Susah mendapat pekerjaan dalam bidang
kejuruteraan, Nur Ashikien atau lebih disapa panggilan Ikin pernah bekerja dalam
sektor peruncitan dan juga berniaga menjual
makanan waktu pagi, tetapi tidak bertahan lamanya
Tidak mahu mengalah, Ikin lulusan UTem mendapat
idea menjual sambal acar ikan masin yang dimasaknya sendiri, akhirnya telah
berjaya merubah hidupnya yang sehingga kini bergelar usahawan muda.
Ikin, anak ketiga daripada lima beradik yang
berasal dari Tangkak, Johor ini memilih untuk menceburkan diri dalam perniagaan
makanan demi kelangsungan hidup, bermula Julai 2020 berbekalkan modal Bantuan
Prihatin Nasional (BPN)
Pada mulanya sambutan hanya dalam kalangan
ahli keluarga dan rakan-rakan terdekat sahaja. Namun, selepas belajar teknik
promosi perniagaan yang betul dan hasilkan kualiti produk lebih baik, alhamdulillah
kini purata jualan mencecah 500 botol dengan pendapatan lebih kurang RM4,000
sebulan.
Nur Ashikien yang mempunyai 330,000
pengikut di aplikasi TikTok miliknya, @umeazhar berkata, ibunya, Samerah
Buthirie, 59, antara orang kuat yang sentiasa memberi sokongan penuh dalam
perniagaannya.
Dia memanfaatkan sepenuhnya aplikasi
TikTok, tetapi tidak guna teknik 'hard selling' sebaliknya menghasilkan kandungan
menarik mengenai kehidupan harian supaya warga maya netizen tidak jemu untuk
tonton.
Menurutnya, apabila satu perkongsian tular
di TikTok secara tidak langsung permintaan sambal meningkat. Disebabkan itulah dia
konsisten untuk menghasilkan kandungan menarik supaya permintaan jualan tidak
putus.
No comments:
Post a Comment