Bagaimanapun tidak semua orang berpeluang
memiliki kitab Sahih Muslim dan Sahih Bukhari. Sebaliknya banyak yang merujuk
kitab hadis berdasarkan kepada bab-bab tertentu saja yang disalin semula atau
dijadikan sebahagian daripada sesebuah makalah, naskah atau rencana.
Kaedah tradisi mencari hadis ialah menggunakan kitab hadis atau
buku-buku agama. Selain itu, banyak orang belajar hadis dengan berguru,
kemudian mencatat sendiri hadis itu untuk rujukan atau kegunaan masa
depan.
Namun, keadaan sekarang sudah banyak
berubah selari dengan perubahan taknologi moden. Paling ketara perubahan yang
berlaku dalam dekad ini ialah penggunaan internet atau hubungan dunia maya dan
perisian. Mereka yang ingin mencari sesuatu maklumat hanya perlu melayari
internet dan mengikut prosudur yang amat ringkas untuk mendapat apa yang
diingini.
Kaedah melayari internet juga kini
dimanfaatkan oleh mereka yang ingin mencari sesuatu hadis. Cara ini
semakin meluas dan telah diterima oleh semua golongan, terutama mereka yang
dikategorikan sebagai celik komputer. Kaedah ini diterima secara global
dan menjadi satu transformasi dalam penyebaran maklumat atau ilmu.
Penggunaan interaksi alam maya juga telah
digunakan sebagai satu pendekatan dakwah. Justeru itu, kemasukan atau
entri hadith-hadith juga berlaku secara meluas dalam rangkaian internet.
Kedua-dua sifat internet serta perisian dan kitab memang diakui
amat jauh berbeza. Maka itu, ia memperlihatkan cara atau kaedah yang amat
berbeza cara untuk memperolehnya. Di sini diturunkan beberapa perbezaan
yang ketara di antara kedua-dua kaedah ini.
Perlu ada sambungan internet untuk mendapat
data dari pusat simpanan data. Pengunaan internet memerlukan
capaian atau sambungan internet. Perkhidmatan ini disediakan oleh syarikat pengendali. Ia
dalam bentuk medium wayar dan tanpa wayar. Di negara kita perkembangan
perkhidmatan internet berkembang dengan kadar amat cepat.
Pusat simpanan data ini boleh diumpamakan
dengan perpustakaan atau tempat simpanan kitab-kitab. Jika kita ingin
mencari hadis melalui kitab, kita perlu ada perpustakaan atau tempat kitab
disimpan. Tempat simpanan kitab di rumah, tidak kira di mana, termasuk di
atas meja, boleh diumpamakan sebagai tempat menyimpan kitab.
Contoh tempat 'menyimpan' hadis di gerbang
maya ialah islam.gov.my/hadith/hadith.asp.
Di situ tersimpan banyak hadis yang diselia oleh Jabatan Kemajuan Islam
Malaysia (JAKIM).
Dengan kata lain, perbezaan mencari hadis
melalui internet memerlukan kita mendapat sambungan kepada pusat menyimpan
data. Sedangkan kaedah pencarian kitab memerlukan kita dapat 'sampai' di tempat
kitab-kitab itu disimpan. Contoh umum tempat menyimpan kitab ialah di
perpustakaan.
Perlu memilik komputer atau gajet yang
berkaitan dengan komunikasi. Kebanyaknnya orang menggunakan
komputer untuk mendapat sambungan internet menggunakan aplikasi yang
disediakan. Bagaimanapun, sekarang ini terdapat gaget lain yang digunakan
untuk tujuan mengekses internet, termasuklah telefon pintar.
Peralatan ini boleh diumpamakan dengan
kitab hadis itu sendiri. Maknanya, jika melalui internet perlu ada
komputer, maka cara kitab mesti memiliki kitab yang berkenaan.
Ini bermakna perbezaan antara carian
melalui internet dengan kitab ialah ialah 'fizikal' medium carian. Carian
melalui internet menggunakan komputer, sedangkan carian melalui kitab tentulah
melibatkan fizikal kitab hadis.
Pencarian melalui perisian pula biasanya
dalam bentuk CD, DVD ataupun medium simpanan memori lain. Bentuk-bentuk
ini lebih mirip kepada kitab, tetapi dalam bentuk 'fizikal' lain.
Kemahiran menggunakan komputer atau gajet. Memandangkan ia
bukan satu kaedah biasa, kemahiran penggunaan alat komunikasi itu amat perlu
untuk memudahkan usaha pencarian hadith melalui internet. Pencarian
melalui internet menggunaan komputer amat kompleks dan sukar dilakukan oleh
mereka yang tidak mahir.
Jelas sekali, perbezaan amat ketara jika pencarian
menggunakan kitab hadis. Pencarian menggunakan kitab hadis adalah secara
manual memilih kitab-kitab dan juga kemahiran mencari tajuk dan bab-bab yang
berkaitan dengan hadith yang ingin dicari. Secara manual atau tradisi ini
memerlukan pencari mendapatkan kitab di perpustakaan dan membuat carian secara
melihat tajuk atau membelek muka surat demi muka surat.
Dengan kata lain, tidak mungkin kita dapat
menggunakan carian internet jika kita tidak tahu menggunanya. Contohnya,
golongan tua yang buta komputer sudah pasti tidak dapat menggunakan kaedah ini.
Pun begitu, ia bukan satu penghalang mutlak kerana banyak progaram yang
mengajar penggunaan komputer.
Memiliki aplikasi yang berkaitan. Untuk mendapat
capaian internet perlu memiliki aplikasi atau sofwere yang berkaitan. Ini
bagi membolehkan pencarian dilakukan. Aplikasi adalah 'keupayaan' khusus
komputer untuk melakukan tugasan tertentu. Contohnya, komputer yang tidak
mempunyai aplikasi untuk 'membaca' DVD tidak dapat melakukan tugas itu, dan ini
tentunya menyebabkan carian yang tersimpan dalam DVD itu tidak dapat
diperoleh.
Jika kaedah melalui internet memerlukan
aplikasi khusus untuk mencari hadis, kaedah carian kitab juga memerlukan
satu 'kemahiran' khusus. Kemahiran yang dimaksudkan ialah keupayaan
mengenal pasti hadis-hadis yang ingin dicari. Ini kerana hadis-hadis yang
dicari terdapat di kitab-kitab atau bab-bab khusus.
Kemahiran mengenal pasti ini penting untuk mempercepatkan proses mencari dan mendapat apa yang dikehendaki. Contohnya, adalah sukar untuk kita mencari jangkaan di mana hadis itu terletak jika kita tidak memahami di bab mana perbincangan mengenai hadis itu.
Kemahiran mengenal pasti ini penting untuk mempercepatkan proses mencari dan mendapat apa yang dikehendaki. Contohnya, adalah sukar untuk kita mencari jangkaan di mana hadis itu terletak jika kita tidak memahami di bab mana perbincangan mengenai hadis itu.
No comments:
Post a Comment