Thursday 17 October 2024

PERLU LEBIH BANYAK DOKTOR POKOK

 
Malaysia berkembang pesat dan peningkatan penduduk bandar dan mereka terdedah kepada risiko pokok tumbang di sekitar kawasan bandar terutamanya bila berlaku hujan lebat dan angin kencang.
 
Kebanyakan pokok tumbang disebabkan akar mereput, namun ia boleh dielakkan jika penjagaan rapi dijalankan dengan mengelakkan kecederaan pada akar semasa melakukan kerja-kerja berhampiran pokok seperti pengorekan tanah.
 
Kegagalan orang ramai termasuk pihak berkuasa tempatan (PBT), kontraktor penyelenggaraan pokok dan landskap mengesan kecacatan dan kesihatan pokok menyebabkan terdedahnya risiko kemalangan seperti pokok tumbang dan dahan patah.
 
Pengurusan risiko pokok di kawasan bandar adalah satu tanggungjawab PBT dan agensi berkaitan dalam menyediakan persekitaran yang selamat. Ia perlu dijadikan sebahagian budaya organisasi dengan dasar yang jelas, mekanisme efektif dan komitmen pihak pengurusan tertinggi.
 
Setiap pokok memerlukan ruang mencukupi supaya akarnya dapat menjalar dengan baik.
Jika ruang penanaman pokok itu tidak sesuai, ia boleh menyebabkan pokok mengalami tekanan dan diserang penyakit, selain berisiko untuk tumbang.
 
Jadi pentingnya menyediakan zon akar yang sesuai dan mencukupi, jika kawasan pokok diganggu dengan jalan raya, laluan pejalan kaki atau papan tanda yang terlibat dalam kerja sivil, ia akan mencederakan pokok tersebut.
 
Gangguan pada zon akar kritikal menyumbang kepada kecederaan dan kerosakan akar yang memberi kesan kepada kehilangan kekuatan sauh dan kestabilan pokok, akhirnya kegagalan berlaku dan pokok akan tumbang.
 
Kesihatan pokok perlu dijaga termasuk sentiasa memeriksa pokok bagi menentukan tahap kesihatan dan kesuburan dalam keadaan baik dan selamat.
 
Tugas ini perlu dilakukan oleh “doktor” pokok atau namanya disebut arboris. Arboris adalah pakar tumbuhan berkayu yang berperanan memantau kesihatan pokok, terutama di kawasan bandar. Khidmat mereka diperlukan untuk melakukan audit pokok-pokok tua bagi memastikan kesihatan pokok dan mengenal pasti keadaan terkini pokok.
 
Malangnya di Malaysia bilangan arboris masih kurang sehingga tidak mampu untuk melaksanakan sepenuhnya audit terhadap pokok di kawasan bandar. Malah, banyak PBT yang tidak menyenaraikan jawatan arboris dalam senarai perjawatan atau tidak ada arboris di organisasi tersebut.
 
Malaysia berkembang pesat dan peningkatan penduduk bandar dan mereka terdedah kepada risiko pokok tumbang di sekitar kawasan bandar terutamanya bila berlaku hujan lebat dan angin kencang.
 
Kebanyakan pokok tumbang disebabkan akar mereput, namun ia boleh dielakkan jika penjagaan rapi dijalankan dengan mengelakkan kecederaan pada akar semasa melakukan kerja-kerja berhampiran pokok seperti pengorekan tanah.
 
Arboris memainkan peranan penting sebagai ‘doktor pokok’ yang dapat membantu mengelakkan kegagalan struktur dan mengurangkan risiko pokok tumbang jika masalah itu dikesan lebih awal.
 
Bidang arborikultur ini masih baharu di Malaysia, walaupun sudah lama diperkenal di Barat dengan amalan terbaik yang lengkap. Di negara kita, arborikultur hanya diperkenalkan pada tahun 1995. Kemudian pada 2005, barulah ada arboris bertauliah yang pertama disijilkan.
 
Arboris bertauliah mendapat sijil daripada Pertubuhan Arborikultur Antarabangsa (ISA) berpangkalan di Amerika Syarikat. 
 
Diharapkan bilangan arboris di Malaysia dapat ditingkatkan bagi memenuhi keperluan khidmat berkaitan kesihatan pokok di kawasan bandar, seterusnya dapat mengelak masalah pokok tumbang yang mendatangkan bahaya kepada orang ramai dan harta benda awam.

No comments:

Post a Comment