Sejarah
Askar Wataniah Malaysia (AW) atau askar sukarela. AW adalah suatu
angkatan sukarela yang berlainan daripada badan-badan sukarela yang lain. AW merupakan Angkatan Sukarela yang bersama-sama Tentera Darat dalam
mempertahankan negara kita yang tercinta.
Penyertaan rakyat dalam AW
merupakan satu sumbangan murni bagi menyahut seruan pertiwi sesuai dengan
konsep Pertahanan Menyeluruh (HANRUH) yang ditetapkan dalam Dasar Pertahanan
Negara.
Sebagai sebuah negara yang pesat membangun dan berwawasan, penglibatan
rakyat dan semua pihak adalah amat perlu bagi memainkan peranan dalam
pembangunan serta pertahanan negara.
HANRUH antaranya menetapkan bantuan nasional termasuk penggemblengan semua sumber negara di samping penglibatan Angkatan Tentera Malaysia.
HANRUH antaranya menetapkan bantuan nasional termasuk penggemblengan semua sumber negara di samping penglibatan Angkatan Tentera Malaysia.
Penyertaan rakyat dalam
Angkatan Sukarela di Semenanjung Malaysia bermula semenjak 1902 lagi apabila
Kerajaan Inggeris menubuhkan Pasukan Sukarela di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu
yang dipanggil Federated Malay States Volunteer Force (FMSVF), pasukan
Sukarela di Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu pula dipanggil Unfederated Malay
States Volunteer Force (UNFMSVF) dan di Negeri-Negeri Selat pula
ialah The Straits Settlement Volunteer Force (SSVF).
Pasukan-pasukan Sukarela telah
memainkan peranan yang begitu penting terutamanya semasa dalam Peperangan Dunia
Kedua, Darurat 1948-1960 dan Konfrontasi. Semasa darurat ia dikenali
sebagai Home Guard.
Pasukan ini telah disusun semula sebagai Pasukan Pertahanan Tempatan pada 1 Jun 1958 dan seterusnya dikenali sebagai Askar Wataniah Malaysia.
Pasukan ini telah disusun semula sebagai Pasukan Pertahanan Tempatan pada 1 Jun 1958 dan seterusnya dikenali sebagai Askar Wataniah Malaysia.
Konsep mempertahankan negara
melalui pasukan sukarela di Tanah Melayu telah bermula sejak awal Zaman
Pemerintahan British. Malahan konsep ini telahpun wujud sejak Zaman Kesultanan
Melaka, yang mana mereka sanggup berkhidmat secara sukarela serta melafazkan
taat setia kepada raja untuk mempertahankan negara.
Januari 1874, dengan
termeterainya Perjanjian Pangkor telah membuka ruang kepada British untuk
campur tangan dalam pentadbiran Negeri-Negeri Melayu. Pada 1 Julai 1896,
Persetiaan Persekutuan telah ditandatangani.
Dengan ini, terbentuklah Negeri-Negeri Melayu Bersekutu serta campur tangan British yang lebih meluas. Berikutan dengan wujudnya Persetiaan Persekutuan, Negeri-Negeri Melayu Bersekutu seolah-olah tertakluk kepada kuasa pemerintahan Negeri-Negeri Selat, di mana segala masalah keselamatan dan pertahanan dirujuk kepada pemerintahan Negeri-Negeri Selat.

Singapore Volunteer
Artillery (SVC). Sehingga ke tahun 1901, SVC telah berjaya
menubuhkan beberapa kor lain seperti Singapore Volunteer Rifles (SVR),
Singapore Volunteer Engineer (SVE) dan Singapore Volunteer Infrantry
(SVI).
Pasukan Sukarela pertama
yang ditubuhkan di Semenanjung ialah di Pulau Pinang pada 1891. Pasukan ini dikenali
sebagai Penang Volunteers dan telah dilembagakan sebagai sebuah
pasukan infantri melalui kuatkuasa Volunteer Ordinance 1888.
Pada ketika itu keanggotaan ialah seramai 60 orang, terdiri daripada orang berbangsa Eropah dan Serani. Pada 26 Jun 1899, Penang Volunteers yang kedua telah ditubuhkan. Kapten Arthur Adam telah dilantik menjadi Pemangku Komandan.

Pada 25 Oktober 1901 pula telah
ditubuhkan satu kompeni SVC di Melaka diketuai oleh Kapten R. N Bland.
Keanggotaannya adalah seramai 47 orang terdiri daripada orang Eropah, Melayu,
Cina dan Serani.
Manakala di Seberang Perai atau Province Wellesley, pada tahun 1915 telah ditubuhkan Pasukan Pertahanan Tempatan. Pasukan ini dikenali sebagai Province Wellesley Volunteer Rifles (P&PWVR). Kapten W.Duncan (Pengurus Ladang Kumpulan Caledonia) telah dilantik menjadi Pegawai Pemerintah pertama pasukan ini.

Kebanyakan pegawai MSVR ini
terdiri daripada Pegawai Perkhidmatan Awam Malaya (MCS) yang pada kebiasaannya
Pegawai Daerah sendiri menjadi pemerintah.
Untuk menggalakkan lebih ramai pegawai atasan menyertai MSVR, beberapa keistimewaan telah diberikan kepada mereka. Antaranya, memberi kenaikan pangkat dengan cepat. Di samping itu sambutan daripada pembesar-pembesar lain amat menggalakkan.

Dalam tahun 1913, Enakmen
Sukarelawan Negeri-negeri Melayu Bersekutu telah dikuatkuasakan dan ini telah
mendorong Negeri-negeri Melayu yang lain (Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu
atau Unfederated Malay States) menubuhkan Pasukan Sukarela masing-masing.
Negeri-negeri yang telah menubuhkan Pasukan Sukarela masing-masing adalah Johor
(1914), Kelantan (1917) dan Kedah (1930).
Pasukan-pasukan ini dikenali
sebagai Unfederated Malay States Volunteer Force (UFMSVF). Menjelang
tahun 1915, di samping MSVR, Negeri-negeri Melayu Bersekutu pula
menubuhkan The Malayan Volunteer Infantry (MVI).
Tahun 1921 sehingga 1937
merupakan satu era penyusunan semula ke atas Pasukan Sukarela di Negeri-negeri
Melayu Bersekutu dan Negeri-negeri Selat. Di Negeri-negeri Selat, Pasukan SVC,
SVA dan SVI, memulakan proses penyusunan semula pada 1921. Pasukan-pasukan ini
telah digabungkan dan diberi nama baru sebagai Straist Settlement
Volunteer Force (SSVF) dengan ibu pejabatnya di Singapura.
Leftenan Kolonel P.E Spencer
telah dilantik menjadi Komandan SSVF yang pertama dan di samping itu, terdapat
juga orang-orang Melayu yang telah diberi jawatan pegawai, terutama daripada
pasukan SSVF Melaka seperti Kapten Muhd Ali bin Maidin, Leftenana Abbas bin
Said (kemudiannya memasuki Askar Melayu), Leftenan Abu Bakar bin Umar, Leftenan
Jetti bin Ahmad dan Leftenan Usman bin Kering (Datok Naning).
Manakala pada tahun 1937,
pasukan Sukarela Malay States Volunteer Rifles (MSVR) juga telah
disusun semula dan diberi nama baru yang dikenali sebagai Federated Malay
States Volunteer Force (FMSVF).
Semasa Perang Dunia Kedua, pasukan inilah sebenarnya yang terlibat penuh membantu angkatan tentera lain untuk menentang Jepun.
Semasa Perang Dunia Kedua, pasukan inilah sebenarnya yang terlibat penuh membantu angkatan tentera lain untuk menentang Jepun.
Pasukan ini mempunyai
batalion-batalionnya di setiap negeri, di samping itu mempunyai
kompeni machine gun, kompeni orang Cina dan pasukan meriam (light
battery). Pecahan batalionnya adalah Batalion 1 di Perak, Batalion 2
(Selangor), Batalion 3 (Negeri Sembilan) dan Batalion 4 di Pahang.
Dari gagasan P&PWVF, SSVF
dan FMSVF inilah bermulanya sejarah pasukan Sukarela di negara ini. Secara
amnya dapat disimpulkan bahawa Perang Dunia Pertama (1914-1918) telah menjadi
faktor penggerak penubuhan Pasukan Sukarela, dan di antara pusat Pasukan
Sukarela yang ulung sekali ditubuhkan ialah di Sultan Idris Training College
(SITC), Tanjung Malim. Pasukan ini dikenali sebagai Sultan Idris Training
College Volunteer Force atau SITCVF.
Pada tahun 1929, satu kontinjen Sukarela dari
Tanah Melayu telah dihantar ke England untuk menghadiri upacara kemahkotaan
Raja dan Ratu United Kingdom. Manakala pada tahun 1934, memperlihatkan
P&PWVF dan MSVR dianugerahkan Panji-panji Rejimen masing-masing di samping
menerima Panji-Panji Diraja.
No comments:
Post a Comment