Monday, 3 March 2025

LOKOMOTIF SIRI G19 BUATAN MALAYSIA

 
Lokomotif Siri G10 buatan Malaysia merupakan lokomotif mesra alam yang dibangunkan dengan teknologi canggih untuk meningkatkan kecekapan pengangkutan kereta api. Menariknya, lebih 60 peratus komponen lokomotif ini dihasilkan di Malaysia, menjadikannya pencapaian penting dalam industri kereta api negara.
 
Lokomotif Siri G10 yang dikeluarkan di dalam negara menonjolkan kepakaran Malaysia dalam pasaran kereta api, malah dibina dengan teknologi canggih untuk mengurangkan emisi (pemecaran cahaya).
 
Lokomotif ini mesra alam itu akan membawa manfaat besar kepada ekosistem kenderaan rel dengan inovasi reka bentuk kejuruteraan yang akan menggalakkan operasi hijau.
 
Reka bentuknya yang praktikal memastikan tahap kebolehpercayaan dan ketersediaan yang lebih tinggi untuk meningkatkan kecekapan operasi, dengan kapasiti muatan lebih tinggi dan mengurangkan masalah penyenggaraan untuk kos kendali lebih rendah sepanjang kitaran hayatnya.
 
Lokomotif ini dibuat oleh SMH Rail, pengeluar dan penyedia perkhidmatan penyenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO) bagi kereta api yang bertapak di lebih 20 negara.
 
Syarikat itu memiliki mempunyai pengalaman menjangkau lebih dua dekad menyediakan penyelesaian kejuruteraan rel kepada pengendali rel pada peringkat serantau dan global.

Ia beroperasi dari pusat pengeluaran kereta api bersepadu yang bertauliah antarabangsa di Rasa, Hulu Selangor dan mempunyai operasi serantau di beberapa pasaran di serata dunia.

No comments:

Post a Comment