Thursday, 20 October 2016

Petua kurus cara mudah

Terdapat petua atau cara mudah boleh diamalkan untuk kurus dan sihat. Jangan mudah mengalah untuk capai bentuk badan diingini. Berat badan unggul penting untuk sihat dan kelihatan menawan. Jom bersama amalkan petua ingin kurus ini.  

Jangan berlapar
Makanan memberi kita tenaga dan mengaktifkan badan. Dalam situasi itu, kadar metaboslisma tinggi dan membakar banyak lemak dan kalori. Bagaimanapun, elak makan banyak yang menyebabkan kalori yang masuk dalam badan lebih banyak daripada apa yang digunakan. Tenaga yang tidak digunakan akan ditukar kepada lemak dan disimpan di dalam badan yang menyebabkan kegemukan.

Ambil sesuatu yang pahit sebelum makan. 
Minumlah kopi dan kumur beberapa saat sebelum makan. Cara ini menyebabkan tekak merasa pahit dan menghantar isyarat melalui otak bagi menggalakan rembesan enzim dan asid HCL. Kekurangan enzim dan asid HCL di dalam perut boleh menyebabkan ketidakcekapan penghadaman.

Minum 8 gelas air sehari

Air mengurangkan selera makan anda secara semulajadi dan membantu badan memetabolisma simpanan lemak di dalam tubuh. Sebelum makan makanan yang berat-berat, cuba minum air, pasti anda tidak akan makan dengan banyak.

Elakkan minum minuman bergas

Minuman bergas biasanya mengandungi 7-8 sudu gula dan tidak baik untuk kesihatan tubuh. Gula yang tidak digunakan ditukar menjadi lemak.

Kurangkan pengambilan garam

Pengambilan garam yang tinggi menggalakan penangkungan air. Mengurangkan pengambilan garam bermakna badan anda menangkung sedikit air. Ini bermakna anda kurang berat yang disebabkan air.

Ambil sarapan pagi. 

Mengambil sarapan pagi memberi isyarat kepada badan bahawa kita telah bersedia untuk aktif pada siang hari setelah tidur dan berehat pada sebelah malam. Kadar metabolisma meningkat dan meningkatkan kadar pembakaran kalori.

Makanlah dengan perlahan-lahan

Nikmatilah makanan dengan perlahan-lahan dan jangan gopoh. Kerana apabila kita makan secara perlahan-lahan, tubuh akan menghantar isyarat menunjukan kepuasan dan mengeluarkan enzime yang sekata untuk sistem penghadaman.

Kunyah makanan kepada cebisan lebih kecil.
Kunyahlah makanan kepada cebisan lebih kecil sebelum menelan kerana dengan cara ini ia lebih mudah dihadam. Ini dapat membantu penyerapan berkesan gizi yang ada di dalam makanan.

Makan dalam kuantiti sedikit
Biar makan kerap dengan kuantiti yang sedikit daripada makan hanya sekaligus. Makan banyak sekaligus akan menyukarkan proses penghadaman.

Kurangkan pengambilan makanan berlemak
Kurangkan pengambilan marjerin, butter dalam makanan anda. Kalau boleh, usah ada di dalam peti ais anda.

Amal perahan limau nipis
Air limau nipis atau jus oren menggalakan pembakaran lemak. 

Banyak makan sayur dan buah
Buah-buahan dan sayur-sayuran adalah sumber terbaik untuk vitamin, mineral dan serat dan kandungan lemak yang rendah.

Makanan berempah
Sesetengah rempah seperti cili, biji sawi, didapati boleh membakar kalori. Penambahan lada hitam bukan sahaja meningkatkan penghadaman, ia juga meningkatkan pembakaran lemak.

Makan bijiran dan kekacang

Bijirin penuh adalah sumber utama tenaga. Bijiran dan hasil bijirin banyak mengandungi karbohidrat kompleks, protein, vitamin, mineral dan sedikit lemak.

Rebus, kukus atau bakar
Cara memasak paling baik untuk mengurangi jumlah kalori dalam makanan adalah merebus memanggang atau mengukus. Khusus untuk sayuran, anda boleh menumisnya dengan sedikit minyak(misalnya satu sudu minyak masak). Hindari minyak atau lemak haiwan.

Beberapa aktiviti untuk mudah langsing

- Jalan cepat. Gunalah kasut yang cukup selesa agar kaki tidak melecet dan sihat
- Gunakan tangga untuk naik ke tingkat atas.
- Renang adalah latihan menyeluruh. Berenang dengan laju dengan nafas yang dalam.
- Bersenam atau peregangan, sangat baik bagi otot-otot dan sendi-sendi yang kaku.
- Tunggang basikal dan kayuh perlahan-lahan tetapi dalam tempoh yang lama.

No comments:

Post a Comment