Monday, 16 January 2017

Khasiat minyak kelapa dara

Minyak kelapa dara adalah minyak dihasilkan dari buah kelapa cukup matang melalui proses khas dengan tidak merosakkan struktur asal atau khasiat semulajadi minyak kelapa yang terdapat  di dalam buah kelapa.

Minyak kelapa dara diproses secara semulajadi tanpa haba dan kimia. Terdapat sekurang-kurangnya 9 jenis asid lemak bermanfat untuk kesihatan dalam  kelapa dara iaitu iaitu asid caproic, caprylic, capric, lauric, myristic, stearic, oleic dan linoleic.

Kenyataan pakar mengenai kelapa dara:
         
Minyak kelapa dara adalah minyak paling menyihatkan di dunia. - Dr. Bruce FifeDirector of the Southern Colorado Chapter of the Weston A. Price Foundation.

Minyak kelapa dara mempunyai sifat-sifat anti virus, anti bakteria, anti kulat dan anti parasit semulajadi yang membantu mengawal berbagai penyakit. - Dr. John J. KabaraPh.D. Professor Emeritus, Department of Chemistry and Pharmacology (Universiti Michigan - USA)

Minyak kelapa dara berdiri gagah sebagai minyak yang paling menyihatkan yang boleh anda gunakan. Ia mengandungi selautan khasiat kesihatan serta khazanah  penyelidakkan yang amat berharga. Saya sesungguhnya sangat inginkan agar anda menjadikan minyak kelapa dara sebagai sebahagian daripada pelan harian pemakanan anda. - Dr. Mark AtkinsonHolistic Medical Pyysician MBBS Bsc (Hons) FRIPHH FCMA BETD SAC DIP (Clinical Nutrition)

Minyak kelapa dara adalah salah satu ‘functional food’ yang sangat penting untuk abad ke 21. Dengan terdapatnya data serta maklumat klinikal dan saintifik berhubung dengan khasiat kesihatan dan sifat-sifat antimicrobial yang ada pada lauric oil secara amnya dan minyak kelapa secara khususnya, menjadikannya sangat menarik. - Prof. Mary G. EnigDirector,Nutritional Science Division, Enig Associates, Inc. 11120 New Hampshire Avenue 500 Silver Spring, MD 20904-263USA

Kajian sains menunjukkan ianya amat berguna untuk kesihatan manusia sama ada bayi, kanak-kanak, dewasa, warga tua lelaki atau wanita. Sesuai diminum, disapu pada kulit seluruh badan, boleh dijadikan minyak rambut atau boleh digunakan semasa bersama hubungan suami isteri dengan melumurkannya ke seluruh badan.

Minyak kelapa dara adalah terdiri dari sekitar 60 % fatty acids. 50 % dari kandungan fatty acids tersebut adalah merupakan lauric acid dan sekitar 6-7 % adalah merupakan capric acid.

Lauric acid dan Capric acid, kedua-duanya adalah merupakan medium chain fatty acid yang mempunyai tambahan fungsi yang amat berguna dalam tubuh sama ada manusia atau pun haiwan. Kedua-duanya digunakan oleh tubuh badan untuk membuat fatty acid derivative yang dipanggil monolaurin dan monocaprin. Terlalu banyak hasil kajian dan penemuan yang telah membuktikan akan fungsi kedua-duanya.     

Monolaurin dan monocaprin adalah bersifat antiviral, antibakterial, dan antiprotozoal, yang  digunakan  oleh tubuh sama ada manusia atau pun haiwan untuk memusnahkan lapisan lipid dan phospholipids pada ‘envelope’ virus yang menyebabkan disintegrasi envelope berkenaan.

Seperkara yang tidak kurang pentingnya, minyak kelapa dara mampu mengaktifkan atau melancarkan sistem metabolisma, mampu menyokong sistem imunisasi tubuh dan teruji dalam mengatasi masalah thyroid.

Yang menggembirakan, minyak kelapa dara tidak mengandungi trans fatty acids  yang didapati merbahaya pada tubuh yang selalu terdapat pada minyak tumbuhan termasuk minyak zaitun, margerin, shortening dan lain-lain. 

Sehingga kini, melalui penyelidikan telah dibuktikan bahawa minyak kelapa dara terbukti mampu mengurangkan risiko sakit jantung, memperbaiki sistem penghadaman, mempertingkatkan tenaga harian, membantu mereka yang mengidap diabetes dan kelesuan yang teruk.

Selain itu, berkesan dengan baik sebagai pra cuci kondisioner rambut, menurunkan berat badan dan mengembalikan keremajaan kulit, mengatasi psoriasis, ruam, eczema serta menghalang kulit berkedut.

No comments:

Post a Comment