Terdapat empat
kitab samawi. Kata “samawi” berasal dari bahasa Arab yang ertinya adalah
langit. Yang dimaksud dengan kitab samawi adalah kitab-kitab yang ditulis berdasarkan wahyu daripada Allah SWT kepada para Nabi dan Rasul melalui malaikat Jibril.
Empat kitab tersebut ialah Ql-Quran diturunkan kepada Nabi
Muhammad, Taurat diturunkan kepada Nabi Musa, Zabur diturunkan kepada Nabi Daud
dan Injil kepada Nabi Isa.
Kitab-kitab ini diturunkan Allah SWT kepada
nabi-nabi yang berkenaan dan mempunyai pertalian antara satu sama lain,
termasuk dengan al-Quran. Kesemua kandungan kitab samawi mengajak manusia
beriman kepada Allah SWT.
Kitab
Taurat diturunkan kepada Nabi Musa semasa baginda berada di puncak Gunung
Thursina. Isi utama kitab ini adalah '10 hukum atau firman' yang ditetapkan
untuk dipatuhi oleh kaum Nabi Musa. Kitab Taurat berasal dari bahasa
Ibrani yang bermaksud syariat atau hukum.
Antara hukum itu adalah berkaitan dengan mengakui
keesaan Allah, menghormati ibu bapa, larangan membunuh sesama manusia, tegahan
mencuri dan menjauhkan zina.
Penurunan kitab Taurat kepada Nabi Musa
dijelaskan dalam al-Quran ayat 87 surah al-Baqarah: "Dan sesungguhnya Kami
telah mendatangkan al-Kitab (Taurat) kepada Musa."- (Surah al-Baqarah,
ayat 87).
Manakala kitab Zabur pula adalah kumpulan firman
Allah SWT yang diturunkan kepada Nabi Daud: "Dan Tuhanmu lebih tahu tentang
keadaan penghuni langit dan bumi. Dan Kami telah menganugerahkan kepada
nabi-nabi, yang satu lebih besar daripada yang lain, sebagaimana Kami telah menganugerahkan
kitab Zabur kepada Daud." - (Surah al-Isra, ayat 55).
Kandungan Zabur mengandungi mazmur (nyanyian
pujian kepada Allah) yang mengisahkan nikmat Ilahi yang melimpah
ruah. Kitab ini tidak mengandungi hukum atau syariat, kerana kaum
itu diperintahkan mengikuti syariat Nabi Musa.
Tidak
seperti al-Quran, kitab samawi lain tidak langkap sepenuhnya untuk panduan
hidup manusia sepanjang zaman. Ia hanya untuk kegunaan pada masa ia
diturunkan dan bersesuaian dengan keadaan semasa.
Contohnya,
Zabur diturunkan pada zaman kegemilangan Bani Israil di Kanaan sekitar 400
tahun selepas meninggalkan Mesir. Maka kandungannya berbentuk pujian
kepada Allah bersesuaian dengan suasananya.
Sedangkan
al-Quran kitab agung yang lengkap memenuhi keperluan hidup manusia sepanjang
zaman. Maka, selepas turunnya al-Quran, penggunaan kitab terdahulu dimansuhkan
kerana yang bersifat terbatas kepada kawasan atau bangsa tertentu sahaja.
Tambahan
pula, kandungan kitab-kitab terdahulu sudah banyak yang diseleweng atau diubah
kandungannya oleh pihak yang tidak bertanggunjawab.
Sesungguhnya, al-Quran
kitab agung yang tiada tandingan. Sejak diturunkan kepada Nabi
Muhammad SAW, al-Quran terpelihara keasliannya dan terselamat
pengajarannya daripada sebarang perubahan, pindahan dan tokok
tambah.
Biarpun ada pihak cuba melakukan khianat
terhadap al-Quran, namun usaha itu tidak berjaya. Pindaan dan tokok
tambah yang dilakukan segera disedari oleh umat Islam dan segera menghapuskan
kepalsuan yang cuba dicipta oleh musuh Islam itu.
Terbaik
ReplyDeleteAlhamdulillah terima kasih
ReplyDeleteThanks for information
ReplyDelete