Sunday, 27 October 2024

APA UNTUNG WAJIBKAN PEKERJA ASING MENCARUM DALAM KWSP

 
Kerajaan Singapura mengambil keputusan semua akaun Central Provident Fund (CPF) bagi bagi pekerja asing ditutup secara automatik pada tahun 2024. Manakala kerajaan Malaysia membuat keputusan bahawa semua pekerja asing akan diwajibkan untuk mebuka akaun Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan majikan diwajibkan untuk membuat caruman. Satu keadaan yang berlawanan 180 darjah.

Pada masa dulu, Singapura pernah wajibkan semua pekerja asing untuk membuat caruman bulanan ke CPF namun ia tidak lagi diwajibkan sejak pertengahan 1990-an.

Namun pekerja asing yang bukan mendapat status penduduk tetap (PR) masih boleh membuat caruman secara sukarela ke CPF sehingga tahun 2023 tetapi skim ini telah dihentikan.

CPF Singapura tidak lagi benarkan apa-apa sumbangan dari pekerja asing dan sudah tutup akaun-akaun CPF warga asing pada April 2024. Semua warga asing diarahkan untuk pindah keluar baki akaun mereka serta-merta.

Tetapi di Malaysia pula, kerajaan Madani umum mereka akan wajibkan semua pekerja asing membuat caruman mandatori bermula tahun 2025 depan.

Kerajaan Singapura faham bahawa caruman mandatori majikan bagi CPF akan menaikkan kos pekerja asing dan membawa kepada inflasi.

Kerajaan Singapura juga faham bahawa saiz tabung CPF yang semakin besar bermaksud ia lagi sukar untuk mencari pelaburan yang memberi pulangan yang lebih tinggi.

Begitu juga di Malaysia di mana saiz KWSP sudah pun cecah RM1 trilion dan telah cecah lebih separuh dari nilai pasaran bagi semua saham tersenarai di Malaysia.

Semakin besar saiz tabungan, semakin sukar untuk mendapat pulangan tinggi. Sejak dari dulu lagi, kerajaan memberi pelbagai keistimewaan kepada KWSP.Sebagai contoh, kerajaan Barisan Nasional (BN) masa Datuk Seri Najib Tun Razak menjual tanah Institut Penyelidikan Getah (RRI) kepada KWSP tanpa tender dan pada harga murah yang kini menjadi projek lumayan Kwasa Land Sendiri Berhad Damansara yang member pulangan hampir 10 kali ganda lebih besar dari nilai tanah.

Kwasa Land Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh KWSP membeli tanah seluas 2,330 ekar tanah milik RRI dengan harga RM2.28 bilion yang terletak di tengah-tengah Lembah Klang.

Masa Najib itu juga, PLUS dibeli balik dari tangan-tangan swasta dan diletak 51 peratus di bawah Khazanah Nasional dan 49 peratus di bawah KWSP.

Kerajaan BN masa itu juga membayar pampasan tahunan sekitar RM1 bilion kepada PLUS bagi mengelak kadar tol dinaikkan di mana separuh dari pampasan ini mengalir ke KWSP.

KWSP juga dibenarkan untuk melabur di projek Battersea UK gergasi yang memberi pulangan baik jangka masa panjang.

KWSP juga dijamin kerajaan sepenuhnya dan pelbagai insentif seperti pengecualian cukai dividen dan cukai CGT diberi.

Setelah warga asing diwajibkan untuk mencarum, ia bermakna bahawa pelbagai insentif dan kelebihan yang diberi kerajaan Malaysia kepada KWSP bagi menaikkan kadar simpanan Rakyat Malaysia turut akan memberi faedah kepada warga asing.

Amat pelik bahawa Singapura ke satu hala, Malaysia pula ke arah yang 180 darjah bertentangan.

Kerajaan Singapura mahu CPF fokus untuk menjaga warga negara sendiri, bukan jaga warga asing.

Kerajaan Malaysia pula mahu kwsp jaga warga asing.

Di Malaysia kita melaksanakan formula yang songsang dengan Singapura.

Tulisan asal  - Lim Sian See

No comments:

Post a Comment