Sunday 7 July 2024

SEBAB CANTIKNYA PANTAI

 
Pantai sering dikaitkan dengan kecantikan, kedamaian dan keceriaan hidup. Banyak orang sentiasa merindui pantai. Diulang berkali-kali, tetapi tidak pernah jemu mengunjungi pantai. Mengapakah pantai menjadi cantik damai dan ceria?
 
Adakah kerana pasirnya putih? Kalau begitu, di bekas tapak lombong pun banyak pasir putih, tetapi ia tidak dikunjungi ramai.
 
Adakah kerana pohon kelapa? Pohon kelapa lebih banyak di ladang kelapa. Tetapi tidak pula orang berduyung-duyung ke ladang kelapa seperti banyak orang di pantai.
 
Adakah kerana air laut luas terbentang? Banyak pantai air lautnya begitu, tetapi sepi daripada menjadi tumpuan ramai.
 
Adakah kerana ombak” Banyak pantai ada ombak, tetapi tidak pula ingin bermain di situ.
 
Adakah pantai yang landai dan air cetek? Memang banyak pantai sebegitu, tetapi sayang tempat itu sunyi.
 
Adakah kerana angin? Ya, angin bertiup di mana-mana. Jadi, itu bukan alasan untuk berkunjung ke pantai.
 
Adakah ada jalan penghubung puncany? Itu salah satu sebabnya, tetapi banyak pantai di tepi jalan tetapi tidak ada yang singgah di situ/
 
Banyak alasan, tetapi itu bukan satu-satunya faktor penentu. Jadi, tiada yang boleh mengaku atau mengatakan itulah puncanya.  
 
Begitu juga dengan hidup. Hidup yang indah adalah hasil rencah kehidupan yang dilalui. Faktor diri, pasangan, ibu bapa, keluarga, kawan,persekitaran dan sebagainya adalah foktor yang menyumbang kepada kejayaan hidup yang dilalui dengan penuh liku cabaran yang ada serta semangat juang yang taidak pernah berhenti mengalah.

No comments:

Post a Comment