Monday, 11 March 2024

KUTU BERUANG PEROSAK PADI

 
Pesawah berdepan pelbagai ancaman yang boleh merosakkan pokok padi dan mengurangkan hasil semasa menuai. Selain masalah padi dirosakan oleh kemarau dan banjir, serangan serangga perosak seperti kutu beruang amat menakutkan pesawah padi.

Kutu beruang adalah perosak tanaman padi di seluruh Asia sejak berpuluh tahun lalu. Serangga ini berbentuk bujur, 8-9 mm panjang dan berwarna coklat kehitaman. Kitaran hidup serangga ini adalah lebih kurang 75 hari. Berbau busuk dan mudah dijumpai pada waktu malam bulan cerah.

Kutu beruang dewasa dan nimfa menyerang hampir seluruh peringkat padi dengan mengisap cairan sap pada pokok pada waktu malam. Pada pokok padi dewasa, serangga ini lebih suka menghisap di bahagian pangkal rumpun padi di paras air kerana mempunyai cairan sap yang lebih banyak.

Kesan serangan yang serius pada peringkat padi beranak menyebabkan padi terbantut dan mengurangkan bilangan anak. Manakala serangan pada peringkat padi bunting akan mengeluarkan tangkai yang pendek atau padi menjadi hampa. Hal ini akan mengganggu pembentukan buah padi dan menyebabkan pokok menjadi kuning seperti terbakar yang dipanggil ‘bug burn’ dan akhirnya boleh mati.

Antara cara kawalan kutu babi:
- Bakar jerami padi setelah selesai menuai kerana kutu beruang boleh tinggal di dalam tunggul padi.
- Bersihkan sawah dari rumpai kerana kutu beruang boleh menyesuaikan hidupnya dalam persekitaran berubah-ubah. Jika tiada tanaman padi, ia boleh hidup di celah-celah tanah yang lembah dalam kawasan berumput.
- Lakukan pembajakan tanah dengan sempurna.
- Gunakan racun kimia bila perlu dan berhemah serta patuhi arahan penggunaan seperti di label.


No comments:

Post a Comment