Pesta Loy Krathong yang
disambut masyarakat keturunan Siam. Ia merupakan pesta keramaian yang sangat popular dan disambut dalam suasana penuh meriah. Masyarakat Siam di Malaysia ada kira-kira 60,000 orang. Pesta Loy Krathong lazimnya disambut setahun sekali iaitu pada hari ke-15 dalam bulan 12 mengikut kalendar Lunar Thai atau sekitar permulaan November di negara ini.
Selain menonjolkan keunikan budaya masyarakat Siam, masyarakat majmuk
negara ini perlu menghormati adat resam mana-mana kaum di negara ini
kerana ia merupakan resipi perpaduan dan keharmonian negara ini.
Perayaan Loy Krathong telah diiktiraf oleh kerajaan serta
dimasukkan ke dalam kalendar pelancongan negara. Diharapkan budaya etnik Siam
ini akan menjadi salah satu tarikan pelancong. Ia perlu dipelihara dan
diperkasakan bagi menambah kepelbagaian kesenian dan kebudayaan di negara ini.
Perkataan Loy Krathong sebenarnya membawa maksud yang
tersendiri iaitu 'Loy' dalam bahasa Thai bermakna hanyut manakala 'Krathong'
pula bermaksud bunga teratai.
Dalam erti kata lain Loy Krathong bermaksud menghanyutkan
bunga teratai dan dari segi kepercayaannya pula sebagai tanda kesyukuran
manakala upacara menghanyutkan bunga teratai bertujuan menghapuskan dosa para
penganutnya dan memulakan kehidupan baru yang lebih baik.
Pengunjung masyarakat Thai yang hadir masing-masing membawa
bunga teratai Krathong untuk upacara pembacaan mentera oleh para Bhikkhu (sami
Buddha). Upacara pembacaan mentera dengan harapan untuk mendapat restu dan
kemuliaan daripada para Bhikkhu, selaku pendeta agama Buddha. Pesta tersebut turut diserikan dengan persembahan kebudayaan dan kesenian Thai serta pertandingan Ratu Krathong.
Selepas upacara berkenaan tamat, kira-kira pukul 12 tengah malam,
perarakan Krathong bermula menuju ke tasik atau sungai berdekatan. Kemudian, lilin
dalam Krathong yang dibawa dinyalakan sambil mereka berdoa sesuatu dengan penuh
harapan dan seterusnya menghanyutkan ke dalam tasik berkenaan.
No comments:
Post a Comment