Hubungan syariah dengan konsep mengesakan
Allah. Islam dibina atas asas akidah yang benar kepada Allah, serta pengabdian
diri kepada-Nya. Hakikat ini bertepatan dengan tujuan penciptaan manusia.
Firman Allah dalam surah Adz-Dzariyat ayat 56 yang bermaksud: "Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdikan diri kepda-Ku."
Firman Allah dalam surah Adz-Dzariyat ayat 56 yang bermaksud: "Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdikan diri kepda-Ku."
Oleh itu, perlaksanaan syariat Islam adalah
sebahagian daripada asas keimanan dan tuntutan tauhid. Justeru setiap perbuatan
manusia diberikan pembalasan baik dan buruk, sesuai dengan tahap-tahap
pembalasan yang telah dijelaskan dalam al-Quran dan hadis.
Keimanan kepada Allah adalah asas utama
akidah Islam. Percaya adanya Allah dan kekuasan-Nya menjadi teras untuk
manusia mengikuti syariah agama. Mana mungkin seseorang itu mematuhi sesuatu
peraturan yang ditetapkan, sedangkan dia tidak mengenali dan tahu yang berkuasa
menetapkan peraturan itu.
Sesungguhnya, bagi manusia berfikiran waras
tidak sukar untuk menerima kewujudan dan kekuasan Allah. Perhatikan alam
semesta itu yang cukup kompleks penciptaannya. Semua ini tentu dicipta
oleh Maha Berkuasa, termasuklah mencipta manusia.
Firman Allah dalam surah Ibrahim ayat 10
bermaksud: "Patukkah berlaku sebarang syak tentang wujudnya Allah, Tuhan
yang mencipta langit dan bumi."
Bumi dan seluruh isinya telah berusia
berjuta-juta tahun. Namun, sistem peredaran dan aktiviti alam berjalan dengan
teratur. Hal ini membuktikan ia hanya ditadbir dan diuruskan oleh satu kuasa
tanpa berkongsi. Tiada pihak lain perlu diambil pandangan atau bantuan untuk
menguruskan perjalanan dunia ini.
Perkara ini dijelaskan melalui firman yang
bermaksud: "Kalau ada di langit dan di bumi tuhan-tuhan yang lain dari
Allah, nescaya rosaklah pentadbiran kedua-duanya. Maka (bertauhidlah kamu
kepada Allah yang menegaskan: Maha Suci Allah, Tuhan yang mempunyai Arasy dari
apa yang mereka sifatkan," - (Surah al-Anbia, ayat 22)
Berdasarkan dalil al-Quran, hadis dan akal
lojik, tiada syak lagi di sebalik penciptaan alam semesta ini adanya Maha
Pencipta iaitu Allah. Sebagai penguasa, Allah berhak menentukan apa yang perlu
dilakukan oleh hamba-Nya. Satu-satunya syariat yang diterima di sisi Allah
adalah Islam. Sesiapa yang memilih selain Islam sebagai cara hidup, maka
dia ingkar pada perintah Maha Berkuasa.
Pengakuan mengesakan Allah dilaksanakan
melalui konsep keimanan dan konsep ketaatan.
Konsep keimanan kepada Allah.
Pengertian iman menurut istilah syarak
ialah 'pengakuan dengan lidah, membenarkan pengakuan itu dengan hati dan mengamalkannya
dengan anggota. Keimanan itu diasaskan atas keyakinan yang kukuh terhadap enam
rukun iman iaitu beriman kepada Allah, malaikat, kitab, rasul, hari akhirat dan
beriman kepada qadak dan qadar.
Semua rukun iman itu mesti diyakini dengan
teguh dalam erti kata yang sebenar. Kita tidak boleh menerima separuh-separuh
saja dan membuang yang lain. Jika kita tidak mempercayai mana-mana Rukun Iman,
bermakna keimanan kepada Allah tidak sempurna.
Contohnya, ada orang hanya percaya kepada Allah, tetapi tidak percaya kepada kitab. Hal itu berlaku disebabkan mereka tidak faham sepenuhnya mengenai gagasan rukun Iman yang perlu dirangkumi kesemuanya.
Contohnya, ada orang hanya percaya kepada Allah, tetapi tidak percaya kepada kitab. Hal itu berlaku disebabkan mereka tidak faham sepenuhnya mengenai gagasan rukun Iman yang perlu dirangkumi kesemuanya.
Banyak orang mengaku beriman, tetapi dari
segi tingkahlakunya tidak melambangkan seperti apa yang diucapkannya. Keadaan
ini terjadi disebabkan tahap keimanan yang belum kuat sepenuhnya.
Apa yang dilakukan oleh manusia sepenuhnya
terpulang baik dan buruknya terdiri sendiri. Allah tidak mendapat apa-apa
keuntungan atau kerugian atas apa yang dilakukan oleh manusia. Ini kerana Allah
tidak memerlukan apa-apa pertolongan daripada manusia. Sebaliknya, manusialah
yang memerlukan pertolongan Allah.
Firman Allah bermaksud: "Sesiapa yang
mengerjakan amal soleh maka kebaikan akan terpulang kepada dirinya sendiri, dan
sesiapa yang berbuat kejahatan, bahaya akan menimpa dirinya sendiri. Dan
Tuhanmu tidak sekali-kali berlaku zalim kepada hamba-Nya." (Surah
Fussilat, ayat 46)
Konsep ketaatan kepada Allah.
Konsep iman tidak hanya di mulut.
Sebaliknya untuk menyempurnakannya memerlukan kepada perlaksanaan
apa yang ditetapkan oleh syariat. Orang beriman mempunyai akidah yang kukuh
pasti mentaati segala perintah Allah dengan ikhlas dan sebaik mungkin.
Tidak dinafikan bahawa manusia tidak sunyi
daripada melakukan perkara dosa. Ini tidak pula manusia tidak berpeluang
menubus kembali kesilapan itu. Allah Maha Pengampun dan Maha Penyayang memberi
peluang untuk sesiapa yang sedar kesilapan yang telah dilakukan agar
bertaubat.
Taubat ialah penyesalan yang sungguh-sungguh
dan bertekad tidak mengulangi dosa tersebut. Mereka yang bertaubat menyatakan
ikrar akan taat kepada perintah Allah.
Sebaliknya, mereka yang terus hanya melakukan
dosa menyebabkan hidup semakin jauh dari rahmat Allah. Pelaku dosa tidak patut
menyangka bahawa mereka akan terlepas daripada azab Allah di akhirat nanti,
biarpun mungkin mereka terlepas pembalasan di dunia ini.
Firman Allah dalam surah al-Ankabut, ayat 4
bermaksud: "Bahkan patutkan orang yang melakukan kejahatan menyangka
bahawa mereka akan terlepas daripada azab Kami? Amatlah buruk apa
yang mereka hukumkan itu."
Sangkaan bahawa dosa yang dilakukan tidak
memberi apa-apa kesan atau pembalasan sebenarnya tidak munasabah pada akal
waras, jauh sama sekali daripada prinsip keadilan, apatah lagi menepati syariat
Islam yang mana menetapkan setiap perbuatan manusia di dunia ini akan mendapat
pembalasan, biarpun sekecil mana kebaikan atau keburukan yang dilakukan.
Justeru itu, Islam menganjurkan umatnya
sentiasa berpegang teguh pada ajaran agama dengan melaksanakan segala perintah
Allah dan menjauhi segala larangan-Nya. Dengan ini, barulah individu Muslim
mendapat kedudukan istimewa di sisi Allah sebagai hamba-Nya yang bertakwa.
Allah berfirman yang bermaksud: "Dengan
yang demikian, berpegang teguhlah kamu kepada al-Quran yang diwahyukan kepada
kamu kerana sesungguhnya kamu berada di atas jalan yang lurus." (Surah
al-Zukhruf, ayat 43)
Maka jelas, orang yang beriman tidak ada
pilihan melainkan taat dalam melakukan syariat jika dia ingin kembali di sisi
Allah di akhirat kelam dalam keadaan yang diredai.
Firman Allah bermaksud: “Kembalilah kepada
Tuhanmu dengan keadaan engkau berpuas hati dengan segala nikmat yang diberikan,
lagi diredai di sisi Tuhanmu.” (Surah al-Fajr, ayat 28).
No comments:
Post a Comment