Thursday, 20 October 2016

Iklan perniagaan di FB

Ketahui cara mengiklankan produk atau perniagaan di Facebook. Iklan di FB satu langkah mudah, berkesan dan percuma memasar produk kepada bakal pelanggan secara meluas. Kajian menunjukkan terdapat tidak kurang 17 juta akaun milik rakyat Malaysia di FB. 

Rakyat Malaysia menduduki di antara tangga teratas di FB. Ini hasil celik IT di kalangan rakyat Malaysia dan sokongan pihak kerajaan dan swasta menyediakan kemudahan internet.  

Malaysia di antara negara teratas berjaya menyediakan perkhidmatan internet yang terbaik. Terdapat beberapa cara boleh atau patut diamalkan untuk menjadikan FB sebagai medium pemasaran.

Pertama, ada perlu ada akaun FB. Ia disediakan secara percuma. Ada boleh buka akaun 'persendirian' dengan menggunakan nama sebenar. 


Pun, realitinya terlalu ramai yang menggunakan nama palsu.  Menggunakan nama palsu mungkin akan timbul masalah apabila pihak FB minta agar dihantar dokumen bukti tentang diri.  

Mulalah add friend di FB yang berpotensi menjadi prospek anda.

Untuk berjaya perkenalkan dan menjual produk melalui FB, kita perlu ada kawan sekurang-kurangnya 2500 orang. Jadi mulalah add friend di FB. 


Bagaimanapun, perlu diingatkan, jangan ada terlalu banyak kawan dalam sehari. FB akan 'beri amaran' dan mungkin sekat akaun untuk beberapa ketika. Atau mungkin FB akan minta dokumen pengesahan diri. Inilah masalah jika menggunakan nama palsu.

Lepas itu, mula 'like' dan komen status kawan di FB. Tindakan ini penting agar orang tahu kewujudan kita di FB. Bila kita puji seseorang (contohnya anak dia comel), pasti mereka akan gembira. Ingat, lakukan dengan ikhlas. Jika kita gembirakan orang lain, insyaalah, Allah pun akan bagi kegembiraan kepada kita.

Pada masa sama, aktifkan diri di FB. Selalu update di FB. Buatlah catatan atau gambar untuk dikongsikan dengan kawan-kawan. Ini penting untuk memastikan orang tahu kewujudan kita di FB.

Jangan malu hendak 'perkenalkan' diri sebagai pengedar atau penjual produk berkenaan. Promosikan produk anda dalam aktiviti seharian anda. Ketahui mengenai produk kerana mungkin bakal pembeli ingin mengetahuinya. 

Sediakan testimoni keberkesanan produk yang dijual itu. Kebanyakan syarikat menyediakan 'bahan' untuk disebarkan oleh agen atau pengedar. Kaedah salin dan tampal mudah dilakukan.

Satu perkara lagi, elok jika anda sendiri menjadi pengguna kepada produk berkenaan. Dengan cara itu anda sendiri boleh jadi testimoni dan menyakinkan bakal pembeli mengenai kualiti produk. 

Sebarang kebaikan produk perlu dikongsikan dengan orang lain. Dengan cara itu orang akan mudah yakin, kerana kita sendiri sebagai testimoni kepada produk itu.

Selain akaun persendirian, anda boleh mengiklankan melalui 'page' dan 'group'. Ini kerana rakan maksimun yang dibenarkan hanya 5000 orang. 


Ahli atau like page tidak ada limit. Begitu juga ahli kumpulan juga tidak ada hadnya. Semakin banyak like atau ahli, lebih banyak kebarangkalian produk yang diiklankan itu diketahui oleh bakal pembeli.

Page boleh 'dicipta' oleh anda. Namanya boleh macam-macam. Boleh guna nama produk atau syarikat atau apa-apa nama yang dapat menarik orang ramai. 

Begitu juga group. Pemilik akaun boleh memiliki lebih daripada satu page dan group. 

Selain, 'aktif' di group sendiri anda boleh menjadi ahli group lain. Ada group yang sudah ada ahli mencecah 2 juta orang. 

Jadi, anda mudah untuk memasarkan produk kepada satu lingkungan pasaran yang melibatkan banyak ahli. Semakin banyak ahli kumpulan, lebih banyak peluang untuk anda mendapat pembeli.

Bagaimanpun, kebanyakan gorup iklan di FB meletakkan syarat agar ahli yang ingin mengiklan produk perlu 'add' rakan dalam jumlah tertentu. Ia satu tanda komitmen dan menambah bilangan ahli. Ada juga admin memberi syarat bayaran tertentu jika tidak mahu add rakan.

Apa pun, kepada mereka yang menggunakan medium FB untuk memasarkan produk, perkara penting dilakukan ialah yakin dan istiqamah. 

Jangan mudah menyerah kalah jika apa yang dilakukan tidak mencapai seperti apa yang diharapkan.  Teruskan usaha hingga berjaya. Elok juga jika berkongsi pengalaman dengan mereka yang telah berjaya. 

No comments:

Post a Comment