Pada ketika itu, masyarakat Arab telah mempunyai kalender berdasarkan bulan-bulan tahun Hijrah. Bagaimanpun, tidak ada kiraan tahun, sebaliknya berdasarkan peristiwa tertentu.
Contohnya, Tahun Gajah adalah merujuk kepada tahun di mana Abrahah menyerang kota Makkah dengan tentera bergajahnya.
Kiraan tahun Hijrah mula digunakan pada zaman pemerintahan
Umar al-Khattab. Penggunaannya tercetus apabila Abu Musa al-Asyri yang menjadi
Gabenor Kufah mencadangkan agar Umar menulis tarikh pada surat-surat yang
dikirimkan kepada beliau bagi memudahkan mengetahui surat mana yang terlebih
dahulu ditulis.
Lanjutan itu, Umar telah mengumpulkan para sahabat untuk
membincangkan tentang penggunaan tarikh yang dapat digunakan atau pengenalan
kepada umat Islam. Banyak pendapat
dikemukakan oleh para sahabat mengenai perkara itu.
Akhirnya mereka sepakat menetapkan tarikh Islam bermula
dari Hijrah Nabi Muhammad SAW ke kota Madinah.
Peristiwa hijrah Nabi Muhammad SAW berlaku demi keselamatan
penganut Islam. Rasulullah SAW amat sayangkan
Makkah, namun apakah daya keadaan terpaksa.
Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Demi Allah, sesungguhnya
negeri Makkah adalah sebaik-baik bumi Allah, dan bumi yang paling aku sukai
ialah Makkah dan sekiranya aku tidak dihalau nescaya kau tidak akan keluar
(dari Makkah).” (Hadis riwayat Bukhari).
Nabi Muhammad SAW merancang perjalanan hijrah dengan begitu
teliti. Ini memandangkan pada waktu yang
sama juga Musyrikin Makkah sudah merancang membunuh baginda.
Untuk mengelak mudah dikesan, perjalanan hijrah dilakukan
dalam kumpulan kecil seramai tiga orang iaitu Rasulullah SAW, Abu Bakar dan
Abdullah bin Uriqith sebagai penunjuk jalan.
Abu Bakar dipilih menjadi teman perjalanan memandangkan
sifat setiakawan dan iman yang kental dalam dirinya. Abu Bakar sahabat paling setia dan yang
pertama mengiyakan semua kata-kata Rasulullah SAW. Beliau lelaki dewasa pertama mengaku beriman.
Abdullah bin Uriqith seorang kafir. Namun khidmatnya diperlukan memandangkan dia
amat mahir dalam selok belok perjalanan menuju ke Madinah. Dia juga diyakini amanah dan berkemampuan
melakasanakan tugas yang ditagih daripadanya. Ini membuktikan Islam membenarkan khidmat orang kafir demi untuk kebaikan
Islam.
Saidina Ali ditugaskan menggantikan tempat tidur Nabi
Muhammad SAW bagi mengelirukan Musyrikin Makkah. Keberanian Ali melakukan tugas biarpun mengetahui akan
berdepan dengan resiko besar amat terpuji.
Tindakan itu juga membuktikan keberanian seorang pemuda yang taat kepada perintah dan yakin apa yang dilakukan satu tindakan benar.
Tindakan itu juga membuktikan keberanian seorang pemuda yang taat kepada perintah dan yakin apa yang dilakukan satu tindakan benar.
Asma binti Abu Bakar pula menjadi srikandi apabila
mempertaruhkan nyawa menghantar makanan kepada Rasulullah di Gua Shur, tempat
persembunyian sementara sebelum meneruskan perjalanan.
Asma tidak ragu-ragu melaksanakan tugas itu walaupun sedar
bukan senang baginya untuk melepasi intipan Musyrikin Makkah dan perlu berjalan
agak jauh dari kota Makkah.
Saidina Umar yang terkenal berani pula berjaya mengelirukan
Musyrikin Makkah apabila menghebahkan atau mengugut sesiapa yang berani
menghalangnya daripada menyusul Rasulullah SAW ke Madinah.
Hebahan itu seakan-akan memberitahu orang ramai bahawa
Rasulullah SAW telah berhijrah. Keadaan
itu menjadikan Musyrikin Makkah keliru tentang adakah Rasulullah SAW masih di
Makkah atau benar-benar telah menuju ke Madinah seperti yang dihebahkan Saidina
Umar.
Setelah menempuh perjalanan yang sukar, akhirnya Nabi
Muhammad SAW sampai di Madinah lewat beberapa hari dari yang dijangkakan.
Hijrah Rasulullah ke Madinah mendapat sambutan di luar dugaan. Seluruh penduduk Madinah keluar menyambut ketibaan Rasulullah SAW. Mereka memukul gendang dan menyanyi yang mengalu-alukan kedatangan baginda.
Hijrah Rasulullah ke Madinah mendapat sambutan di luar dugaan. Seluruh penduduk Madinah keluar menyambut ketibaan Rasulullah SAW. Mereka memukul gendang dan menyanyi yang mengalu-alukan kedatangan baginda.
Iktibar daripada peristiwa Hijrah wajar dijadikan daya
mengubah semangat diri untuk mencapai kejayaan dalam hidup. Umat Islam perlu bangkit kembali menjadi
ummah yang berkuasa dan dihormati.
No comments:
Post a Comment