Komunikasi berkesan amat penting bagi
memastikan matlamat tercapai. Banyak masalah dan cabaran menyebabkan hubungan
terganggu. Terdapat cara untuk perbaiki komunikasi dan membina hubungan
baik. Antara cara komunikasi berkesan ialah:
Tingkatkan keyakinan diri. Memang
tidak dapat dinafikan bahawa komunikasi bukan satu perkara mudah untuk
dilakukan, terutama yang melibatkan dengan khalayak ramai.
Banyak orang tidak mampu untuk berucap jika berdepan dengan khalayak. Keadaan ini berpunca dengan tidak ada keyakinan diri.
Banyak orang tidak mampu untuk berucap jika berdepan dengan khalayak. Keadaan ini berpunca dengan tidak ada keyakinan diri.
Maka, untuk mengatasi masalah ini ialah perlukan
kepada tingkatkan keyakinan diri. Banyak cara boleh dilakukan untuk
meningkatkan keyakinan diri.
Antara cara tersebut ialah membuat banyak latihan dan mencari lebih banyak pengalaman. Pengalaman adalah guru terbaik untuk memberi keyakinan. Melalui pengalaman itu, banyak perkara yang dapat dipelajari dan mana-mana kelemahan diri dapat diperbaiki.

Kayakinan diri juga dapat ditingkatkan dengan
membuat persiapan awal. Kita menjadi bertambah yakin apabila merasakan segala
persiapan telah dilakukan. Semuanya akan berjalan dengan lancar seperti
persiapan yang telah dibuat.
Keyakinan diri juga berkaitan dengan pengetahuan.
Kita menghadapi masalah untuk berkomunikasi jika tidak mempunyai pengetahuan
mengenai sesuatu perkara yang ingin diperkatakan.
Kita akan mendapat keyakinan dan mampu berkomunikasi dengan baik jika mempunyai pengetahuan atau pengalaman berkaitan perkara yang disampaikan.
Kita akan mendapat keyakinan dan mampu berkomunikasi dengan baik jika mempunyai pengetahuan atau pengalaman berkaitan perkara yang disampaikan.
Bina hubungan lebih mesra dan senyuman. Hubungan
mesra dapat membina kumunikasi yang lebih baik. Kita biasanya akan menghadapi
masalah jika berkomunikasi dengan pihak yang kita belum kenal atau wujud
batasan kemesraan. Jadi kemesraan penting untuk membantu komunikasi dengan
baik.
Senyuman adalah kuasa paling berkesan untuk
memulakan komunikasi. Membalas senyuman bermakna pihak yang terlibat tidak
menolak untuk berkomunikasi atau bercakap. Jadi, banyakkan senyuman walaupun
tanpa perlu berkata apa-apa. Senyuman akan menghilangkan keraguan atau
takut-takut untuk berkomunikasi.
Seterusnya, apabila senyuman berbalas, teruskan
untuk membina hubungan mesra, terutama dengan mereka yang kali pertama kita
jumpa. Mula komunikasi dengan perkara asas seperti bertanyakan nama, bertanya
khabar, bincang isu semasa yang hangat atau mengenai hobi masing-masing.
Pemulaan yang baik akan membantu untuk kita
lebih mesra dan seterusnya tidak sukar untuk memasuki fasa komunikasi
seterusnya. Kemesraan akan menimbulkan rasa senang dan memudahkan untuk
berbincang perkara selanjutnya.
Kemesraan juga akan menghilangkan tekanan
perasaan dalam komunikasi. Ia dapat membantu melancarkan komunikasi dan
mencapai matlamat mengapa komunikasi itu perlu diadakan.
Berkomunikasi tanpa prejudis. Komunikasi
biasa terhalang atau terganggu apabila pihak terlibat saling meragui dan cuba mencari
kesalahan pihak lain. Akibat situasi itu, mereka tidak menumpukan kepada apa
yang dibincangkan. Masing-masing merasakan mereka akan menjadi mangsa kepada
pihak lain.
Sebab itu, setiap komunikasi perlu diadakan
dengan jujur dan ikhlas. Apa yang dibincangkan itu tidak ada agenda atau maksud
yang tersembunyi. Apa yang dibincangkan adalah secara berfokus dan
masing-masing ingin mendapat kebaikan.
Komunikasi tanpa prejudis akan berlaku dengan
ikhlas dan ia pasti akan berjalan lancar. Kita tidak perlu memikirkan perkara
terselindung yang berniat jahat. Mereka tidak perlu merahsiakan perkara yang
tidak sepatutnya dirahsiakan.
Namun,
tidak pula bermaksud semua perkara perlu dipersetujui. Apa yang dibincangkan
perlu berdasarkan kepada matlamat yang ingin dicapai. Maka, jika ada perkara
tidak patut dipersetujui, perkara itu kena dipertahankan.
Dengan kata lain, berkomunikasi tanpa prejudis bukan bermakna semua boleh dan tidak ada bantahan. Perbincangan memang ada yang tidak sefahaman. Justeru, komunikasi secara bijaksana dan tertib mesti diamalkan selalu.

No comments:
Post a Comment