Wednesday, 1 May 2019

JENIS BAJU MELAYU

Baju Melayu merupakan kemeja longgar yang dipakai dengan seluar panjang. Pakaian ini selalunya dipadankan dengan kain samping yang diikat di bahagian pinggang dan bersongkok.

Baju Melayu bagi rakyat Malaysia terbahagi kepada dua iaitu baju Melayu potongan teluk belanga dan baju Melayu potongan cekak musang. Potongan tersebut merujuk kepada cara jahitan pada leher baju tersebut.

Baju Melayu teluk belanga biasanya terkenal di kawasan selatan Malaysia. Potongan Teluk Belanga potongan lehernya dijahit secara sulaman. 

Cara memakai baju Melayu teluk belanga biasanya samping dipakai di sebelah dalam baju.

Potongan cekak musang lebih terkenal di kawasan tengah dan utara Malaysia. Potongan cekak musang iaitu bahagian penutup atau rumah butangnya bertindan. 

Cara memakai baju Melayu Cekak Musang ialah samping di sebelah luar baju.

1 comment:

  1. ciri ciri baju melayu cekak musang dgn baju teluk belanga

    ReplyDelete