Wednesday 26 June 2024

RAMLAN DILANTIK PENGERUSI SPR BAHARU

Bekas Ketua Setiausaha Kementerian Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB), Datuk Seri Ramlan Harun dilantik sebagai Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang baharu.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali menerusi kenyataan pada 26 Jun 2024 memaklumkan, lantikan Ramlan yang berkuat kuasa pada tarikh tersebut mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim selaras dengan Perkara 114(1) Perlembagaan Persekutuan.
Ramlan, 60, mempunyai pengalaman dalam perkhidmatan awam selama 28 tahun dan pernah berkhidmat di beberapa kementerian, jabatan serta pentadbiran di peringkat negeri.
Beliau merupakan pemegang Ijazah Sarjana Pengurusan Sumber Tanah daripada Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Ijazah Sarjana Muda Perancangan Perumahan dan Bangunan daripada Universiti Sains Malaysia (USM) serta Diploma Pentadbiran Awam, Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN).
Sebelum ini, jawatan Pengerusi SPR disandang oleh Tan Sri Abdul Ghani Salleh selama empat tahun bermula Ogos 2020 sebelum bersara wajib pada 8 Mei yang lalu.

No comments:

Post a Comment