Sesungguhnya
tiada perbezaan pendapat dalam kalangan ulama Islam mengenai pengharaman perbuatan
homoseksual. Homoseksual ini dimaksudkan sebagai orang yang tertarik nafsu
syahwatnya kepada orang yang sejenis dengannya.
Ulama
menggunakan istilah liwat untuk hubungan seksual antara lelaki dan lelaki dan
musahaqah untuk hubungan antara perempuan dan perempuan. Kedua-dua hukumnya
adalah haram.
Walaupun
berbeza mengenai hukumannya, ulama mencapai kata sepakat tentang haramnya
homoseksual secara ijmak iaitu secara persetujuan dalam kalangan ulama Islam. Sebagai
sumber hukum Islam, ijmak adalah antara sumber ketiga yang paling tinggi dalam
sistem perundangan Islam.
Sekiranya
berlaku liwat, majoriti ulama Islam meletakkan hukumannya sama seperti
hukuman kepada penzina, kecuali pandangan Imam Abu Hanifah.
Asas
kepada hukum pengharaman ini ialah al-Quran dan hadis. Firman Allah SWT yang
bermaksud: “Sesungguhnya kamu mendatangi lelaki untuk memuaskan nafsu syahwat
kamu dengan meninggalkan perempuan, bahkan kamu ini adalah kaum yang melampaui
batas.” - (Surah al-Araf, ayat 81)
Selain
ayat suci al-Quran, ada juga hadis Rasulullah berkaitan homoseksual dan liwat.
Antaranya, terdapat hadis yang menyatakan mereka yang melakukan perbuatan ini
dalam kemurkaan Allah.
Walaupun
kedudukan ini jelas, banyak perbahasan semasa cuba membawa pandangan baru dalam
hal ini. Terdapat pendapat yang menyatakan homoseksual tidak disebut secara
harfiah dalam al-Quran. Ini benar kerana perkataan homoseksual itu hanya
diperkenalkan pada akhir kurun ke-18.
Walaupun perkataan homoseksual itu tidak disebut dengan nyata di dalam al-Quran, ini tidak bermakna al-Quran tidak mempunyai hukum mengenainya. Ayat suci al-Quran dengan jelas memberikan penerangan mengenai perlakuan tersebut.
Walaupun perkataan homoseksual itu tidak disebut dengan nyata di dalam al-Quran, ini tidak bermakna al-Quran tidak mempunyai hukum mengenainya. Ayat suci al-Quran dengan jelas memberikan penerangan mengenai perlakuan tersebut.
Ada
juga penyokong homoseksual yang menyatakan hukuman homoseksual adalah hanya
kecenderungan ulama. Pendapat ini tidak benar. Jika dilihat ayat al-Quran di
atas, hukuman yang dinyatakan dalam al-Quran itu begitu terperinci. Ia bukan
kecenderungan ulama. Ia adalah peringatan yang jelas.
Dengan
perincian mengenai seksaan dihadapi kaum Lut itu, ia menjadikan perbuatan
mereka (kaum Lut) itu boleh dijadikan satu jenayah yang dihukum di dunia ini
sebagai peringatan dan pengajaran.
Sesungguhnya,
seksaan Allah itu benar. Sama-samalah kita berpesan-pesan mengenai seksaan
Allah, semoga kita dapat menegakkan hukum Allah dan dapat menyelamatkan orang
Islam daripada seksaan Allah yang benar dan dahsyat itu.
Sabda
Rasulullah SAW bermaksud: "Jika seseorang lelaki mendatangi lelaki lain
(meliwatnya), maka mereka berdua adalah penzina, dan jika seorang wanita
mendatangi wanita lain (lesbian) maka mereka berdua adalah penzina."
(Hadis riwayat Baihaqi).
Sabda
Rasulullah SAW bermaksud: "Sesiapa yang kamu dapati mengamalkan maksiat
kaum Nabi Lut, maka bunuhlah peliwat dan yang diliwati." (Hadis riwayat
Bukhari dan Muslim).
Gejala
songsang ini perlu dihapuskan segera, dibimbangi kesan buruk ditanggung seluruh
ummah. Firman Allah SWT dalam surah al-Anfal,
ayat 25 bermaksud: "Dan jagalah diri kamu daripada (berlakunya) dosa (yang
membawa bala bencana) yang bukan saja akan menimpa orang yang zalim di antara
kamu secara khusus (tetapi akan menimpa kamu secara umum) Dan ketahuilah bahawa
Allah Maha berat azab siksa-Nya."
Perbuatan
homoseksual bukan saja melakukan dosa, bahkan sebagai pemusnah institusi
kekeluargaan. Bagaimana peranan jantina dapat dimainkan jika jantina yang sama
cuba mengambilalih peranan yang bukan sesuai untuk mereka.
Kemelut
seks abnormal sama ada homoseksual atau lesbian semakin mengancam
dunia. Sejarah menyaksikan manusia pernah ditimpa musibah akibat kegiatan
homoseksual seperti mana peristiwa di zaman Nabi Lut.
Hakikatnya, manusia seringkali leka. Buktinya, hari ini, gejala homoseksual begitu berleluasa di mana ia bukan lagi tertumpu di negara sekular, malah merebak ke negara-negara Islam.
Hakikatnya, manusia seringkali leka. Buktinya, hari ini, gejala homoseksual begitu berleluasa di mana ia bukan lagi tertumpu di negara sekular, malah merebak ke negara-negara Islam.
No comments:
Post a Comment