betul. Demi menjayakan matlamat, golongan ini sanggup melawan arus dan hakikat.  

Amalan itu ternyata tersasar dari landasan kebenaran. Mereka sanggup melakukan apa saja demi menyatakan apa yang dilakukan itu adalah benar. Mereka mengemukakan pendapat yang janggal dan tidak dapat diterima oleh mereka yang berfikiran waras.

Nihilisme adalah sebuah pandangan falsafah  yang sering dihubungkan dengan Friedrich Nietzche (mati 1900), seorang warganegara Jermen.

Fahaman Nihilisme mengatakan bahawa dunia ini dan kehidupannya tidak mempunyai apa-apa makna. Maka, manusia boleh melakukan apa diingini tanpa terikat dengan sistem moral dan undang-undang. 

Memandangkan golongan Nihilisme melihat dunia ini 'tiada' apa-apa, maka mereka menolak wujudnya pencipta, tidak ada panduan agama atau peradaban yang perlu dipatuhi, hidup adalah seperti mana yang dikehendaki. Mereka bebas melakukan apa saja mengikut kehendak hati atau bersesuaian dengan keadaan semasa. 

Mereka juga beranggapan, jika ada pihak yang mengatakan adanya nilai moral yang perlu dipatuhi atau diikuti, maka itu adalah abstrak. Perkara yang kabur dan boleh berubah-ubah. Ini berdasarkan keyakinan bahawa setiap perkara yang diketahui atau ingin dilakukan tidak bertentangan dengan apa yang sedia ada. 

Dengan kata lain, golongan ini tidak sekali-kali menerima pandangan pihak lain, kerana merasakan apa yang dilakukan itu sebenarnya telah sama atau mengikuti apa yang pihak lain inginkan, sedangkan hakikat sebenarnya ia adalah bertentangan sama sekali.

Istilah nihilisme pertama kali dicetuskan oleh Ivan Turgenev dan diperkembangkan kedalam dunia falsafah oleh Friedrich Heinrich Jacobi (1743-1819). 

No comments:

Post a Comment