Nilai
masyarakat kita yang sebelum ini kaya dengan adat Timur, kini semakin terhakis
dan mula menerima pengaruh hidup cara Barat. Ideologi Barat mengatakan hal
berkaitan seks perlu ditentukan sendiri oleh individu tanpa sekatan dan
kongkongan adat atau agama tidak boleh diterima.
Berdasarkan
ideologi tersebut seseorang bebas melakukan hubungan seks dengan sesiapa
disukai. Justeru, perempuan bebas
dipelawa mana-mana lelaki untuk melakukan hubungan seks, dan perempuan bebas
sama menerima atau menolaknya. Jika wujud paksaan, maka baru dianggap menyalahi
undang-undang atau dipanggil rogol.
Apa
yang berlaku adalah kejutan budaya yang melanda masyarakat kita, terutama anak
muda. Kurangnya didikan agama dan perhatian ibu bapa menyebabkan budaya negatif
menular dalam masyarakat. Lebih menyedihkan golongan dewasa juga turut
melakukan perbuatan sama.
Mereka
yang melakukan seks bebas mendakwa hubungan seks hak mutlak seseorang seperti
hak asasi berkaitan perkara lain. Maka kebebasan itu tidak boleh dihalang oleh
sesiapa. Ibu bapa tidak berhak menghalang apa yang hendak dilakukan oleh anak
gadisnya berkaitan seks.
Amalan
itu difikirkan dapat mengatasi masalah sekatan seks yang didakwa punca berlaku
rogol. Malah mereka mendakwa amalan itu dapat mewujudkan hubungan lebih matang
antara lelaki dan perempuan, tanpa dibebankan dengan ikatan perkahwinan yang
banyak kerenah dan prasyarat.
Namun,
hakikatnya masalah itu tidak dapat diselesaikan. Di Barat kes rogol dan
penderaan seks tetap berleluasa. Perempuan tetap menjadi mangsa akibat kerelaan
sendiri.
Jalan
terbaik menyelesaikan apa-apa berkaitan seks ialah melalui cara ditetapkan syariat
iaitu perkahwinan. Institusi perkahwinan bukan sahaja membolehkan lelaki dan
perempuan menjalani hubungan seks secara halal, tetapi banyak rahsia kebaikan
di sebaliknya.
Institusi
perkahwinan membentuk hubungan yang bersifat lebih kukuh, ikhlas dan mewujudkan
perasaan saling memerlukan antara lelaki dan perempuan. Melalui ikatan
perkahwinan, semua pasangan menyimpan harapan agar dapat hidup bahagia sehingga
ke akhir hayat.
Hubungan
zina pula semata-mata bertujuan kepuasan nafsu. Lelaki dan perempuan berkenaan
hanya saling memerlukan untuk memuaskan nafsu. Hubungan akan putus apabila
mereka saling tidak memerlukan dalam hubungan seks.
Dalam
institusi perkahwinan, hubungan lelaki dan perempuan bukan sekadar memenuhi
keperluan seks semata-mata, tetapi berkongsi segalanya. Kesetiaan, pengorbanan,
saling menghormati, saling memerlukan, kasih sayang, keyakinan dan kepercayaan
dalam hubungan suami isteri membentuk satu institusi kekeluargaan yang kukuh.
Keadaan
ini tidak wujud bagi mereka melakukan zina. Biarpun ramai pasangan tinggal bersama tanpa nikah dilihat bahagia,
hakikatnya tidak sama seperti pasangan suami isteri. Belum ada pasangan tanpa
nikah hidup bersama dalam tempoh lama.
Selepas
tidak serasi atau rasa bosan, mereka
berpisah dengan mudah. Inilah dikehendaki oleh pasangan di Barat yang telah
rosak nilai kemanusiaan. Kononnya, perpisahan pasangan yang tinggal serumah
tetapi tiada ikatan perkahwinan tidak melibatkan sebarang proses undang-undang
dan tidak perlu penyelesaian mengenai harta.
Satu
lagi yang unik mengenai matlamat perkahwinan yang disyariatkan dalam Islam
ialah ingin kelahiran anak-anak menyeri kehidupan berkeluarga. Malah Islam
menggalakkan perkahwinan bertujuan melahirkan zuriat.
Umat
Islam bertambah dengan lahirnya ramai zuriat daripada pasangan suami isteri
Islam. Rasulullah menjelaskan tentang perasaan baginda berbangga dengan jumlah
umat yang ramai di akhirat nanti.
Walaupun
zina juga melahirkan zuriat, tetapi bukan matlamatnya. Malah, penzina akan sedaya upaya mengelak daripada perkara itu,
lebih-lebih lagi perempuan. Mengandung dan melahirkan anak zina menyebabkan
banyak keburukan dan kesusahan terpaksa ditanggung oleh perempuan yang berzina.
Mengandung
bermakna mendedahkan perbuatan sumbang dan hina yang telah dilakukan. Dalam
masyarakat kita, perempuan mengandung tanpa suami merupakan aib besar, termasuk
kepada seluruh keluarga.
Sebab
itu perempuan berzina akan berusaha agar tidak mengandung akibat perbuatan itu.
Namun tidak semua usaha menutup perbuatan jahat dan dosa berhasil. Mungkin
kejadian itu berlaku akibat kecuaian atau ‘balasan’ daripada Allah yang
menggagalkan usaha mencegah kehamilan. Banyak perempuan mengandungkan bayi
hasil perbuatan zina biarpun telah melakukan usaha pencegahan.
Pun
begitu, mereka yang telah terjebak dengan dosa akan berusaha menutup aib itu
biarpun terpaksa melakukan dosa lagi. Tindakan seterusnya dilakukan ialah
pengguguran janim. Perbuatan itu tetap dilakukan biarpun janim sudah besar dan
bersifat lembaga manusia.
Perbuatan
itu bukan sekadar dosa, tetapi mempertaruhkan nyawa sendiri. Mereka baru sedar
betapa pentingnya maruah diri yang tidak dihargai ketika nafsu sedang memuncak.
Hal ini tidak terjadi jika tidak mendekati zina dan seterusnya membawa kepada
penzinaan.
Benteng
keimanan perlu diperkukuhkan untuk berdepan dengan cabaran-cabaran persekitaran
yang cenderung menghampiri zina.
Perbuatan
menggugur janim sama seperti membunuh anak. Masyarakat Arab Jahilliah membunuh anak perempuan kerana sebab
tertentu. Sebaliknya penzina membunuh anak yang belum pasti lelaki dan
perempuan. Mereka lebih jahil daripada orang Arab Jahilliah.
Jika
usaha pengguguran tidak berjaya atau tidak sanggup menggugurkan, maka lahirlah
anak zina. Untuk menutup malu dan tidak mahu menghadapi pelbagai masalah
berkaitan kelahiran anak, maka dilakukan jalan mudah dengan membuang bayi.
Bayi
tidak berdosa dibuang sama ada ketika masih hidup dan kemudian meninggal dunia
disebabkan tidak mendapat rawatan sewajarnya, atau sengaja dibunuh dan dibuang
seperti bangkai binatang. Manusia yang telah hilang maruah diri terdesak
melakukan perbuatan yang lebih kejam daripada binatang buas yang tahu sayangkan
anaknya.
Islam
memandang berat usaha mencegah berlakunya zina. Untuk mengelak zina,
dinasihakan kepada mereka yang cenderung melakukan hubungan seks dan mampu
berkahin, maka segera berkahwin.
Sabda
Rasulullah bermaksud: “Wahai pemuda-pemuda, barangsiapa antara kamu telah mampu
berkahwin, maka kahwinlah, kerana sesungguhnya perkahwinan itu menutup
pandangan dan menjaga kehormatan. Dan barangsiapa belum mampu, maka hendaklah
dia berpuasa, kerana puasa itu mengurangi nafsu syahwat.” (Riwayat Bukhari dan
Muslim).
No comments:
Post a Comment