Sunday, 12 August 2018

Hiking Bukit Melati Nilai

Di Nilai ada satu bukit yang menarik untuk buat aktiviti kembara berjalan kaki (hiking) dengan keluarga, rakan-rakan mahupun berseorangan. Bukit itu dikenali Bukit Melati Nilai, terletak di antara Bandar Baru Nilai dengan Sepang. 
 
Bukit Melati sesuai dijadikan lokasi mendaki kerana telah disedikan khusus dengan laluan dan kemudahan untuk semua peringkat umur.

Menariknya, Bukit Melati yang berketinggian 144 meter dari paras laut, sememangnya diperkenalkan oleh seorang pakar perubatan sebagai 'hospital alam' untuk kawasan rawatan secara alami bagi pesakit kencing manis, asma, masalah jantung, gout dan sebagainya.

Terdapat laluan-laluan khas yang sesuai untuk setiap jenis penyakit. Setiap laluan atau puncak diberikan nama mengikut nama binatang iaitu helang, monyet, ular tedung, myamuk dan lipan.

Jadi, kalau pesakit boleh melalukan hiking di situ, tentu sekali mudah untuk mereka yang sihat. Sangat sesuai untuk ibubapa yang ada anak-anak kecil sebab laluannya dah ada orang buat 'tangga' dan 'bersih'.

Keadaan laluan mendaki yang ada banyak jenis, senang, sederhana dan mencabar. Boleh menguji tahap ketahanan anak-anak mahupun orang tua. Kalau anak tak tahan tak apa, sebab ada jalan 'keluar'. Tak macam kebanyakan bukit lain yang tidak ada jalan 'keluar'.

Sekarang Bukit Melati menjadi tumpuan tidak kira hari bekerja, lebih-lebih lagi hari cuti. Lokasi permulaan pendakian adalah pada Jalan BBN 11/4. Betul- betul bersebelahan dengan Tokong Na Du Gong. Tempat letak kereta luas dan mudah.

Jarak laluan tidak sampai 2 kilometer. Jika berjalan laju atau tidak berhenti-henti, masa turun dan naik tidak sampai pun satu jam. Namun, kebanyakan orang yang ingin berhiking dan beristirahat, masa yang lebih lama diambil. Bahkan, ada buai yang digantung di pokok-pokok besar di tanah lapang. Jadi, tentu sekali masa lebih lama diambil untuk kanak-kanak bermain di situ.

No comments:

Post a Comment