Nama Bukit Panau terkenal di Kelantan sebagai lokasi kembara berjalan kaki (hiking). Bukit Panau terletak di antara Pasir Mas dan Tanah Merah. Kedudukan Bukit Panau berhampiran
jalan utama memudahkan ia dilihat menggamit pengunjung dan dikunjungi. Apatah lagi ia bukit
tunggal di kawasan itu.
Bukit Panau terletak di dalam jajahan Pasir Mas.
Namun, ramai orang menyangka bukit itu terletak di dalam jajahan Tanah Merah
kerana berhampiran bukit itu terdapat sebuah kampung yang dikenali Kampung
Bukit Panau yang sememangnya berada dalam jajahan Tanah Merah.
Sebut sahaja Bukit Panau, maka tergambar Tanah Marah. Malah, kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Panau terletak dalam Parlimen Tanah Merah. Begitu juga salah satu daerah dalam jajahan Tanah Merah adalah daerah Bukit Panai.

Untuk melakukan kembara berjalan kaki (hiking) atau mendaki Bukit Panau yang berketinggian 255 meter dari
aras laut itu tidak sukar kerana terdapat trek bersimen bercampur tar yang
digunakan oleh syarikat telekomunikasi untuk menyelenggara menara pemancar.
Bagaimanapun, bagi yang ingin cabaran pendakian laluan hutan boleh memilih beberapa
laluan denai.
Pendakian ke puncak Bukit Panau mengambil masa antara 30
minit sehingga sejam mengikut kelajuan dan kemampuan fizikal pendaki.
Pemandangan dari puncak Bukit Panau amat menarik dengan
berlatar belakang perkampungan sekitar Pasir Mas dan Tanah Merah, serta Kota
Bharu dan mampu sampai ke Bachok dan Machang.
Paling menarik ialah pemandangan
Sungai Kelantan yang mengalir dari selatan ke utara, selari dengan Jalan Pasir
Mas - Tanah Merah.
Mereka yang ingin mendaki Bukit Panau dinasihatkan bermula awal pagi kerana untuk mengelak panas matahari. Di puncak Bukit Panau dianggap bukit botak.
Mereka yang ingin mendaki Bukit Panau dinasihatkan bermula awal pagi kerana untuk mengelak panas matahari. Di puncak Bukit Panau dianggap bukit botak.
Sedikit sahaja kawasan yang ada lindungan teduh pokok. Sebab itu, berada di puncak Bukit Panau membolehkan pengunjung melihat sekeliling dengan mudah tanpa terlindung penglihatan.
Mendaki awal pagi juga berkemungkinan berpeluang untuk melihat awan karpet yang cukup menawan.
Selain menjadi lokasi hiking, tidak ramai mengetahui di puncak Bukit Panau itu juga
menjadi tempat tapak berlepas untuk sukan paragliding.
Tapak berlepas di puncak
Bukit Panau itu mula diperkenalkan sebagai tempat aktiviti paragliding sejak
2008. Dengan ketinggian tapak berlepas 255 meter dari paras laut cukup untuk
acara bertaraf dunia.
Aktiviti paragliding di Bukit Panau membuka peluang untuk
orang ramai menyertai aktiviti rekreasi udara. Aktiviti paragliding bukan
sahaja satu sukan, bahkan mampu dijadikan satu kerjaya kepada mereka yang
serius melakukannya.
Aktiviti hiking di Bukit Panau kini amat terkenal. Setiap hari cuti ribuan pengunjung akan melakukan aktiviti riadah di situ.
Kalau sebelum ini kaki Bukit Panau sunyi dan hanya beberapa kereta pendaki diletakkan di situ, kini ia sudah seperti ada pesta. Ratusan kereta dilatakkan di situ pada satu-satu masa.
Kemudahan tandas turut diadakan di kaki bukit atau tempat permulaan mendaki. Malah kini puluhan gerai peniaga didirikan di situ menjual pelbagai jenis makanan dan keperluan lain tidak ubah seperti pasar basah pagi.
Satu perkara diingatkan kepada pendaki ialah tolong jaga kebersihan. Sebarang bekas atau bungkusan yang dibawa, sila bawa balik atau dibuang di tempat yang disediakan.

No comments:
Post a Comment