Assalamualaikum
kawan-kawan. Apa khabar semua. Bagaimana dengan rancangan mengadakan
pertemuan semula bekas pelajar?
Sempena hari raya ini dicadangkan kita dapat adakan pertemuan semula. Selepas tamat sekolah dulu, masing-masing membawa haluan sendiri. Tahun ini bermakna sudah 32 tahun kita berpisah.
Sempena hari raya ini dicadangkan kita dapat adakan pertemuan semula. Selepas tamat sekolah dulu, masing-masing membawa haluan sendiri. Tahun ini bermakna sudah 32 tahun kita berpisah.
Tidak dinafikan ada sesetengah sudah kerap berjumpa ke
belakangan ini. Tiap-tiap hari bertegur
sapa di laman sosial. Alhamdulillah.
Tetapi ada antara kita yang memang tidak pernah
berkesempatan untuk bertemu bersemuka. Ramai yang sudah lupa wajah-wajah sahabat yang sama berjuang di alam
persekolahan.
Sebab itu, ada yang telah banyak kali bertemu dan berurusan
dalam bidang tugas masing-masing, namun tidak mengetahui bahawa mereka
sebenarnya dulu satu kelas atau satu sekolah.
Maklumlah, wajah semasa remaja dulu jauh bezanya dengan
rupa yang sudah berstatus ibu atau bapa kepada anak remaja. Bahkan ada antara kita sudah ada cucu. Jadi, tentu sekali wajah sudah jauh berubah.
Dulu semua rambut di kepala berwarna hitam dan penuh
menghiasi mahkota. Tetapi sekarang,
sudah berubah warna. Setengah tu pula
sudah tidak ada warna.... langsung tidak ada rambut.
Kalau dulu tubuh semua kurus dan tegap. Namun sekarang sudah banyak yang
berubah. Memang jauh bezanya daripada
dulu.
Jadi, elok kalau kita boleh berjumpa kembali. Biar kita dapat mengutip dan mengimbau
kembali kisah silam zaman persekolahan. Membina kembali jalinan ikatan persahabatan yang lama terputus.
Antara kita sudah banyak yang berjaya. Tahniah semua. Ada yang sudah bergelar datuk, profesor,
pengarah, guru besar, pengetua, pengarah jabatan, yang berhormat, jutawan,
akauntant, peguam, juruterbang dan pelbagai lagi yang boleh dibanggakan. Ada yang bertugas di luar negara dan yang
lain pula bertebaran di seluruh pelusuk negara.
Kejayaan, jawatan dan kedudukan rakan-rakan tentu sekali
ada manfaat sesama kita. Ada perkara
yang kita dapat minta tolong rakan dalam bidang tugas dan kemampuan
masing-masing.
Ada yang terpaksa bersusah payah mencari orang lain untuk
diminta tolong, sedangkan kawan kita sendiri bersedia untuk membantu. Namun, disebabkan kita telah terputus
hubungan dan tidak saling mengenali, maka tidak ada yang boleh dimanfaatkan
persahabatan yang lalu.
Oppppp... lupa pula tujuan awal catatan ini, iaitu tentang
cadangan perjumpaan semula kita.
Difahamkan sudah ada di antara kita mencadang perkara ini,
namun tidak ada kata putus mengenainya. Perkara besar ialah tentang tempat, masa dan siapa menjadi
penganjurnya. Kebanyakan di antara kita
tinggal di perantauan dan hanya pulang beberapa hari yang tidak sama tempoh
masanya.
Ada yang pulang beberapa hari sebelum hari raya dan pulang
ke tempat kerja atau ke rumah mertua pada hari raya kedua atau ketiga. Sedangkan setengah yang lain pula pada hari
raya kedua atau ketiga baru pulang ke kampung halaman.
Justeru, memang susah untuk tentukan tarikh yang sesuai
jika semua ingin berkumpul. Itu belum lagi soal tempat dan perkara lain.
Kalau kita fikir tentang masalah, sampai bilapun tidak akan
selesai. Sebijak manapun kita, kalau
tidak dapat selesaikan masalah, maka masalah itu akan menghalang apa yang
sepatutnya dilakukan.
Kita ambil jalan tengah. Kalau tidak semua dapat hadir, jangan pula langsung tidak diadakan atau
tidak dapat berjumpa.
Adalah dicadangkan, kita adakan majlis itu pada hari raya
ketiga. Tempatnya di sekolah. Majlis
diadakan secara ringkas.
Dengan sedikit jamuan atau rasanya tidak masalah jika tidak ada jamuan langsung. Kita bukan hendak makan kerana kalau tujuannya hendak makan, tempat dan majlis lain lebih banyak ada makanan.
Dengan sedikit jamuan atau rasanya tidak masalah jika tidak ada jamuan langsung. Kita bukan hendak makan kerana kalau tujuannya hendak makan, tempat dan majlis lain lebih banyak ada makanan.
Mengapa pilih hari raya ketiga? Kita ambil tengah-tengah. Ada yang dalam persiapan hendak bertolak
meninggalkan kampung halaman dan yang lain pula mungkin baru sampai.
Tambahan pula, ia tidak tergesa-gesa dan bertembung dengan program pada hari raya pertama dan kedua yang biasanya melibatkan keluarga masing-masing.
Tambahan pula, ia tidak tergesa-gesa dan bertembung dengan program pada hari raya pertama dan kedua yang biasanya melibatkan keluarga masing-masing.
Kenapa di sekolah? Itulahlah rumah dan laman kita semua. Itulah sejarah hidup kita. Jadi, kita kembali semula ke sekolah mengutip
dan menyegarkan kembali kenangan lalu.
Siapa pula jadi pengajur atau tuan rumah? Kita semua kerana ini majlis kita
bersama. Kita semua jadi tuan rumah dan
sama-sama berusaha untuk melayan yang lain.
Pukul berapa? Sesuai dari pukul 9 pagi hingga 12
tengahari. Tidak semestinya kita semua
berkumpul sepanjang tempoh itu. Mungkin
ada yang hanya datang seketika saja.
Kita sedar semua kita sibuk dan masa yang ada agak terhad. Mungkin ada yang perlu bergegas pulang ke tempat kerja masing-masing.
Kita sedar semua kita sibuk dan masa yang ada agak terhad. Mungkin ada yang perlu bergegas pulang ke tempat kerja masing-masing.
Kalau adapun yang perlu dipertanggungjawabkan sebagai
pengendali atau kepala, itu sekadar untuk berhubung dengan pihak sekolah untuk
meminta kebenaran. Rasanya ini tidak ada
masalah kerana di kalangan kita ramai menjadi guru dan mempunyai hubungan baik
dengan pihak sekolah.
Konsep ini bukan hanya untuk tahun ini tetapi setiap
tahun. Saya lihat kaedah ini berjaya
dilakukan oleh satu kumpulan bekas pelajar di satu sekolah lain. Mereka lakukan kaedah ini sudah lebih 10
tahun.
Majlis diadakan amat ringkas tetapi cukup bermakna. Setiap tahun pasti ada ahli baru yang kali
pertama hadir.
Jumlahnya semakin bertambah walaupun tidak ketara kerana ada juga yang tidak dapat datang setiap tahun. Bahkan, ada yang sudah tidak boleh lagi datang sampai bila-bila..... sudah meninggal dunia.
Jumlahnya semakin bertambah walaupun tidak ketara kerana ada juga yang tidak dapat datang setiap tahun. Bahkan, ada yang sudah tidak boleh lagi datang sampai bila-bila..... sudah meninggal dunia.
Akhirnya, semoga kita dapat bersama pada tahun ini. Kepada yang tidak dapat hadir bersama, cuba
pula pada tahun depan.
No comments:
Post a Comment