Monday, 16 January 2017

Khasiat saw plametto

Dalam kebanyakan kopi pracampur atau pemakanan tambahan, kerap kita mendapati unsur saw palmetto dimasukkan sekali. Kewujudan unsur saw palmetto dijadikan daya penarik kepada pengguna untuk membelinya. Ia dikhabarkan hebat dan memberi kebaikan yang amat istimewa. Apakah sebenarnya saw palmetto?

Saw palmetto adalah tumbuhan dari keluarga Serenoa repens berbentuk jenis palma. Ia adalah tumbuhan tahan lasak, lambat membesar dan hidup lama. 

Dipercayai ada pokok tersebut yang tumbuh di Florida telah mencapai usia lebih 500-700 tahun. Ia banyak tumbuh di kawasan tenggara Amerika Syarikat. 

Buahnya kemerah-hitam berbiji besar boleh dimakan dan merupakan makanan ruji dan ubat-ubatan untuk orang asli di kawasan berkenaan. 

Pada awal tahun 1900, kaum lelaki menggunakan saw palmetto bertujuan untuk merawat masalah saluran kencing, dan juga untuk meningkatkan pengeluaran sperma dan meningkatkan libido.

Sekarang saw palmetto digunakan secara meluas untuk merawat masalah seksual yang berkaitan dengan simptom pembesaran prostat, masalah berkaitan sistem urinari, batuk dan sesak nafas.

Selain itu, saw palmetto juga popular digunakan untuk pembesaran payudara, tenaga seksual, menyeimbangkan metabolisma, menaikkan selera makan dan membantu penghadaman.

Kajian di Amerika Syarikat telah membuktikan saw palmetto begitu berkesan di dalam melegakan simptom Benign Prostatic Hyperplasia (BHP). Simptom BHP termasuk kekerapan dan keinginan kencing yang sukar dikawal, kesukaran dan kesakitan ketika kencing dan gangguan pengaliran kencing.

Sesungguhnya, masyarakat sekarang bertuah kerana mudah mendapat manfaat daripada pelbagai jenis tumbuhan dari seluruh dunia yang telah diproses.

Kajian klinikal yang dilakukan oleh pakar kesihatan dan pemakanan menjadikan tumbuhan yang dulunya hanya dikenali dan digunakan oleh masyarakat di sesuatu kawasan, kini telah tersebar di seluruh dunia.

Sebenarnya, tumbuhan di negara kita tidak kurang hebatnya seperti tongkat ali, kacip fatimah, dukung anak, ibu jaga dan sebagainya. Apa yang penting dilakukan ialah memkomersalkan dan memasarkannya di luar negara.

Berbanggalah dengan hasil tumbuhan yang terdapat di negara kita. Hargai dan manfaatkannya. Nilai pasaran herba tempatan perlu ditingkatkan dan pasti yang untung adalah rakyat negara kita sendiri.

No comments:

Post a Comment