Terdapat hadis palsu berkaitan kelebihan puasa Ramadan. Hadis itu dibaca dan disebar untuk menggalakkan rebut kebaikan Ramadan. Maksud hadis: "Bulan
Ramadan awalnya rahmah, tengah-tengahnya keampunan dan akhirnya adalah
pembebasan dari neraka."
Seorang pakar atau ahli hadis
Prof. Ali Mustafa Yaqub dari Indonesia menjelaskan hadis itu memang bermasalah
dari segi periwayatan.
Hadis ini diriwayat dalam
dua sanad, malangnya kedua-dua sanad itu dilihat tidak menepati kaedah ilmu
hadis untuk diterima sebagai hadis sahih atau dapat diterima.
Maksud: Bulan Ramadan, awalnya
rahmah, tengah-tengahnya maghfirah dan akhirnya adalah pembebasan dari neraka.
Hadis ini diriwayatkan Al-Uqaili
dalam kitab khusus tentang hadis daif yang berjudul Adh-Dhu'afa'. Juga diriwayatkan Al-Khatib Al-Baghdadi dalam kitabnya Tarikhu
Baghdad. Serta diriwayatkan Ibnu Adiy, Ad-Dailami, dan Ibnu Asakir.
Imam As-Suyuthi mengatakan bahwa hadis ini daif
(lemah periwayatannya) dan Syeikh Al-Albani mengatakan bahwa riwayat ini
statusnya munkar.
Jadi sebenarnya antara keduanya
tidak terjadi pertentangan. Hadis munkar sebenarnya termasuk ke dalam jajaran
hadis daif juga. Sebagai hadis munkar, dia menempati urutan ketiga setelah hadis matruk (semi palsu) dan maudhu'(palsu).
Sanadnya adalah dari Sallam bin
Sawwar, dari Maslamah bin Shalt, dari Az-Zuhri, dari Abu Salamah, dari Abu
Hurairah, dari Rasulullah SAW
Dari rangkaian para perawi di
atas, perawi yang pertama dan kedua bermasalah, iaitu Sallam bin Sawwar dan
Maslamah bin Shalt.
Sallam bin Sawwar disebut oleh Ibnu Ady, seorang pengkritik
hadis, sebagai munkarul hadis. Sedangkan oleh Imam Ibnu
Hibban, dikatakan bahwa hadisnya tidak boleh dijadikan hujjah (pegangan), kecuali bila ada rawi lain yang meriwayatkan hadisnya.
Perkataan Ibnu Hibban ini boleh disemak dalam kitab Al-Majruhin.
Sedangkan Maslamah bin Shalt adalah seorang yang matruk, sebagaimana komentar Abu Hatim. Secara etimologis, matruk
bererti ditinggalkan. Sedangkan menurut terminologi hadis, hadis matruk adalah hadis yang dalam sanadnya ada rawi yang pendusta. Dan
hadis matruk adalah 'adik' dari hadis maudhu (palsu).
Bezanya, kalau hadis maudhu itu perawinya adalah seorang pendusta, sedangkan hadis matruk itu perawinya
sehari-hari sering berdusta. Kira-kira hadis matruk itu boleh dikira semi
maudhu.
Maka hadis ini dikategorikan:
Pertama, kategori hadis munkar kerana adanya Sallam bin Sawwar.
Kedua adalah hadis matruk kerana adanya Maslamah bin Shalt.
Dengan kata lain,
hadis tersebut adalah kurang kuat dan elok tidak dijadikan bahan ceramah, atau
jika ingin pun, diletakkan di hujung-hujung dan disebut jelas ia adalah hadis
yang diragui.
Memang benar,
terdapat hadis lain seperti yang diriwayatkan oleh Ibn Khuzaymah dalam kitab sahihnya,
tetapi beliau sendiri meraguinya apabila menyebut di awal bab itu, "Jika
sahih khabar ini" (Rujuk ibn Khuzaymah)
Imam Ibn Hajar al-Hathami memberi
komentar: "Tentang sanadnya, terdapat mereka yang mensohihkannya, dan
mengganggapnya hasan seperti Imam Tirmizi, tetapi ia dianggap lemah
oleh ulama selain mereka, Ibn khuzaymah menyebutnya dalam kitab sohihnya
tetapi diakhiri dengan katanya: sekiranya sahih" (Az-Zawajir,
Ibn Hajar Al-haithami, 1/384)
Persoalannya,
mengapa hadis itu popular dan banyak digunakan dalam ceramah mahupun penulisan?
Sebenarnya hadis ini memang terdapat dalam agak banyak kitab-kitab Arab silam sama ada Fiqh dan hadis tanpa dijelaskan kedudukan dan taraf hadis berkenaan. Ia terus diguna dan menjadi rujukan.
Sebenarnya hadis ini memang terdapat dalam agak banyak kitab-kitab Arab silam sama ada Fiqh dan hadis tanpa dijelaskan kedudukan dan taraf hadis berkenaan. Ia terus diguna dan menjadi rujukan.
No comments:
Post a Comment