Friday 10 May 2019

SEBAB RESIT BERTABUR DI ATM


Masalah resit ATM (automatic teller machine) bertaburan memang sering terjadi ATM yang ditempatkan di luar kawasan bank. Resit bertaburan bukan kerana sikap pengguna yang tidak memasukkan ke dalam bekas atau tong sampah yang disedikan, tetapi bekas itu telah penuh.

Justeru, pihak bank perlu menempatkan bekas sampah yang lebih besar untuk menampung jumlah resit yang banyak, terutama pada 'musim' gaji. Atau, tugaskan pihak mengutip sampah itu lebih kerap untuk kosongkan bekas itu.

Satu lagi, kepada pengguna yang tidak memerlukan resit, tidak perlulah minta keluarkan resit itu. Kalau nak tahu baki, boleh semak melalui online. Bersama kita amalkan kurangkan penggunaan kertas. Sekarang ini boleh gunakan online untuk apa-apa urusan yang berkenaan.


No comments:

Post a Comment