Pembinaan projek Lebuh Raya Kota
Bharu-Kuala Krai Pakej 2B kini dalam proses tender semula dan akan menyerahkan Surat
Setuju Terima (SST) kepada kontraktor dilantik sebelum hujung tahun ini.
Lantikan semula ini disebabkan kontraktor yang sebelum ini tidak mampu menyiapkan projek dan langkah yang terbaik adalah menamatkan perkhidmatan dan melantik kontraktor baharu.
Selepas projek ini diambil alih kontraktor baharu, dengan baki kerja yang masih ada mungkin ia memerlukan setahun setengah untuk disiapkan daripada tempoh masa asal yang ditetapkan.
Sekarang ini Projek Lebuh Raya Kota Bharu-Kuala Krai bagi Pakej 2B sejauh 6.2 kilometer dari Ketereh ke Kok Lanas sudah 85 peratus siap dan ia dijangka siap pada tahun 2026.
Sebelum ini dilaporkan, Pakej 2B membabitkan pembinaan laluan dari Ketereh hingga Kok Lanas bawah Projek Lebuh Raya Kota Bharu-Kuala Krai berdepan denda RM30,000 sehari kerana kelewatan ia disiapkan.
Kemajuan pembinaan Pakej 2B sepatutnya sudah 100 peratus berdasarkan jadual, namun hanya mencapai 85 peratus.
Terdapat tiga pakej dan lapan sub-pakej di dalam projek Lebuh Raya Kota Bharu-Kuala Krai dengan panjang jalan adalah 70.4 kilometer dan melibatkan kos keseluruhan sebanyak RM2.3 bilion.

Gambar media sosial.
No comments:
Post a Comment