Kampung Bukit Panau terlekat dalam jajahan
Tanah Merah. Namun, sebuah bukit yang terletak berhampiran kampung berkenaan dikenali
Bukit Panau terletak dalam jajahan Pasir Mas. Bukit Panau kini semakin dikenali
sebagai pusat rekreasi untuk pendakian bukit.
Pemandangan dari puncak Bukit Panau amat
menarik dengan berlatar belakang perkampungan sekitar Pasir Mas dan Tanah
Merah, serta Kota Bharu dan mampu sampai ke Bachok dan Machang. Paling menarik
ialah pemandangan Sungai Kelantan yang mengalir dari selatan ke utara, selari
dengan Jalan Pasir Mas - Tanah Merah.
Namun, tidak ramai mengetahui di puncak Bukit
Panau itu juga menjadi tempat tapak berlepas untuk sukan paragliding. Tapak
berlepas di puncak Bukit Panau itu mula diperkenalkan sebagai tempat aktiviti
paragliding sejak 2008. Dengan ketinggian tapak berlepas 255 meter dari paras
laut cukup untuk acara bertaraf dunia.
Projek menaik taraf tapak berlepas arah uara
dan timur dilakukan dengan kebenaran pihak berkuasa tempatan.
Aktiviti paragliding di Bukit Panau membuka
peluang untuk orang ramai menyertai aktiviti rekreasi udara. Aktiviti
paragliding bukan sahaja satu sukan, bahkan mampu dijadikan satu kerjaya kepada
mereka yang serius melakukannya.
Sesiapa yang berminat untuk aktiviti
paragliding di Bukit Panau boleh mendapat maklumat lanjut di Facebook Bukit
Panau Flying Park.
No comments:
Post a Comment