Pengguguran
janin atau aborsi telah lama dibincangkan di kalangan ulama. Dalam kitab fikah
klasik ia dibincangkan dalam bab ‘jenayah’ kerana kesan perbuatan boleh
melibatkan soal pembunuhan bayi dan sebagainya.
Pengguguran (al-ijhadh) bermaksud menggugurkan janin yang masih belum sempurna penciptaannya sebelum tiba tempoh lahirnya.
Pengguguran (al-ijhadh) bermaksud menggugurkan janin yang masih belum sempurna penciptaannya sebelum tiba tempoh lahirnya.
Di
Malaysia, fatwa yang berkait dengan pengguguran kandungan ini telah dikeluarkan
dari masa kesemasa, termasuk oleh oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis
Kebangsaan Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia.
Tentang pengguguran kerana terdapat ancaman terhadap nyawa ibu, muzakarah tersebut memutuskan seperti berikut: (Muzakarah kali ke-90)
Tentang pengguguran kerana terdapat ancaman terhadap nyawa ibu, muzakarah tersebut memutuskan seperti berikut: (Muzakarah kali ke-90)
Makruh menggugurkan janin yang berumur antara satu hingga empat puluh hari
sekiranya tidak mendatangkan bahaya pada ibu dan mendapat persetujuan kedua-dua
suami isteri. Pengguguran janin yang
berumur sebelum 120 hari adalah harus
sekiranya janin itu cacat dan berpenyakit dan boleh membahayakan nyawa ibu.
Pengguguran
janin yang telah berumur 120 hari atau lebih adalah haram kerana pengguguran itu dianggap satu jenayah ke atas janin
yang telah ditiup roh kecuali pengguguran itu untuk menyelamatkan nyawa atas
sebab kecacatan yang teruk.
Selain
itu muzakarah tersebut juga juga memutuskan hal-hal berikut: (Muzakarah kali
ke-90):-
Rogol: Haram menggugurkan kandungan janin yang telah
berumur lebih 120 hari kerana pengguguran itu dianggap satu jenayah bunuh
keatas janin yang telah ditiupkan roh kecuali pengguguran itu untuk
menyelamatkan nyawa ibu.
Pengguguran
janin yang berumur sebelum 120 hari adalah harus sekiranya janin itu cacat dan
berpenyakit teruk yang boleh membahayakan nyawa ibu.
Zina: Menggugurkan kandungan zina adalah haram
dalam semua keadaan kecuali mengekalkan kandungan akan memudaratkan nyawa ibu.
Orang Kurang Upaya: OKU (ujian akal di bawah paras 80)
harus menggugurkan kandungan yang berusia kurang daripada 120 hari. Haram
menggugurkan kandungan yang berusia lebih daripada 120 kecuali jika
memudaratkan nyawa ibu.
Apa
yang jelas daripada fatwa-fatwa yang diberikan, keharusan pengguguran kandungan
dalam usia lebih daripada 120 bergantung sepenuhnya kepada soal ancaman
terhadap keselamatan nyawa ibu.
Semuanya
ini berasaskan kepada teori maslahah dan mafsadah di atas. Adapun pengguguran
pada peringkat sebelum itu maka ianya boleh dilakukan atas sebab-sebab lain
juga, kerana kewujudan kandungan berkenaan belum mencapai tahap yang diberikan
perlindungan sepenuhnya oleh Syarak.
No comments:
Post a Comment