Monday 14 May 2018

Syiah bertentangan fahaman Ahli Sunah

Syiah satu aliran atau mazahab dalam Islam selain Sunni. Fahaman Syiah menolak kepimpinan tiga khalifah iaitu Abu Bakar, Umar dan Uthman. Penganut aliran Syiah mengamalkan fahaman berbeza dengan apa dilakukan Ahli Sunah Wal Jammaah. Ahli Syiah menolak hadis yang berlawanan dengan kepercayaan mereka.

Masyarakat Islam di Malaysia mengamalkan Ahli Sunnah wal Jammah dan menolak kehadiran fahaman Syiah. 


Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang bersidang pada 5 Mei 1996 telah membincangkan Syiah Di Malaysia. 


Muzakarah telah memutuskan bahawa bersetuju supaya keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa yang telah diadakan pada 24 dan 25 September 1984 [Kertas Bil. 2/8/84, Perkara 4.2. (2)] mengenai aliran Syiah yang menetapkan seperti berikut:


Setelah berbincang dan menimbang kertas kerja ini Jawatankuasa telah mengambil keputusan bahawa hanya Mazhab Syiah dari golongan Al-Zaidiyah dan Jaafariah sahaja yang diterima untuk diamalkan di Malaysia.” DIMANSUHKAN.


Muzakarah juga menetapkan bahawa umat Islam di Malaysia hendaklah hanya mengikut ajaran Islam yang berasaskan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah dari segi Aqidah, Syariah dan Akhlak.

No comments:

Post a Comment