Kemudian
Rasulullah bersabda: “Kenapa kamu tidak letakkannya di atas supaya dapat
dilihat oleh manusia (pembeli)? Sesiapa yang menipu bukan termasuk dalam
golongan kami.” (Hadis riwayat Muslim).
Peristiwa
tersebut jelas membuktikan bahawa, setiap peniaga Muslim wajib menjalankan
perniagaan secara jujur dan amanah. Allah sentiasa memberkati dan menolong
hamba-Nya yang melakukan kebaikan dan menghindarkan daripada melakukan
keburukan.
Firman
Allah bermaksud: “Jangan kamu berbuat bencana di muka bumi, sesudah baiknya.
Mintalah kepada-Nya dengan ketakutan dan harapan. Sesungguhnya rahmat Allah
dekat dari orang-orang yang berbuat kebaikan.” (Surah al-Araf, ayat 56).
Peniaga
yang jujur pasti disenangi oleh pembeli. Hal ini kerana pembeli merasakan
mereka dihargai dan dihormati oleh peniaga. Hubungan mereka sentiasa akrab dan
saling menghormati antara satu sama lain. Pembeli akan mengikat kesetiaan untuk
berurusan dengan peniaga yang jujur. Hal tersebut memberikan keuntungan
berterusan kepada peniaga.
Nabi
Muhammad adalah contoh peniaga yang jujur. Baginda sentiasa berterus terang dan
mementingkan hubungan baik dengan pelanggannya. Sekiranya ada barang mengalami
sedikit kecacatan, Rasulullah tidak menyembunyinya. Sebaliknya, ditunjukkan kepada
pelanggan akan kecacatan itu. Jika pelanggan masih inginkan barang itu, maka
dijual dengan harga berpatutan.
Sabda
Rasulullah yang bermaksud: “Tidak halal bagi seorang Muslim menjual sesuatu
yang ada aibnya (rosak) kepada saudaranya, kecuali dengan menyebutnya
(menyatakan kerosakan itu)” (Hadis riwayat Ibnu Majah).
Oleh
sebab itu ramai pelanggan suka berurusniaga dengan Nabi Muhammad. Dengan itu
biarpun keuntungan untuk setiap barang dijual kecil, tetapi jika banyak yang
berjaya dijual, keuntungan yang diperoleh tetap banyak.
Peniaga
yang menyembunyikan kecacatan barang sama sifatnya dengan menipu. Secara tidak
langsung urusan jual beli itu tidak sah, atau hilang keberkatan jual beli.
Sebuah
hadis diriwayatkan oleh Abu Daud yang bermaksud: “Jual beli dilakukan dengan
tawar menawar, jika kedua-duanya jujur dan nyata, maka mereka diberkati, tetapi
jika kedua-duanya dusta dan merahsiakan, maka keberkatannya akan terhapus.”
Barang
yang hendak dijual mesti dipamerkan seperti mana apa yang akan diserahkan
kepada pembeli, itulah prinsipnya. Biasanya, peniaga akan meletakkan barang
yang elok di bahagian atas bagi mengelirukan pembeli. Tetapi apabila pembeli
setuju membeli, maka barang tidak elok turut dicampurkan bersama.
Mempamerkan
barang jualan samalah dengan iklan sama ada melalui media elaktronik, bahan
bercetak, maka iklan itu perlu dilakukan dengan jujur. Hal ini demikian kerana
pembeli banyak bergantung kepada iklan untuk membuat pilihan.
Iklan
yang tidak tepat bermakna penjual melakukan penipuan. Sememangnya penjual
dibenarkan mengolah, merekabentuk, dan mempamerkan kehebatan barangan mereka,
tetapi mesti sebagaimana sebenarnya. Maka sesuatu yang mungkin mengelirukan
pengguna perlu dielakkan dipamerkan dalam iklan.
Satu
fenomena perlu diberi perhatian, berkaitan produk tiruan dalam pasaran di
negara kita. Barang tiruan tidak menepati piawaian kualiti barang tulen. Barang
tiruan dijual dengan harga lebih murah untuk menarik pembeli.
Tetapi
persoalan sebenar mengenai barang tiruan bukan kualitinya. Pengguna tidak
ditipu kerana mereka sudah mengenali barang tiruan. Penjual juga tidak berniat
untuk menipu kerana awal-awal lagi sudah meletakkan harganya terlalu murah
berbanding barang tulen.
Tetapi
persoalan sebenar mengenai barang tiruan ialah hak cipta. Barang itu dihasilkan
secara menyalahi peraturan dan undang-undang. Pengeluar barang tiruan tidak
mendapat hak kebenaran untuk mengeluarkan barang itu daripada pengeluar atau
pencipta asal.
Walaupun
penerbit barang tiruan ini tidak menipu pengguna, tetapi dia tidak jujur kepada
pencipta asal. Selain bersalah kerana mengeluarkan semula barangan itu tanpa
izin, dia telah menyebabkan pengguna tidak mahu membeli barangan asli.
Secara
konsepnya, barang tiruan adalah barang diperoleh secara ‘rompakan’. Istilah ini biasanya digunakan untuk kes
menyalin buku, kaset, VCD dan software. Individu atau pihak melakukan cetak
rompak mencari keuntungan dengan cara mudah hasil usaha individu lain.
Cetak
rompak berlaku berleluasa disebabkan mendapat ‘sokongan’ daripada pembeli.
Ramai rakyat kita masih memilih bahan cetak rompak, disebabkan harga yang jauh
lebih murah. Sikap pembeli biarpun mendapat keuntungan (harga murah),
hakikatnya telah menggalakkan amalan tidak baik dalam perniagaan.
Dalam
hal ini, pengguna turut bersalah, memberi keuntungan kepada pihak yang tidak
sepatutnya. Individu Muslim sepatutnya prihatin memberi barang tulen dan
memberi keuntungan kepada yang berhak. Islam menegah memberikan hak kepada
pihak yang tidak berhak menerimanya.
Pembeli
tidak sepatutnya menyokong aktiviti menyalahi undang-undang negara. Lanun cetak
rompak dikenalpasti sebagai dalang yang turut melakukan perbuatan lain yang
menyalahi undang-undang. Kepentingan dan keselamatan negara terancam dengan
tindakan yang dilakukan kumpulan ini.
Dalam
kontrak jualan serahan masa hadapan yang mana barang yang disediakan masih
tidak wujud ketika akad atau persetujuan jual beli, masa serahan perlu
ditepati. Selain itu kualiti dan kuantiti yang termaktub dalam akad jual beli
juga perlu dilakukan sepenuhnya oleh penjual.
Kegagalan
pemaju perumahan menyerahkan rumah kepada pembeli satu contoh masalah kontrek
jualan serahan masa hadapan. Pembeli menanggung kerugian tidak dapat menduduki rumah
yang dibeli, sedangkan bayaran ansuran terpaksa dijelaskan kepada institusi
kewangan.
Selain
kegagalan penyerahan, banyak kes pemaju gagal menyediakan rumah seperti mana
ditetapkan dalam kontrek. Rumah yang diserahkan tidak berkualiti. Paling menyedihkan keadaan itu boleh
mendatangkan bahaya kepada penghuninya.
Pemaju
yang gagal menyiapkan projek wajib memulangkan kembali wang kepada pembeli. Atau
jika rumah yang diserahkan mengalami kecacatan, mesti dibaiki dalam tempoh
perjanjian. Ramai pembeli rumah yang menanggung masalah kewangan akibat
kegagalan pemaju menyerahkan rumah seperti yang dijanjikan baik masa, kualiti
mahupun kuantiti.
Kejujuran
hubungan antara peniaga dengan pembeli merupakan punca keberkatan urusan yang
dijalankan. Dengan itu urus niaga akan berlangsung dengan perasaan saling
menghormati, adil, harmoni, dan selesa. Yang pasti, peniaga dan pembeli berhak
mendapat hak masing-masing.
Jiwa
peniaga yang jujur sentiasa tenteram, gembira dan merasa puas hati dapat
menjalankan perniagaan. Dia bukan sahaja mendapat keuntungan, tetapi turut
menikmati kepuasan dapat membantu pembeli.
Menjalankan
perniagaan yang menepati kehendak agama merupakan sebahagian daripada
ibadat.
Firman
Allah bermaksud: “Katakanlah: Sesungguhnya, sembahyangku, ibadatku, hidupku dan
matiku, semuanya bagi Allah, Tuhan semesta alam.” (Surah al-Anaam, ayat 162).
Dalam
hal ini, pengguna disarankan agar mengambil sikap lebih ‘cerewet’ memilih
barang dan perkhidmatan. Sikap ini dapat mengelak ditipu peniaga tidak
bertanggungjawab.
Sikap
pengguna yang secara kolektif tegas dan cerewet dapat membantu melahirkan
pengeluar dan penjual yang lebih bertanggungjawab. Ingatlah, peniaga yang jujur
dibangkitkan di akhirat dengan wajah berseri-seri.
No comments:
Post a Comment