Baju Melayu merupakan kemeja longgar yang dipakai
dengan seluar panjang. Pakaian ini selalunya dipadankan dengan kain samping
yang diikat di bahagian pinggang dan bersongkok.
Baju Melayu bagi rakyat Malaysia
terbahagi kepada dua iaitu baju Melayu potongan teluk belanga dan baju Melayu
potongan cekak musang. Potongan tersebut merujuk kepada cara jahitan pada leher
baju tersebut.
Baju Melayu teluk belanga biasanya
terkenal di kawasan selatan Malaysia. Potongan Teluk Belanga potongan lehernya
dijahit secara sulaman.
Cara memakai baju Melayu teluk belanga biasanya samping
dipakai di sebelah dalam baju.
Potongan cekak musang lebih terkenal
di kawasan tengah dan utara Malaysia. Potongan cekak musang iaitu bahagian
penutup atau rumah butangnya bertindan.
Cara memakai baju Melayu Cekak Musang
ialah samping di sebelah luar baju.

ciri ciri baju melayu cekak musang dgn baju teluk belanga
ReplyDelete